PJR Ramadan inisiatif Kerajaan bantu kurangkan kos sara hidup
PAPAR, 10 MAC 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini memperluaskan Agenda Payung RAHMAH MADANI melalui pelaksanaan Program Jualan RAHMAH (PJR) Ramadan sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali pelaksanaan PJR Ramadan melibatkan sebanyak 450 lokasi secara berjadual di seluruh negara. Maklumat pelaksanaan PJR Ramadan boleh diakses melalui portal KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah. "PJR Ramadan akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga di antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal. Selain penjualan barang-barang keperluan kering sebagaimana kebiasaan,PJR Ramadan akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian lain seperti ayam, daging lembu, ikan dan pelbagai hasil laut, beras dan telur ayam. Bekalan produk yang terlibat pada jualan murah ini juga melibatkan kerjasama daripada agensi Kerajaan lain seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan […]