trending_flat

Gempa bumi kuat di Laut Savu

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Laut Savu pada pukul 11:04 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 11:04 pagi, 24 Mac 2024Koordinat: 9.9° Selatan 122.2° TimurLokasi: Laut SavuMagnitud: 6.0Jarak: 161km Barat dari Kupang,IndonesiaKedalaman: 90 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Kad MySiswa dokong Agenda Pemerkasaan Mahasiswa

PERLIS 23 Mac 2024 - Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, telah meluncurkan inisiatif Kad MySiswa secara rasmi bersempena Majlis Semarak Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) @UniMAP yang turut disertai hampir 2,000 mahasiswa di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kad MySiswa (yang dulunya Kad Prihatin Siswa) merupakan inisiatif bersepadu KPT bersama RHB Islamic Bank Berhad (selaku rakan strategik pelaksana) sebagai komitmen dalam mendukung Agenda Pemerkasaan Mahasiswa yang turut berpotensi memartabatkan gaya hidup mereka. "Pelaksanaannya bermula Mac 2023 lalu telah memanfaatkan hampir 550,000 orang mahasiswa di kesemua 20 buah Universiti Awam (UA) seluruh negara. Cetusan idea Kad MySiswa ini telah diusulkan sendiri oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada tahun 2020 lalu dan KPT melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) menyambut hasrat tersebut sebagai refleksi bahawa Kerajaan sentiasa peka serta memahami denyut nadi golongan mahasiswa." kata KPT dalam satu […]

trending_flat

KPDN gerakkan OP KESAN dan OP PANTAU

SEREMBAN, 23 Mac 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menganjur sebanyak 192 Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan di seluruh negara termasuk 20 siri di Negeri Sembilan. Program tersebut akan berlangsung sehingga hujung bulan Ramadan dengan sasaran sebanyak 450 siri di seluruh negara meliputi kesemua 222 kawasan Parlimen. Menurut Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan, melalui program tersebut orang ramai berpeluang mendapatkan barang-barang keperluan harian dengan tawaran harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran. Selain barangan kering yang ditawarkan dalam Program Jualan Rahmah yang dianjurkan sepanjang tahun, PJR Ramadan juga menawarkan keperluan barangan basah untuk juadah berbuka puasa dan bersahur. Dalam pada itu, Armizan turut memaklumkan bahawa bermula bulan ini juga, KPDN melaksanakan dua operasi penguatkuasaan secara serentak iaitu OPS KESAN yang bermula pada 1 Mac 2024 dan OPS PANTAU […]

trending_flat

Juadah bubur lambuk harus diangkat sebagai simbol perpaduan

SIBU, 23 Mac 2024 - Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang telah merasmikan Program GERAK RAHMAH: ‘Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan dan Sungkei Perdana 2024’ yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara. Menurut Kementerian Perpaduan Negara, Program Gerak Rahmah adalah merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan memperkasa, dan mempergiatkan lagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta kesukarelawanan dalam komuniti khususnya dalam mendukung aspirasi Kerajaan untuk membangunkan Komuniti Rahmah. Program dilaksanakan di tiga (3) peringkat, iaitu peringkat kebangsaan di Sibu Sarawak, peringkat negeri di 16 buah negeri, dan peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Aaron menyatakan bahawa kejayaan program sebelum ini telah memberikan dorongan positif terhadap nilai-nilai kebersamaan, muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Pada tahun 2023, hampir 4,002 KRT telah menyertai program tersebut dengan pengedaran sebanyak 400,000 bekas bubur lambuk. Manakala pada tahun ini disasarkan lebih 600,000 bekas […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Laut Jawa, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Laut Jawa pada jam 4:53 petang tadi. Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:53 petang, 22 Mac 2024Koordinat: 6.0° Selatan 112.4° TimurLokasi: Laut JawaMagnitud: 6.4Jarak: 141km Utara dari Surabaya,IndonesiaKedalaman: 14 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Adaptasi AI dalam kurikulum mengikut keperluan semasa

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Kecerdasan Buatan atau Kepintaran Buatan (AI) dalam pendidikan perlu disesuaikan dengan kandungan pendidikan semasa, memberi pengalaman pembelajaran bagi memenuhi keperluan pelajar dan membolehkan pembelajaran personal dilaksanakan bagi menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran. Dengan perkembangan teknologi AI pada masa kini, adalah penting untuk mengadaptasi kurikulum AI seiring dengan trend dan pembangunan pendidikan bagi memenuhi permintaan industri. Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Untuk membangunkan kurikulum dalam bidang AI, beberapa fasa perlu dilaksanakan seperti reka bentuk, pelaksanaan dan penilaian program pendidikan yang merangkumi konsep, prinsip dan aplikasi AI untuk memberikan pemahaman mendalam kepada pendidik dan pelajar berkaitan asas berkaitan teknologi AI. Kurikulum AI yang direka bentuk dengan baik perlu meliputi dari aspek multidisiplin dan keselarasan dengan piawaian industri serta objektif pendidikan. Walau bagaimanapun, mengembangkan dan mengadaptasi kurikulum AI mempunyai pelbagai cabaran dan kekangan. Salah […]

trending_flat

Pertandingan DIY Made Simple 2024 Wonder Waste Creations: Paper & Plastic Edition

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2024 – Pendaftaran bagi pertandingan tahunan DIY Made Simple 2024 kini dibuka kepada semua murid dan guru sekolah menengah seluruh Malaysia mulai 10 Mac sehingga 9 Mei 2024. ‘Wonder Waste Creations: Paper & Plastic Edition’ dipilih sebagai tema pertandingan bagi edisi 2024 bagi menyeru murid-murid untuk meneroka penggunaan semula bahan kertas dan plastik, masing-masing sebagai sumber buangan terbesar dan kedua terbesar yang dibazirkan di tapak pelupusan sampah di negara ini secara kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk baharu pelbagai fungsi yang mempunyai nilai tambah. Selain membantu menangani masalah pencemaran alam sekitar, penekanan penggunaan semula bahan buangan melalui pertandingan ini juga secara tidak langsung memperkukuh inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kadar kitar semula menjelang tahun 2025. Pertandingan ini dianjurkan oleh Universiti Malaya, khususnya Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares) dan peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation