trending_flat

Laman Web Palsu sistem eGUMIS

PUTRAJA 18 Ogos 2023 - Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) memaklumkan terdapat laman web palsu bagi sistem eGUMIS. Di dalam satu kenyataan ringkas hari ini, JANM berkata bahawa url halaman web yang dimaksudkan adalah https://telegroup.my.id/jawatanmalaysiaterkini-tdr "Hasil semakan Computer and Incident Response Teams (CSIRT) JANM, url tersebut adalah phishing website atau laman web penipuan digital. Justeru orang ramai diminta berwaspada dan berhati-hati dengan memastikan melayari laman web sebenar bagi urusan Wang Tak Dituntut (WTD) di url https://egumis.anm.gov.my/" kata JANM.

trending_flat

Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat Lotus’s Malaysia dirasmikan

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2023 - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Pn Hajah Fuziah Salleh telah merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat Lotus’s Malaysia yang diadakan di Lotus's Cheras hari ini. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidp )KPDN), Kempen tersebut bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran barangan buatan Malaysia, meningkatkan keinginan pengguna untuk membeli barangan tempatan, memupuk semangat patriotisme rakyat Malaysia, meningkatkan kesedaran tentang kualiti barangan buatan tempatan dan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan mempromosikan dan mempamerkan produk-produk mereka. Kata KPDN, sehingga kini, Lotus's Malaysia mempunyai sebanyak 112 rakan kongsi PKS tempatan yang menawarkanlebih daripada 900 jenis produk, di mana sebanyak 90% disahkan Halal. "Sempena KBBM, Karnival Mini di perkarangan Lotus's Cheras diadakan dengan menampilkan beraneka sampel produk daripada 17 jenama buatan tempatan bermula hari ini hingga Ahad, 20 Ogos 2023. Sebagai tanda […]

trending_flat

Menteri KPKT pengerusikan Sesi Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2024 Bersama Pemegang Taruh

PUTRAJAYA, 17 Ogos 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming telah mempengerusikan Sesi Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2024 Bersama Pemegang Taruh KPKT bertempat di Dewan Kristal, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pagi ini. Menurut KPKT, sesi libat urus tersebut diadakan bertujuan untuk mendapatkan input, pandangan dan cadangan daripada semua pihak yang berkepentingan dan terlibat secara langsung dengan KPKT khususnya berkaitan sektor perumahan, pengurusan sisa pepejal, pengurusan bencana, kemampanan bandar dan kesejahteraan komuniti serta pemerkasaan perkhidmatan Kerajaan Tempatan. Kata KPKT, ia melibatkan pelaksanaan program di bawah inisiatif Belanjawan 2024 bagi melipat gandakan usaha dalam meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI yang bertemakan Memperkasa Rakyat. Seramai 243 pemegang taruh terdiri daripada pemain industri seperti Syarikat Pemaju Perumahan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Swasta, Persatuan-Persatuan mewakili komuniti, pihak Universiti dan pelbagai Agensi Kerajaan hadir sama dalam majlis tersebut. […]

trending_flat

Program Semarak Gemilang Malaysia MADANI semarakkan bulan Hari Kebangsaan tahun ini

SEREMBAN 17 Ogos 2023 – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merasmikan Program Semarak Gemilang Malaysia MADANI anjuran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) di Pusat Beli-belah Mydin, Seremban 2 hari ini. Program yang diadakan bersama-sama Kempen “OHMYDIN! Meriah Bersama” sempena sambutan ulang tahun ke-66 Pusat Beli-belah Mydin bertujuan menggalakkan penyertaan dan kerjasama strategik pelbagai pihak khususnyasyarikat swasta bagi menyemarakkan kempen kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang kini sedang berlangsung. Menurut KKD menerusi satu kenyataan hari ini, sebanyak 45 program Semarak Gemilang bakal dilaksanakan di seluruh negara sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang 2023 dan setakat ini, 14 program telah dilaksanakan seperti di bawah : Manakala bagi Negeri Sembilan, sebanyak tiga (3) program telah diadakan dan dirancang iaitu di SMK Dato' Mansor, Bahau pada 1 Ogos 2023, Pusat Beli-belah […]

trending_flat

Kebakaran MV KMTC Shenzen Berjaya Dikawal

PELABUHAN KLANG, 15 OGOS 2023 – Insiden kebakaran melibatkan 24 buah kontena di atas kapal MV KMTC SHENZEN yang berlaku pada 12 Ogos lalu telah berjaya dikawal sepenuhnya, hari ini. Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Shahrenliza bin Ghazali berkata, operasi pemadaman api yang dilakukan bersama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Tengah, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pelabuhan Klang telah berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran tersebut. Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan insiden kebakaran kontena di atas Kapal MV KMTC SHENZHEN di Perairan Pelabuhan Klang di sini hari ini. Sementara itu pada sidang media yang sama, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBSM) Negeri Selangor Nor Ariffin bin Kamari berkata, dalam usaha memadamkan kebakaran berkenaan pihak bomba berhadapan cabaran kerana perlu berhati-hati dengan bahan kimia yang terdapat di atas kapal […]

trending_flat

Video promosi Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Orang ramai dijemput untuk sama sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada 31 Ogos ini di Dataran Putrajaya. Saksikan pelbagai acara menarik antaranya acara perbarisan dan perarakan, persembahan aksi tempur wira-wira negara, persembahan udara dan banyak lagi. https://youtu.be/1hZ4ZUJLQ9c

trending_flat

KPKT dukung hasrat Kerajaan Madani perkasakan penyampaian perkhidmatan dan iktiraf peranan media

PUTRAJAYA 15 OGOS 2023 - Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming telah menyempurnakan Majlis Pra-Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 dan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023 bertempat di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini. Dalam majlis tersebut, beliau turut memperkenalkan secara rasmi replika trofi kedua-dua anugerah tersebut. “Penganjuran kedua-dua anugerah berprestij ini diharap dapat memberi inspirasi kepada pasukan KPKT untuk sentiasa membudayakan semangat daya saing agar terus komited melaksanakan pembaharuan dalam melestarikan perkhidmatan yang cemerlang. Selain itu, ia juga merupakan usaha KPKT bagi memartabatkan peranan utama pengamal media dalam menyampaikan berita yang sahih dan tepat selain mengelakkan penyebaran berita palsu demi mengukuhkan perpaduan, keharmonian dan meningkatkan kestabilan ekonomi negara.” kata Nga Kor Ming. Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 membawa simbolik slogan KPKT iaitu ‘stronger together’’, ‘unity in diversity’ dan ‘demi pertiwi’ melalui kepimpinan cemerlang dan berkualiti dalam melaksanakan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation