trending_flat

Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?

Oleh: Prof. Madya Dr. Zalina Zakaria Baru-baru ini, berkuatkuasa pada 18 November 2023, Muslim di India dan di luar India telah dikejutkan dengan dalam satu langkah kontroversi yang diambil oleh kerajaan wilayah Uttar Pradesh di India, yang diketuai oleh BJP, sebuah parti fundamentalis di India yang mengenakan larangan ke atas pengeluaran, penyimpanan, pengedaran dan penjualan produk makanan, ubat-ubatan dan kosmetik yang disahkan halal. Malah dikatakan bahawa kerajaan wilayah ini telah lama merancang untuk mengenakan larangan ke atas produk yang disahkan halal. Keputusan ini telah menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan pelbagai masyarakat, bukan sahaja dalam kalangan umat Islam di India bahkan di luar India. Kerajaan wilayah Uttar Pradesh menyatakan bahawa larangan/sekatan tersebut adalah berdasarkan isu kesihatan awam dan untuk mencegah kekeliruan. Malah mereka berhujah bahawa pensijilan halal, yang menjadi tanda aras pematuhan kepada undang-undang Islam, mengganggu piawaian kualiti yang ditetapkan oleh […]

trending_flat

Kaji impak penetapan gaji minimum pekerja terhadap peningkatan produktiviti

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Konsep gaji minimum merupakan satu elemen yang melibatkan keadilan sosial bertujuan untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan dengan meningkatkan kuasa membeli golongan miskin melalui kaedah peningkatan kadar gaji. Penetapan gaji minimum adalah suatu topik yang sering menjadi perhatian dunia sama ada dalam bidang politik mahu pun akademik. Perdebatan berkaitan jumlah gaji minimum di Malaysia telah pun bermula semenjak awal tahun 1940-an. Namun begitu, perlaksanaan gaji minimum hanya dapat dilaksanakan di Malaysia buat pertama kalinya pada 1 Januari 2013 dengan nilai RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di wilayah Sabah dan Sarawak, setelah digazetkan pada 16 Julai 2012. Dr. Nurul Ashikin Alias Terkini, jumlah penetapan gaji minimum sebanyak RM1500 di dalam pasaran buruh telah pun dilaksanakan di semua sektor sama ada kerajaan atau swasta. Majikan yang mempunyai bilangan pekerja kurang dari lima orang juga wajib untuk menetapkan […]

trending_flat

Mempertingkat kualiti kehidupan PPR bukan dengan melambak pembinaan rumah kos rendah

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Rumah seharusnya adalah sebagai tempat kediaman yang selesa dan selamat serta merupakan keperluan asas bagi setiap individu. Namun, kos kehidupan yang ditanggung oleh individu yang menetap di kawasan bandar semakin meningkat dari semasa ke semasa sehingga keadaan ini telah menyukarkan golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Oleh itu, pihak kerajaan telah memainkan peranan penting bagi meringankan beban tersebut dengan melaksanakan beberapa inisiatif seperti Program Perumahan Rakyat (PPR), sekaligus, untuk mengatasi masalah perumahan setinggan di kawasan bandar. Dr. Nurul Ashikin Alias Peningkatan pembinaan rumah kos rendah mampu milik semakin meningkat terutamanya di kawasan bandar. Namun, persoalannya adakah pembinaan rumah kos rendah di kawasan bandar telah mengambilkira kesejahteraan penghidupan penghuni di kawasan kediaman tersebut secara menyeluruh? Terma kesejahteraan ini kebiasaannya digunakan di kalangan para penyelidik yang berorientasikan keseimbangan ekonomi, sosial, politik dan kemanusiaan. Perumahan rakyat […]

