trending_flat

Aisyah Maisarah tidak gusar bergelumang dengan lalat, demi cita-cita menjadi usahawan bioteknologi

Anak bongsu dari tiga orang adik-beradik ini merupakan mahasiswa tahun ketiga kursus bioteknologi di Fakulti Sains, Universiti Malaya. Selain aktif di kampus, beliau yang bercita-cita menjadi usahawan pada masa hadapan, sudah pun mula berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan sejak berumur 8 tahun dan kini menguruskan bukan satu, malah lima jenis perniagaan pada masa lapangnya. “Sejak kehilangan arwah ayah pada tahun 2013, kami sekeluarga sudah biasa melakukan pelbagai kerja untuk mencari pendapatan tambahan. Disebabkan pandemik COVID-19, saya dan ibu mula mengusahakan perniagaan bakeri secara kecil-kecilan dari rumah. Kami mendapat banyak tempahan kek brownies dan roti dari warga setempat ketika itu yang tidak dapat keluar rumah kerana PKP. Kemudian, saya mula membekalkan produk bakeri kepada kedai-kedai di kolej kediaman Universiti Malaya,” kata Aisyah Maisarah Abd Razak, atau lebih mesra dengan panggilan Sera, memulakan perbualan. Anak jati Kuala Lumpur dari Cheras ini sememangnya komited […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Sumatera Selatan, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia pada jam  3:46 petang hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 3:46 petang, 23 Februari 2024Koordinat: 0.7° Selatan 98.3° TimurLokasi: Sumatera Selatan, IndonesiaMagnitud: 5.4Jarak: 99km Barat Laut dari Siberut,IndonesiaKedalaman: 45 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Bendera Malaysia dan China Menghiasi Dua Sisi Replika Naga, Lambang Persahabatan 50 Tahun

Oleh JomCheck Tular satu video yang menunjukkan perarakan replika naga berukuran 179.2 meter di Jonker Walk, Melaka menuduh ia hanya dihiasi bendera negara China. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Pengguna media sosial yang cuba untuk memainkan isu kedaulatan negara seolah-olah ia mengagungkan China dan merendahkan martabat Malaysia. Rakan JOMCHECK, MalaysiaKini dan MyCheck Malaysia telah melakukan semakan tentang dakwaan ini dan mendapati bahawa replika naga tersebut juga dihiasi dengan bendera Malaysia. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Naga yang diarak sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China itu dihias dengan bendera Malaysia di sisi kanan dan bendera China di sisi kiri. Sumber: MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/695693 MyCheck Malaysia: http://www.mycheck.my/more.php?id=2269330 Melaka TV: https://vt.tiktok.com/ZSFNgSd5B/ Poin penting dari sumber rujukan adalah: a. Perarakan naga tersebut berlangsung pada 1 Februari 2024 dan telah disertai oleh seramai 180 orang pelajar dari […]

trending_flat

Komponen psikospiritual Islam perlu untuk mencegah bunuh diri

Oleh: Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Apabila kerajaan negeri Kelantan menaikkan papan tanda petikan hadis Nabi tentang larangan bunuh diri di jejambat Tendong, ia mengingatkan kita tentang papan tanda yang diletakkan di laluan masuk hutan Aokigahara di Jepun. Hutan tersebut menjadi lokasi popular bagi sesiapa yang ingin membunuh diri. Papan tanda yang dipacak di pintu masuk hutan berbunyi, “Hidup ialah kurniaan yang bernilai” dan “Tolong jangan menderita keseorangan, mintalah bantuan.” Walau sebanyak mana pun papan tanda dinaikkan, 100 kejadian bunuh diri telah berlaku di hutan itu sahaja bagi tahun 2013 hingga 2015. Selepas tahun tersebut, pihak berautoriti tidak lagi mendedahkan rekod bunuh diri yang berlaku di hutan Aokigahara. Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Bunuh diri kebiasaannya dikaitkan dengan masalah kesihatan mental seperti tekanan dan kemurungan yang kronik, gangguan bipolar, schizophrenia dan lain-lain. Ia turut membabitkan faktor […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Jawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Jawa, Indonesia pada jam 6:46 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:46 pagi, 22 Februari 2024Koordinat: 6.3° Selatan 114.0° TimurLokasi: Jawa, IndonesiaMagnitud: 5.4Jarak: 176km Timur Laut dari Surabaya, IndonesiaKedalaman: 601 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Pelajar Sekolah Tinggi Negara Jepun alami Budaya Malaysia di Kolej Komuniti Selayang

BATU CAVES, 20 Februari 2024 – 188 orang pelajar sekolah tinggi Meishu Gakuen Hitachi daripada negara Jepun teruja untuk mengalami sendiri budaya-budaya Malaysia melalui permainan tradisional, pembuatan kuih tradisional, tarian tradisional dan pelbagai lagi aktiviti budaya Malaysia yang dijalankan di Kolej Komuniti Selayang (KKSY), hari ini. Pelajar sekolah tinggi ini digandingkan bersama pelajar KKSY dikenali sebagai “buddies” (rakan) bagi memudahkan mereka mendapatkan pengalaman daripada aktiviti-aktiviti yang disediakan ini dengan lebih optimum dan mendalami lebih erat lagi budaya Malaysia yang diketengahkan melalui aktiviti ini dengan “buddies” daripada Malaysia. Pelajar diperkenalkan dengan permainan tradisional seperti Batu Seremban, Congkak, Ceper dan Dam Haji yang merupakan permainan setiap rakyat Malaysia. Selain itu, Buddies daripada KKSY turut diperkenalkan dengan permainan dan kuiz tradisional daripada Jepun. Kursus-kursus pendek mengenai budaya Malaysia turut disediakan bagi memperkenalkan makanan, pakaian, dan budaya-budaya Malaysia kepada para pelajar daripada Jepun ini. […]

trending_flat

Kita dan Baitulmaqdis

Oleh: Rusli Abdul Roni Firman Allah yang bermaksud: Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun (Surah al-Ahzab: 23). Rusli Abdul Roni Kita baru saja meninggalkan bulan Rejab, bulan yang amat sinonim dengan bumi barakah Palestin, khususnya Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa, tapak mikraj Baginda Nabi SAW. Tanah pendaratan kefarduan solat lima waktu di bumi. Kefarduan yang dijemput khusus dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj mukjizat agung Baginda Nabi SAW. Memasuki tahun 2024, sehingga ke hari ini, kita masih disajikan berita dan perkhabaran derita saudara kita di Palestin. Baik melalui televisyen, radio, akhbar atau pun tontonan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation