trending_flat

ikhlas.com lancar kempen Sadaqah 1,000 Bulan

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2024 – Platform gaya hidup mesra Muslim Capital A, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) melancarkan kempen Sadaqah 1,000 Bulan sempena meraikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan mengagihkan 200 set bakul makanan kepada keluarga asnaf di sekitar Pantai Dalam. Kempen itu bertujuan memudahkan umat Islam bersedekah dan menambah ganjaran pada bulan yang sangat dimuliakan ini. Selain transaksi yang mudah, cepat dan selamat dengan IKHLAS Sadaqah menerusi laman web atau aplikasi ikhlas.com, wang yang disedekahkan itu akan disalurkan 100% terus kepada golongan yang memerlukan sepanjang Ramadan. Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, “Sepertimana Ramadan terdahulu, ikhlas.com akan melaksanakan agihan setiap hari dengan bantuan Sahabat IKHLAS melibatkan lebih 100 lokasi di seluruh negara untuk memastikan setiap ringgit yang disedekahkan dapat dinikmati oleh pelbagai golongan penerima yang memerlukan.” Beliau berkata demikian selepas mengagihkan set bakul makanan yang mengandungi […]

trending_flat

Kod Etika Wartawan Malaysia merupakan penambahbaikan kepada Etika Kewartawanan Malaysia 1989

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2024 - Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil memaklumkan bahawa Kod Etika Wartawan Malaysia yang diluncurkan pada 20 Februari 2024 bukanlah kod etika yang baharu. Sebaliknya, kod etika tersebut merupakan penambahbaikan kepada Etika Kewartawanan Malaysia 1989 yang diterbitkan oleh Institut Akhbar Malaysia, yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysian Press Institute (MPI). Menurut Fahmi ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Tasek Gelugor ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi ini, Kod Etika Wartawan Malaysia itu akan diguna pakai oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) sebagai sumber rujukan dan panduan dalam pengeluaran serta penarikbalikan Kad Perakuan Media (KPM) untuk pengamal media di Malaysia. "Sebelum ini, JaPen mengguna pakai Etika Kewartawanan Malaysia MPI tahun 1989 bersekali dengan Prosedur Tetap Operasi (PTO) KPM sebagai sumber rujukan dan panduan bagi kelulusan serta penarikbalikan KPM. Kod Etika Wartawan Malaysia yang baru diluncurkan […]

trending_flat

Galakan bersedekah dalam Islam bukan menggalakkan budaya mengemis

Oleh: Prof. Madya Dr. Aizan Ali@Mat Zin Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah merupakan terjemahan kepada ungkapan dalam Bahasa Arab: Bismillahirrahmanirrahim yang diajar oleh Allah SWT kepada kita umat Islam melalui wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Ungkapan ini memulai setiap surah di dalam al-Quran, kecuali satu surah sahaja iaitu Surah al-Taubah. Prof. Madya Dr. Aizan Ali@Mat Zin Ini bermakna penegasan sifat Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Pemurah disebut sebanyak 113 kali. Namun jumlah keseluruhan ungkapan ini diulang dalam al-Quran adalah 114 kali dengan mengambil kira ayat 30 surah al-Naml. Sifat Pemurah Allah SWT tidak terhitung dan infiniti berbanding manusia yang bersifat terbatas dan terhad dengan dengan pelbagai kelemahan dan kekangan. Sifat Pemurah Allah SWT tiada tolok bandingnya. Konsep filantrofi dalam Islam memerlukan sifat pemurah manusia dalam menjayakannya. Ia terangkum dalam beberapa amalan kebaikan yang […]

trending_flat

Tawaran MRSM 2024 kepada golongan B40 lebih dari 80 peratus

KUALA KUBU BHARU 11 Mac 2024 - Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) merekodkan pengambilan pelajar tingkatan 1 dan 4 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sesi 2024 khusus buat keluarga berpendapatan rendah B40 adalah melebihi 80% setakat ini. Menurut Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebanyak 7,424 tawaran telah dikeluarkan kepada pelajar di seluruh negara. “Lebih dari 6,000 tawaran telah diberikan kepada pelajar B40 untuk ditempatkan ke MRSM. Walaupun begitu, laporan perkembangan terkini tentang penerimaan tawaran oleh pelajar golongan tersebut adalah sebanyak 76%. “Pengambilan kuota B40 bagi pelajar MRSM sesi 2024 menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada kali ini. Dasar kita menetapkan bahawa 60% kuota harus diisi oleh pelajar B40. Sejajar dengan hasrat itu, tahun ini kita berjaya menyediakan tawaran melebihi daripada peratusan asal sebagai usaha murni kita bagi mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah mendapat kemudahan pembelajaran […]

trending_flat

KPDN tumpaskan sindiket seleweng diesel di Dengkil, Selangor.

SEPANG, 11 Mac 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah berjaya mematahkan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi OPS TIRIS 3.0 dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah premis tanpa nama di Kampung Batu 1, Dengkil, Selangor disyaki dijadikan stor haram tempat penyimpanan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi pada 8 Mac 2024. Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam, serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDN Cawangan Sepang yang bermula kira-kira jam 5.30 petang adalah hasil maklumat awal daripada risikan yang telah dilakukan oleh pihak KPDN Putrajaya eberapa hari sebelum operasi dilaksanakan. "Hasil maklumat awal yang diperolehi, modus operandi sindiket ini adalah mengisi minyak diesel bersubsidi daripada beberapa buah stesen minyak di sekitar kawasan berhampiran tempat kejadian dengan menggunakan lori yang telah diubahsuai sebelum dibawa ke lokasi serbuan yang merupakan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Laut Banda pada jam 6:20 petang semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:20 petang, 10 Mac 2024Koordinat: 7.5° Selatan 129.2° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.1Jarak: 439km Selatan dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 132 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Pihak Pertikai Kod Etika Wartawan Malaysia Perlu Fahami Prinsip Yang Terkandung – Teo

KULAI, 10 Mac 2024 (Bernama) - Pihak yang ingin mempertikaikan mengenai Kod Etika Wartawan Malaysia perlu memahami terlebih dahulu prinsip-prinsip yang terkandung di dalam kod etika tersebut sebelum membuat dakwaan ia akan menyekat kebebasan media. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kod etika tersebut telah dikemas kini dan akan menjadi panduan bagi pemegang Kad Perakuan Media (KPM) dalam melaksanakan tugas mereka. “Saya rasa orang yang pertikaikan, sila baca (dahulu) kod ini, ia bukan dokumen baharu, ia telah diwujudkan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) sejak 1989 tetapi ia tidak pernah dikemas kini jadi usaha (dilakukan) oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) selepas penglibatan dengan MPI dan badan bukan kerajaan lain. “Kalau kita baca kod etika ini, anda akan setuju, sebenarnya tiada apa-apa yang saya rasa kontroversi, prinsip-prinsip yang sangat umum dan paling penting ialah, ia menegaskan kepada laporan yang baik, berita […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation