trending_flat

Gangguan Bekalan Air Berjadual di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan memulakan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat pada 9:00 pagi, 10 Oktober 2023 (Selasa). Menurut Air Selangor, pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat. Kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian ini dijangka akan siap pada jam 7:00 malam, 10 Oktober 2023 (Selasa). "Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat setelah kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, 12 Oktober 2023 (Khamis). Para pelanggan dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Tempoh masa gangguan dan pemulihan […]

trending_flat

PMX umum subsidi tambahan RM400 juta tangani isu harga beras

Kerajaan akan menyalurkan subsidi tambahan berjumlah hampir RM400 juta dalam rangka memastikan harga beras tempatan tidak meningkat dan bekalannya mencukupi untuk keperluan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan subsidi tambahan ini akan digunakan bagi menampung keperluan agensi dan jabatan kerajaan seperti kem tentera, polis dan asrama sekolah yang menggunakan beras dalam jumlah yang besar. “Diberitahu Kementerian Kewangan kepada ‘central contract’ supaya beli hanya beras import jangan beli beras tempatan untuk kem tentera polis dan jabatan kerajaan, asrama sekolah bagi mengurangkan tekanan keperluan beras dalam kalangan rakyat,” kata beliau. Ini bermakna, sehingga lima peratus bekalan beras tempatan yang digunakan oleh agensi kerajaan akan dipulangkan kepada pasaran umum. “Beras tempatan tak cukup disebabkan harga beras import naik, ada hotel pun sudah pakai beras tempatan. Lima peratus penggunaan ini (oleh premis kerajaan), kita beri subsidi beli beras import supaya lima […]

trending_flat

Menteri KKR kongsi visi My Jalan di pentas antarabangsa

3 Oktober 2023 - Menteri Kerja Raya (KKR), Dato Sri Alexander Nanta Linggi berpeluang berkongsi pengalaman Malaysia berkaitan keselamatan dan penyelenggaraan jalan raya di pentas antarabangsa di hari pertama Kongres Jalan Sedunia ke-27 2023 anjuran Persatuan Tetap Kongres Jalan Antarabangsa (PIARC) yang berlangsung di Prague, Republik Czech dari 2 hingga 6 Oktober, 2023. Bertemakan ‘Together On The Road Again’, kongres tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Czech Republic, Petr Fiala dan Presiden Senat Czech Milos Vystrcil, melibatkan penyertaan lebih 22 negara. "Antara perkara penting yang saya bentangkan adalah visi dan inisiatif kempen MYJalan yang dilancarkan pada Ogos 2023 oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan akauntabiliti dan menggalakkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya, pemain industri dan agensi kerajaan bahawa jalan raya adalah tanggungjawab bersama." kata beliau. Katanya, Presiden PIARC Nazir Alli turut menegaskan […]

trending_flat

Kembara Sains Borneo Siri 2 berjaya dekati Komuniti bagi meningkatkan minat dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi

NABAWAN, 30 SEPTEMBER 2023 – Kembara Sains Borneo (KSB) anjuran Pusat Sains Negara (PSN) dan Akademi Sains Malaysia menerima sambutan hangat dari masyarakat Sabah dengan mencatatkan bilangan pengunjung melebihi sasaran yang telah ditetapkan. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Arthur Joseph Kurup menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Penutupan Kembara Sains Borneo 2023 Siri 2 di Pentas Terbuka Majlis Daerah Nabawan, Sabah. Berucap di Majlis Perasmian Penutup KSB Siri Dua Tahun 2023, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, seramai 19,408 komuniti telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dibawakan dalam KSB di Kimanis dan Kalabakan termasuklah aktiviti-aktiviti sampingan yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah sekitar Parlimen Kimanis, Kalabakan dan Pensiangan sehingga 27 September 2023. Katanya lagi, di KSB Siri 2 Pensiangan yang diadakan bermula semalam, kita telah merekodkan sejumlah 3,000 pengunjung pada hari pertama menjadikan jumlah […]

trending_flat

Gaya Rasulullah SAW mengurus kesejahteraan emosi

Oleh: Dr. Aizan Ali@Mat Zin Rasulullah SAW adalah idola umat Islam dalam kerangka hidup yang aman dan sejahtera. Sejahtera fizikal, mental serta spiritual. Hakikat kejadian Rasulullah SAW sebagai manusia sebenarnya sama dengan kita umatnya, namun berbeza kedudukan di sisi Allah SWT; di mana Rasulullah SAW adalah kekasih dan utusan Allah SWT kepada seluruh alam. Dr. Aizan Ali@Mat Zin Allah SWT telah menegaskan bahawa manusia ini dijadikan lemah (Surah al-Nisa:28), bersifat panik dan keluh kesah apabila ditimpa keburukan (Surah al-Ma’arij: ayat 19-20). Walau bagaimanapun, Allah SWT tidak membiarkan kita tertanya-tanya; bagaimana kaedah yang terbaik untuk menguruskan emosi yang panik dan keluh kesah? Justeru dalam ayat 22-23 surah yang sama, dinyatakan dengan jelas penawar yang paling mujarab iaitu solat. Orang yang istiqamah mendirikan solat dalam kehidupan sehari-hari akan terselamat daripada penyakit emosi: panik dan keluh kesah yang menggugat kesejahteraan mental dalam kehidupan […]

trending_flat

Intipati Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78.

Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah berkongsikan intipati Kenyataan Negara yang disampaikan oleh beliau sewaktu Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78. 1. Islamofobia 2. Laporan SDG 2023 3. Konflik Rusia-Ukraine 4. Isu Palestin 5. Myanmar dan ASEAN 6. Afghanistan 7. Perubahan Iklim 8. Visi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 9. Persaingan Kuasa Besar 10. Malaysia MADANI

trending_flat

KPDN jamin bantu KPM lakukan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh negara – Armizan

RAUB, 23 September 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan akan terus membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam melakukan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh Negara. Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dalam masa yang sama KPDN akan terus menggiatkan tindakan penguatkuasaan di bawah perundangan serta bidang kuasa KPDN terutamanya dalam menangani isu penukaran label kampit beras yang dikhuatiri berlaku susulan pelarasan harga baharu bagi beras putih import (BPI). "Bermula pada 7 Julai 2023, KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melancarkan Kolaborasi Bersepadu OPS JAMIN bagi memastikan keterjaminan bekalan beras dengan harga yang stabil dan terkawal untuk keperluan pengguna. Kerjasama strategik yang melibatkan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan pemantauan di antara KPDN dan KPKM melalui OPS JAMIN ini amat penting bagi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation