trending_flat

CANSELOR UM ANUGERAHKAN PROFESOR DR SAEDAH SIRAJ GELARAN PROFESOR EMERITUS

KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER 2022 : Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur- Lah, Canselor, Universiti Malaya berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada tokoh pendidikan, Profesor Dr. Saedah Siraj di Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-62 pada hari ini. Profesor Dr. Saedah Siraj merupakan anak kelahiran Muar, Johor dan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Sarjana Pendidikan, dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di University of Pittsburgh, Amerika Syarikat. Penglibatan beliau dalam bidang pendidikan tanahair bermula seawal tahun 1977 dengan menjawat jawatan guru di Sekolah Menengah Sungai Mati, Muar, Johor. “Saya bersyukur dan gembira menerima gelaran Profesor Emeritus ini, dan saya berhasrat untuk terus menyumbang kepakaran saya dalam bidang pendidikan kepada Fakulti, Universiti dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi. “Antara perancangan saya setelah diberi gelaran […]

trending_flat

GRADUAN CACAT PENGLIHATAN BERJAYA GENGGAM IJAZAH UNTUK MEMBANTU KELUARGA 

KUALA LUMPUR, 6 DISEMBER 2022 : Graduan cacat penglihatan, Thew Ming Soon, graduan Fakulti Sastera dan Sains Sosial berjaya menggenggam segulung ijazah dengan menetapkan matlamat yang jelas untuk berjaya dan membantu keluarga.  Thew Ming Soon yang berasal dari Johor berkata beliau menghadapi kesukaran ketika pandemik COVID- 19 melanda dan terpaksa menukar mod pengajaran dan pembelajaran secara fizikal kepada pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.  “Saya perlu mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sistem dan aplikasi semasa pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kebanyakan aplikasi mudah untuk saya gunakan.  “Antara motivasi saya untuk tamatkan pengajian ialah mempunyai matlamat yang jelas untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapatkan pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga.  Antara pesanan Thew Ming Soon kepada pelajar-pelajar kurang upaya yang sedang melanjutkan pengajaran untuk tidak berputus asa dan percaya kepada rezeki kerana sememangnya […]

trending_flat

UNIVERSITI MALAYA MERAIKAN 7,863 GRADUAN DALAM ISTIADAT KONVOKESYEN KE-62

KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER 2022 : Universiti Malaya pada tahun ini meraikan 7,863 graduan dalam Istiadat Konvokesyen Ke-62 dalam 15 sidang bermula 5 Disember hingga 12 Disember 2022. Pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-62 yang berlangsung pada hari ini telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor, Universiti Malaya. Antara aktiviti-aktiviti istimewa yang telah berlangsung pada hari pertama Istiadat Konvokesyen adalah pengurniaan gelaran Ijazah Kehormat kepada tokoh sejarawan negara, Profesor Dato’ Wang Gungwu, pengurniaan gelaran Profesor Emeritus kepada Profesor Dr. Saedah Siraj, pengurniaan Anugerah Pelajaran DiRaja kepada dua orang penerima dan pengurniaan Ijazah Kedoktoran kepada 479 orang graduan dari pelbagai fakulti/akademi/pusat/institut. Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor dalam ucapannya berkata, Istiadat kali ini akan menganugerahkan ijazah dan […]

trending_flat

ABIM RAKAM UCAPAN TAHNIAH BUAT MENTERI PENDIDIKAN BAHARU, PERINCI ASPIRASI PENDIDIKAN UNTUK MASA DEPAN

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan tahniah buat YB Puan Fadhlina Siddiq atas taklifan sebagai Menteri Pendidikan kepada kerajaan Perpaduan seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim. ABIM meyakini kewibawaan dan pengalaman yang dimiliki menjadi tonggak untuk beliau memimpin kementerian pendidikan ke arah kecemerlangan. Dalam memenuhi misi tersebut, ABIM ingin perinci lima perkara pokok isu pendidikan yang harus dititikberatkan. Pertama, isu keciciran pembelajaran yang harus diangkat sebagai isu utama. Justeru ia memerlukan pengukuhan 3M pada peringkat tahap 1. Kedua Dasar Pendidikan Digital perlu disegerakan bagi mempercepat adaptasi pendigitalan dalam ekosistem pendidikan. Ketiga sekolah daif yang merupakan isu berpanjangan dan perlu penyelesaian kreatif dan drastik bagi kesaksamaan pendidikan. Keempat hala tuju pendidikan perlu dijajarkan semula bagi memaknakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Negara yang dilihat semakin dilupakan akibat pembelajaran berorientasikan peperikasaan masih menebal dalam masyarakat. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation