Mengurus pembaikan bangunan selepas banjir perlukan ilmu
Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Saban tahun, kejadian banjir menjadi tajuk berita yang biasa kita dengar pada musim tengkujuh. Selain dari risiko terhadap nyawa manusia dan kerosakan harta benda, banjir juga mendatangkan masalah kepada pemilik rumah dan premis yang terpaksa mencuci bangunan mereka selepas setiap episod banjir berlaku. Bergantung kepada jenis struktur dan juga kadar kerosakan, terdapat cara yang betul untuk mencuci bangunan yang terjejas akibat terendam dalam tempoh banjir bagi memastikan ketahanan struktur dan fabrik bangunan dalam jangka masa panjang. Cara pencucian dan pembaikan yang betul juga dapat mengelakkan masalah kepada kemasan yang diperbaharui selepas pencucian dan pembaikan yang dijalankan. Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Kebanyakan struktur bangunan di Malaysia dibina menggunakan sistem struktur konkrit bertetulang dengan fabrik bangunan yang diperbuat daripada bata dan plaster yang dicat. Dalam keadaan banjir, struktur sebegini berpotensi untuk menyerap air banjir kerana […]