trending_flat

JWP koordinasikan 92 program di Labuan tahun ini

LABUAN, 13 Januari 2024 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa pada hari ini telah melancarkan Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Laporan Rancangan Struktur Labuan 2040. Menurut Dr Zaliha dalam satu hantaran di halaman X rasmi beliau, program tersebut juga disulamkan dengan pelancaran Kempen Kibar Bendera sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024. "Laporan Rancangan Struktur Labuan 2040 ini akan menjadi dokumen penting yang akan menggariskan pelbagai cadangan dasar pembangunan berkaitan perancangan fizikal, ekonomi, alam sekitar dan sosial di Wilayah Persekutuan Labuan. Secara ringkasnya, laporan ini akan menentukan hala tuju pembangunan Labuan menjelang tahun 2040. Bagi melengkapkan laporan ini sebelum digazetkan, pandangan dan penglibatan rakyat amat penting agar Rancangan Struktur ini menjadi lebih komprehensif dan mampan." katanya. Sehubungan itu, Perbadanan Labuan dengan kerjasama PLANMalaysia akan mengadakan sekurang-kurangnya 9 program 'outreach' yang melibatkan pemegang-pemegang taruh bagi menerangkan […]

trending_flat

FAM beri sumbangan kepada Tabung Selamatkan Harimau Malaya

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah menyaksikan penyerahan mock cheque dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang bernilai RM99,845.00 untuk Tabung Selamatkan Harimau Malaya semalam. Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kutipan sumbangan ini adalah hasil jualan tiket daripada tiga perlawananantarabangsa pasukan Harimau Malaya yang telah berlangsung pada bulan Oktober dan November 2023 yang mana RM 1 setiap tiket disumbangkan kepada tabung ini. "Jumlah keseluruhan sumbangan kepada tabung ini setelah dilancarkan pada Mac 2023 ialah RM131,408.00 daripada enam perlawanan antarabangsa Harimau Malaya. Majlis penyerahan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira Mohd Yusoff bin Haji Mahadi, Timbalan Presiden FAM dan YBhg. Dato' Hasnan bin Hj. Yusop, Timbalan Ketua Pengarah Operasi (PERHILITAN)." kata KBS. Kolaborasi KBS dan FAM itu menjadi saksi kepada satu bukti konklusif di mana kedua-dua organisasi ini juga menitikberatkan […]

trending_flat

Pengarah JPJKK Adakan Lawatan Kerja Ke IPK Selangor

SHAH ALAM 12 Januari 2024 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, pagi tadi. Ketibaan beliau dimulakan dengan sesi kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan yang berlangsung di Bilik Tetamu, pejabat KP Selangor. Ia merupakan lawatan kali pertama beliau menjawat jawatan itu pada 29 Disember 2023 dan bertujuan membincangkan aspek keselamatan serta pencegahan jenayah komuniti di kontinjen berkenaan. Dalam lawatan tadi, beliau turut berkesempatan mengadakan perjumpaan dan menyampaikan amanat kepada warga kerja JPJKK agar memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat dalam mencegah jenayah. Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato’ Azman Ayob, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Dasar/Sumber) JPJKK Bukit Aman, SAC Saiman Kasran dan Ketua JPJKK Kontinjen Selangor, SAC […]

trending_flat

Seksyen 73.85, Jalan Dabong-Jeli dibuka semula – JKR

JELI, KELANTAN – Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) memaklumkan bahawa pada tarikh 9 Januari 2024, jam 12.00 tengahari, laluan di Seksyen 73.85, Jalan Dabong – Jeli yang terputus akibat kegagalan pembetung telah dibuka semula. Menurut JKP dalam satu kenyataan, jalan tersebut telah dibuka secara satu lorong untuk semua jenis kenderaan ringan sahaja (maksimum sehingga 20 tan)dan ia disambungkan menggunakan Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) atau lebih dikenali sebagai Jambatan Bailey. "Komponen-komponen Jambatan Bailey mula dipasang pada 5 Januari 2024 menggunakan khidmat tenaga secara jabatan telah siap sehari lebih awal daripada tarikh jangkaan 10 Januari 2024. Seramai 54 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) dari Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR Jajahan Jeli, JKR Jajahan Machang, JKR Daerah Temerloh dan JKR Daerah Kinta telah bergabung tenaga bertungkus-lumus menyiapkan jambatan sepanjang 30 meter tersebut. Jambatan tersebut dibina bagi memastikan pengguna jalan raya terutamanya penduduk […]

