Wajarkah tiadanya skim pencen untuk lantikan baharu kerajaan?
Oleh: Dr. Safiah Omar Kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini dari Timbalan Perdana Menteri Malaysia merupakan satu tamparan besar kepada pekerjaan di sektor kerajaan. Walaupun ianya bukanlah satu perkara yang baru kita dengari, namun keputusan yang diumumkan ini boleh memberi impak yang tinggi kepada satu sektor pekerjaan paling besar di Malaysia. Terlebih dahulu, pada tahun 2020, kerajaan telah pun menjalankan dasar memberhentikan elaun kritikal yang sebelumnya diberikan kepada kakitangan kerajaan sektor penting seperti perubatan dan perundangan. Dr. Safiah Omar Akan tetapi, keputusan itu membebankan lantikan baru sektor-sektor tersebut kerana tanpa kelebihan dari segi manfaat seperti elaun kritikal dan sebagainya, sektor swasta dilihat lebih menarik kerana bayaran dan elaun mereka adalah lebih tinggi. Ini menyebabkan ramai pegawai perubatan serta peguam sektor awam ini memilih untuk bertukar kepada sektor swasta dan ada juga yang membuka syarikat firma dan klinik mereka sendiri. Terkini, keputusan […]