Gempa bumi kuat di Laut Jawa, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia
Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Laut Jawa pada jam 4:53 petang tadi. Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:53 petang, 22 Mac 2024Koordinat: 6.0° Selatan 112.4° TimurLokasi: Laut JawaMagnitud: 6.4Jarak: 141km Utara dari Surabaya,IndonesiaKedalaman: 14 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.