trending_flat

Timbalan KPN hadir ke sesi taklimat aset MSU

KUALA LANGAT, 10 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri sesi demonstrasi dan taklimat pengoperasian aset "Mobile Surveillance Unit" (Unit Pengawasan Bergerak) (MSU) oleh Syarikat AMP Corporation (M) Sdn. Bhd. Demonstrasi aset tersebut telah dilakukan di Pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey, di sini, pagi semalam. Terdahulu, ketibaan Dato' Sri Ayob Khan disambut oleh Ketua Polis Selangor, CP Hussein Omar Khan bersama Komander Pasukan Polis Marin (PPM), SAC Norzaid Muhammad Said. Program diteruskan dengan taklimat pengoperasian oleh Ketua Pegawai Eksekutif AMP Corporation (M) Sdn. Bhd., Dato' Sri Mustaffa Hj. Abd. Rahman di Bilik Mesyuarat Utama AMPCOP. Aset MSU adalah bagi kegunaan PPM dalam mempertingkatkan pengesanan aktiviti di perairan negara, sekali gus memperkasakan peranan Pasukan tersebut. Seusai itu, Dato' Sri Ayob Khan telah mengadakan lawatan di sekitar Pelabuhan Klang dan Balai […]

trending_flat

Jumlah mangsa banjir berkurang

9 Januari 2024 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehingga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat sembilan (9) daerah di dua (2) negeri (Pahang dan Johor) masih dilanda banjir dengan penurunan jumlah mangsa kepada 8,462 dalam tempoh 24 jam (berbanding 8,578 mangsa pada 8 Januari 2024). Menurut NADMA, ia melibatkan 2,373 keluarga yang ditempatkan di 74 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurangan berbanding 78 PPS pada 8 Januari 2024. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Johor, iaitu Kota Tinggi (4,676 mangsa), Kluang (1,591 mangsa) dan Johor Bahru (847 mangsa)." kata NADMA. Dalam pada itu, penumpuan angin timuran dijangka berlaku di timur Sabah dan Sarawak sehingga 12 Januari2024 serta di Sarawak sehingga 12 Januari 2024.

trending_flat

Kajian pemantauan produk turapan jalan lapisan permukaan haus jenis Stone Mastic Asphalt (SMA) sedang dijalankan

LOJING, KELANTAN – Satu kajian pemantauan produk turapan jalan lapisan permukaan haus jenis Stone Mastic Asphalt (SMA) yang menggunakan bitumen terubahsuai dengan campuran plastik iaitu PETRONAS Plastic Modified Bitumen sedang dilaksanakan oleh Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dengan kerjasama PETRONAS Research Sdn. Bhd. (PRSB). Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan hari ini, produk yang dibangunkan oleh PRSB menggunakan spesifikasi SMA dengan bitumen terubah suai gred PG76 ini, mula diturap setebal 50mm pada 10 Januari 2023 sepanjang 200 meter di Jalan Persekutuan FT185, Jalan Simpang Pulai - Blue Valley, Kelantan. Kata kanyataan itu, lokasi itu dipilih bagi membuktikan produk mempunyai daya tahan yang tinggi memandangkan kawasan tersebut adalah kawasan berbukit dan berkenderaan berat. Pemantauan prestasi turapan produk itu bakal berakhir pada 9 Januari 2024. "Bagi mengetahui prestasi produk ini di tapak kajian, Menteri Kerja Raya, Dato Sri […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation