Sediakan tabung untuk ibadah korban
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Bulan Zulhijjah merupakan bulan terakhir dan penutup bagi kalender tahun Qamariah sebelum meraikan kehadiran tahun baharu. Bulan zulhijjah juga termasuk dalam empat bulan haram dan dijanjikan Allah dengan ganjaran pahala yang dilipatgandakan. Sebagai bulan penutup, Zulhijjah adalah bulan yang disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Pelbagai amal ibadat telah diatur sejak dari 1 Zulhijjah sehinggalah ke hari tasyrik pada 13 Zulhijjah. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Salah satu ibadah yang disyariatkan dan diwariskan semenjak zaman Nabi Ibrahim AS adalah amalan mengorbankan haiwan ternakan. Ia dilaksanakan selepas solat sunat Aidil adha hinggalah sebelum terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah. Lazimnya haiwan yang dikorbankan adalah binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Daging haiwan yang dikorbankan kemudiannya dibahagikan sama ada dalam keadaan mentah atau dimasak dan diagihkan kepadapelbagai pihak. Ia termasuklah golongan yang […]