trending_flat

KPDN laksanakan dua komponen khusus Program Penyeragaman Harga

KUALA LUMPUR, 9 November 2023 - Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan bahawa terdapat dua komponen khusus Program Penyeragaman Harga yang dilaksanakan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Dua komponen tersebut adalah : i) Komponen pertama disebutkan sebagai Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan. Jika di dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan disebutkan sebagai butiran 040600. Butiran ini merujuk kepada perbelanjaan yang diperuntukkan oleh Kerajaan untuk menampung kos pengangkutan barangan antara pelabuhan ke pelabuhan (port-to-port). Untuk tahun 2024, peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM40 juta. ii) Satu lagi komponen merujuk kepada Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming – butiran 040500. Untuk tahun 2024, sejumlah RM225 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan. "Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming telah dilaksanakan bermula tahun 2009. Objektif program […]

trending_flat

KPDN tambah Program Jualan RAHMAH (PJR) di Sabah, Sarawak dan Labuan

BEAUFORT, 5 November 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menambah jumlah pelaksanaan Program Jualan RAHMAH (PJR) di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi bulan November dan Disember 2023. Foto-foto Kredit UKK KPDN Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, KPDN juga akan memastikan penawaran bekalan ayam ditambah dengan harga jualan RAHMAH pada kadar diskaun di antara 10 hingga 30 peratus. Katanya, pendekatan itu diambil sebagai salah satu strategi intervensi untuk membolehkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mendapat akses kepada bekalan jualan ayam pada harga yang berpatutan. Pelaksanaan pendekatan ini akan ditumpukan di kawasan-kawasan yang dilaporkan mempunyai isu penjualan harga yang agak tinggi di pasaran setempat. "Pendekatan ini juga adalah sejajar dengan usaha untuk menangani sebarang isu berbangkit berkaitan kadar harga ayam susulan pengumuman penamatan langkah sementara […]

trending_flat

Jenama ReDI akan terus diperluaskan

LANGKAWI, 4 November 2023 - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Puan Hajah Fuziah Salleh telah melepaskan (flag off) peserta-peserta Program Retail Digitalisation Initiative - ReDI 6 Hours Challenge Rakyat Digital yang diadakan di ruang legar PARKROYAL Langkawi Resort, Pulau Langkawi, Kedah hari ini. Foto-foto kredit UKK KPDN Menurut Fuziah menerusi satu siaran media, program tersebut adalah merupakan kesinambungan kepada siri program-program ReDI yang terdahulu yang dilaksanakan sejak tahun 2021 bertujuan untuk menggalakkan digitalisasi di kalangan peniaga dan pengguna di Malaysia. Katanya lagi, ia juga adalah selari dengan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat digital yang inklusif dan berdaya saing. "Bagi tempoh Januari sehingga 30 September 2023, Program ReDI telah berjaya mendaftarkan (onboarding) sejumlah 4,898 peniaga di bawah kaedah pembayaran elektronik (e-wallet). […]

trending_flat

Kerajaan tidak akan tambat ringgit

KUALA LUMPUR, 1 November 2023 - Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan tambatan ringgit dan langkah seiringnya iaitu kawalan pertukaran mata wang asing yang pernah dilakukan semasa negara menghadapi Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998 kerana ia bukan merupakan penyelesaian yang tepat untuk cabaran yang dihadapi pada masa ini. Menurut Timbalan Menteri Kewangan 2, Steven Sim di Dewan Rakyat hari ini, sebab pertama adalah ekonomi dan sistem kewangan Malaysia berada pada kedudukan yang lebih baik pada masa kini untuk menghadapi turun naikpasaran kewangan global dan pergerakan kadar pertukaran. "Keduanya, Malaysia akan hilang kebebasan dasar monetari dan perlu mengikut kadar faedah mata wang yang menambat ringgit. Contohnya, jika ringgit ditambat dengan dolar AS, kita perlu menaikkan kadar faedah selari dengan kadar faedah di AS. Tindakan ini akan memberi tekanan kepada kos pembiayaan yang lebih tinggi kepada rakyat. Ketiga, bagi mengekalkan tambatan, kita […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation