Keharmonian antara agama di Malaysia terus subur
Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Minggu Pertama bulan Februari telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2010 di dalam Perhimpunan Agungnya sebagai Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia. PBB membuat suatu seruan kepada semua pemerintah atau kerajaan di dunia, institusi dan masyarakat sivil untuk menterjemahkannya dengan pelbagai program antara agama seperti program dialog antara agama serta inisiatif-inisiatif lain yang selari bagi mempromosikan matlamat murni Minggu ini. Dr. Khairulnizam Mat Karim Realiti semasa dialog antara agama di Malaysia amat penting untuk diteliti. Pertama, penglibatan organisasi dan penyertaan masyarakat. Dalam kajian-kajian sebelum ini sekitar tahun 2003-2005 menunjukkan bahawa penglibatan organisasi-organisasi Islam tidak menggalakkan berbanding organisasi-organisasi bukan Islam. Dari sudut penyertaan juga telah menunjukkan bahawa penglibatan masyarakat Muslim amat rendah terutama masyarakat awam. Ini adalah kerana tahap kefahaman dan kesedaran mereka terhadap kepentingan dialog dalam konteks semasa adalah rendah. Oleh sebab itu […]