trending_flat

Maritim Malaysia rampas 400 liter minyak petrol

๐—ฆ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ โ€“ Sejumlah 400 liter disyaki minyak petrol yang diisi di dalam 20 tong berjaya dirampas oleh Zon Maritim Sandakan selepas ia dibuang ke laut ketika aksi kejar buru antara pihak Maritim Malaysia dan dua buah bot pancung disyaki penyeludup di sini, petang semalam. Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi telah mengesan dua bot pancung berada dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 3.10 petang di kedudukan 1.6 batu nautika utara Pulau Bai. Pihak Maritim Malaysia telah mengarahkan bot suspek berhenti untuk diperiksa namun bot suspek tidak memberikan kerjasama malah bertindak memecut laju bot. Suspek turut membuang 20 tong disyaki berisi petrol ke laut sebelum melarikan diri menuju ke perairan cetek dan berbatu dalam usaha meloloskan diri dari ditahan oleh penguat kuasa. Kesemua tong minyak seterusnya […]

trending_flat

Tindakan pantas Maritim Malaysia selamatkan 2 bot nelayan terbalik

๐—ฆ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ โ€“ Berpantang maut sebelum ajal, teriakan dua nelayan meminta pertolongan dari laut didengari oleh pegawai bertugas Zon Maritim Sandakan semasa membuat rondaan di jeti dekat sini, semalam. Kejadian itu berlaku pada sekitar jam 10.50 malam di mana pencarian mangsa menggunakan kaedah 'Search Light' dilakukan iaitu kira-kira 0.29 batu nautika selatan Pulau Berhala, tidak jauh dari Jeti Maritim Sandakan. BOT KILAT 34 diatur gerak ke lokasi di mana kedua-dua mangsa diselamatkan dalam satu OP CARILAMAT namun bot yang dinaiki mereka didapati karam. Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, Roslee Awang, 43 dan rakannya Fadzier Salleh, 36, masing-masing warga tempatan didapati tidak memakai jaket keselamatan dan keadaan laut dengan ombak besar serta arus kuat telah menyebabkan bot yang dinaiki mereka terbalik lalu tenggelam. Komuniti nelayan dinasihatkan agar mematuhi langkah-langkah keselamatan ketika melakukan sebarang aktiviti […]

trending_flat

Timbalan KPN dan isteri hadir Majlis Malam Mes Meraikan Pesara Pegawai Kanan PDRM 2023

Kuala Lumpur, 23 Disember 2023 โ€“ "Seikhlas Budi, Titipan Memori" menjadi tema bagi Majlis Malam Mes Meraikan Pesara Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2023 yang diadakan di Manhattan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Seramai 251 pesara pegawai kanan polis bersama pasangan dari seluruh kontinjen, untuk menghargai khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada negara dan Pasukan selama ini. Lebih bermakna, majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay selaku Timbalan Yang di-Pertua Mes PDRM bersama isteri SAC Datin Sri Datoโ€™ Zalena Mohd Ariffin yang juga Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia. Berucap dalam majlis malam tadi, Dato' Sri Ayob Khan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan beliau kepada para pesara atas segala khidmat bakti yang diberikan bersama PDRM dan mengalu-alukan sebarang nasihat dan teguran membina agar Pasukan dapat terus mengorak […]

trending_flat

Usah Perlekeh Kebijaksanaan Pengundi – Raja Ahmad Iskandar Fareez

Cadangan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) sebagai projek perintis (pilot project) sewajarnya dilihat sebagai langkah positif bagi pemerkasaan hak demokratik warga ibu kota. Langkah itu turut memberikan peluang kepada para pengundi di Kuala Lumpur untuk melibatkan diri dalam melakar corak pembangunan bandar raya terbesar di negara ini memandangkan WPKL masih belum mempunyai perwakilan bertaraf Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih oleh rakyatnya sendiri. Menurut Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Raja Ahmad Iskandar Fareez dalam satu kenyataan, keterbukaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa untuk membincangkan cadangan berkenaan secara lanjut bersama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sangat dialu-alukan. Katanya, semoga perbincangan itu bakal membuahkan hasil dalam usaha untuk memperkasa demokrasi di WPKL. "Dalam tempoh seminggu sejak cadangan ini diketengahkan semula oleh Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur […]

trending_flat

Tolak DNAA kes rasuah jadi keutamaan BERSIH – Muhammad Faisal

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan memberikan keutamaan kepada kempen menolak amalan rasuah dengan menggesa pihak peguam negara untuk tidak lagi memberikan DNAA berkaitan kes rasuah. Selain daripada itu, perkara-perkara lain yang akan menjadi keutamaan perjuangan BERSIH pada tahun hadapan adalah persempadanan semula kawasan pilihan raya dan peruntukan sama rata Ahli Parlimen. "Alhamdulillah baru selesai mesyuarat AJK Pemandu / SC @bersihofficial. Melihat kehadapan 2024 terdapat beberapa isu besar yang perlu diberi keutamaan. Antaranya 1) Kempen tolak rasuah dengan penekanan tolak DNAA untuk kes rasuah, 2) isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yg perlu dilakukan dengan adil & seimbang dan 3) CDF - peruntukan pembangunan sama rata untuk setiap ahli Parlimen." kata Pengerusi BERSIH Muhammad Faisal Aziz dalam satu hantaran ringkas di halaman X rasmi beliau. Menerusi DNAA, orang kena tuduh (OKT) boleh dilepaskan daripada pertuduhan yang sedang dihadapi ketika […]

trending_flat

Tol percuma sempena Krismas 2023

KUALA LUMPUR 21 Sisember 2023 - Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada para pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan sambutan perayaan Hari Krismas yang akan disambut pada 25 Disember 2023. Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui mesyuarat bersama โ€“ sama dengan syarikat konsesi juga telah bersetuju dengan pelaksanaan pemberian tol percuma ini pada 23 Disember 2023 (Sabtu) dan 26 Disember 2023 (Selasa). Menurut KKR, pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kenderaan di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim. "Pemberian tol percuma ini diharapkan dapat meringankan beban perjalanan semua rakyat Malaysia yang merancang pulang ke kampung halaman untuk melawat ahli keluarga dan sambutan Hari Krismas atau bercuti bersama-sama keluarga sempena musim cuti sekolah. Ini juga […]

trending_flat

14 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2023 – Armizan

KOTA KINABALU, 21 DISEMBER 2023 โ€“ Menjelang sambutan perayaan Krismas pada 25 Disember 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 yang akan berkuat kuasa dari 23 Disember hingga 27 Disember 2023. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali tempoh pelaksanaan adalah selama 5 hari iaitu 2 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 2 hari selepas perayaan. Sebanyak 14 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2023 dan senarai barangan adalahseperti berikut: (i) Daging Kambing Biri-Biri Bertulang Import;(ii) Tomato;(iii) Lada Benggala Hijau;(iv) Kubis Bulat Import (China dan Indonesia);(v) Lobak Merah;(vi) Cili Merah;(vii) Ubi Kentang Import (China);(viii) Bawang Merah Besar Import;(ix) Bawang Kuning Besar;(x) Ayam Tua Hidup (dikawal di Sarawak);(xi) Kepak Ayam ; (dikawal di Sabah, Sarawak dan WP Labuan)(xii) Babi Hidup (dikawal peringkat ladang, di Sabah, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

โœ–

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

โœ–

Stop following

Unfollow Cancel

โœ–

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation

โœ–