trending_flat

Kapal dagang ditahan kerana bersauh secara haram

BATU PAHAT, 6 Januari 2024 - Sebuah kapal dagang telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Batu Pahat kerana bersauh secara haram di perairan Batu Pahat malam tadi. Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff bin Mohd Yunus berkata, kapal dagang yang berdaftar dari Majuro itu ditahan bot ronda Maritim Malaysia pada pukul 9.30 malam di kedudukan 5.6 batu nautika barat daya Tanjung Tohor setelah nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh ketika pemeriksaan. Kapal terbabit dikendalikan oleh 19 orang kru termasuk nakhoda terdiri daripada warga Ukraine dan Filipina yang berumur diantara 27 hingga 53 tahun. Kesemua mereka mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah. Kapal dagang itu membawa muatan beras import sebanyak 1,500 tan metrik yang dalam perjalanan dari negara China menuju ke Turkiye. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 […]

trending_flat

Kilang Proses Ubat Batuk Tiruan : 56 akaun berjumlah RM10.68 juta dibekukan, 2 premis disita – KPDN

PUTRAJAYA, 5 JANUARI 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan serbuan ke atas sebuah premis tempat memproses dan menyimpan pelbagai barangan bahan-bahan mentah serta botolbotol pembungkusan untuk menghasilkan produk ubat batuk tiruan di Mantin, Negeri Sembilan pada 15 Disember 2023. Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan hari ini, operasi bersepadu yang dilakukan oleh sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDN Putrajaya bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dengan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) adalah hasil daripada aduan yang diterima serta risikan awal yang telah dilakukan oleh pihak KKM selama tiga (3) bulan sebelum serbuan. Kata Azman, hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis terbabit, pasukan serbuan telah menemukan sejumlah 10,000 botol ubat batuk yang telah siap dibungkus, 900 liter cecair disyaki ubat batuk di […]

trending_flat

Pemindahan MITRA ke Kementerian Perpaduan adalah satu langkah strategik – Aaron Ago Dagang

PUTRAJAYA, 5 Januari 2024 - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyambut baik rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada bulan lepas yang turut menyaksikan pemindahan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang ke KPN. Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata ia satu langkah strategik untuk memperkukuh lagi peranan KPN dan agensi-agensi berkenaan. "Kedua-dua agensi yang diletakkan di bawah KPN ini dilihat dapat membawa impak positif dalam jangka masa panjang terhadap pembangunan dan kemajuan masyarakat India Malaysia melalui pelaksanaan program-program berimpak tinggi sejajar dengan pemboleh daya perpaduan iaitu “memperkasakan komuniti minoriti dan rentan ekonomi” yang digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara. KPN komited menambah baik pembangunan sosioekonomi masyarakat India melalui pemerkasaan pelbagai inisiatif dan program bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat India termasuk bidang pendidikan, ekonomi, dan sosial. Program peningkatan kemahiran, pembangunan modal insan dan […]

trending_flat

KPKM nafi wujud kartel tentukan harga padi, beras dan benih padi

PUTRAJAYA, 4 Januari 2024 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui satu kenyataan yang diedarkan semalam, menafikan dakwaan kewujudan kartel atau mafia yang menentukan harga padi, beras dan benih padi. Menurut kenyataan itu. melalui Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522),KPKM melaksanakan aktiviti kawal selia melalui pelesenan dan penguatkuasaan untuk memastikan industri padi dan beras berkembang secara sihat dan teratur. Akta itu juga memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras dalam mengeluarkan lesen dan permit bagi urus niaga padi dan beras meliputi pengilangan, pemborongan, peruncitan, import/eksport dan pemindahan antara negeri. "Merujuk kepada dakwaan kewujudan kartel atau mafia yang menentukan harga padi, beras dan benih padi, KPKM menafikan kewujudan kartel atau mafia tersebut seperti didakwa. Ini kerana jumlah pengeluaran sebanyak 39,000 pelbagai lesen seperti Lesen Borong Beras, Lesen Eksport, Lesen Import, Lesen Kilang Padi, Lesen Membeli […]

trending_flat

Hotline PADU

Kementerian Ekonomi telah menyediakan hotline untuk sebarang pertanyaan berkaitan Pangkalan Data Utama (PADU) di talian 1-800-88-7720. Orang ramai juga boleh melayari laman web https://padu.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai PADU atau imbas kod QR untuk melihat senarai lokasi kaunter PADU. Sistem PADU merupakan pangkalan data yang menjadi inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan perancangan dan pengagihan sumber supaya dapat disalurkan secara bersasar serta bermanfaat kepada isi rumah rakyat Malaysia dalam kategori berkelayakan. Sistem tersebut juga dibangunkan bagi mewujudkan mekanisme penjimatan sumber dan meningkatkan projek sosioekonomi yang mampu memberi impak maksimum kepada rakyat.

trending_flat

Penyerahan Busana Tradisional ke Pejabat Kedutaan Malaysia Memperkasakan Aktiviti Seni, Budaya dan Warisan Negara

4 Januari 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyerahkan sebanyak 20 set busana tradisional etniketnik utama di Malaysia berserta aksesori lengkap untuk diagihkan kepada 20 Pejabat Perwakilan Malaysia yang strategik di luar negara. Ini merupakan sesi penyerahan kedua oleh MOTAC selepas penyerahan kali pertama kepada sepuluh (10) Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang telah dilaksanakan pada 27 Januari 2022. MOTAC selaku peneraju diplomasi budaya meneruskan inisiatif diplomasi budaya fasa kedua kedua melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Pertubuhan Kraf Malaysia (Malaysia Craft Council) bagi memperkasakan program dan aktiviti seni, budaya dan warisan negara selaras dengan hala tuju Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021. Majlis penyerahan telah disempurnakan secara bersama oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing dan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan di Putrajaya, semalam. […]

trending_flat

Penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah berkuat kuasa 3 Januari

PUTRAJAYA, 4 JANUARI 2024 – Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam telah bersetuju dengan penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah. Menurut Kementerian dalam satu kenyataan hari ini, ia dilaksanakan secara berfasa seperti berikut: Fasa 1 – penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah berkuat kuasa pada 3 Januari 2024; dan Fasa 2 – penyerahan SESB dalam tempoh 7 tahun yang dijangka selesai pada tahun 2030. "Keputusan ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963. Dengan pelaksanaan pemindahan kuasa kawalselia tersebut, Kerajaan Negeri Sabah boleh melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri Sabah dengan sendiri. Walaupun demikian, Kerajaan Persekutuan bersedia untuk bekerjasama dan membimbing sekiranya pihak Sabah memerlukan bantuan dan khidmat nasihat daripada Kerajaan Persekutuan." kata kenyataan tersebut. Kerajaan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation