Gempa bumi kuat berhampiran Pantai Barat Honshu, Jepun
Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 telah berlaku berhampiran Pantai Barat Honshu, Jepun pada pukul 3:10 petang hari ini. Menurut laporan media, Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami peringkat tinggi selepas beberapa siri gempa bumi kuat menggegarkan kawasan barat negara itu hari ini. Bagaimana punJabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilalorkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 3:10 petang, 1 Januari 2024Koordinat: 37.6° Utara 137.3° TimurLokasi: Berhampiran Pantai Barat Honshu, JepunMagnitud: 7.0Jarak: 97km Utara dari Toyama,JapanKedalaman: 53 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.