trending_flat

KPKT komited imbangi sosioekonomi dan pembangunan komuniti setempat secara inklusif

TELUK INTAN, 17 Jun 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Fiesta Teluk Intan - ‘Komuniti Bandar Dekat di Hati’ sempena Program Kemampanan dan Komuniti Bandar (PKKB) di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada pagi ini. Nga Kor Ming juga turut menyampaikan Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) berjumlah RM276,000 kepada 15 penerima Projek Bantuan Baik Pulih Rumah dan Bantuan Bina Baharu Rumah di Bandar bagi kawasan Teluk Intan dan Bagan Datuk, Perak. Menurut KPKT, sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan oleh KPKT untuk bantuan baik pulih rumah kepada negeri Perak bagi tahun 2023. Peruntukan ini bakal memberi manfaat kepada 133 penerima bantuan perumahan di Perak dalam usaha menambah baik kualiti kehidupan keluarga di bandar. Tambah KPKT, penerima Bantuan Baik Pulih rumah adalah dalam kalangan B40 yang berdaftar dengan eKasih di mana rumah […]

trending_flat

KPK jamin terus tangani masalah industri getah dan diskriminasi minyak sawit

KUALA LUMPUR, 15 JUN 2023 - Dalam menghadapi risiko cuaca panas dan penyakit luruhan daun, Kementerian Perladangan dan Komiditi (KPK) belum menyalurkan bantuan segera tentang isu ini, tetapi sudah mengambil kira kebajikan mereka menerusi bantuan segera secara bulanan seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan Insentif Pengeluaran Lateks (IPL). Mejawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Padang Serai di Parlimen hari ini, Menterinya Dato' Sri Haji Fadillah Yusof menyatakan, sejak pelaksanaan IPG pada September 2015 sehingga 31 Disember 2022, bantuan telah diagihkan kepada 210,000 pekebun kecil di seluruh negara dengan nilai pembayaran berjumlah RM448 juta. “Bagi menangani penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP), Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah diperuntukkan keseluruhan RM14.9 juta untuk Siri 1 dan Siri 2 bagi mengawal penyakit LDP dalam tahun 2023 sehingga 2024. “Siri 1 melibatkan peruntukan berjumlah RM10 juta, sedang di dalam proses pelaksanaan di Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, […]

trending_flat

Upah dan gaji: Kepuasan bekerja lebih utama

Oleh: Dr. Elya Nabila Abdul Bahri Walaupun kajian semula kadar dan struktur upah sedang hangat diperkatakan ketika ini, namun dari sudut yang lain terdapat segolongan pekerja yang memilih untuk mempunyai kehidupan yang lebih sejahtera dan keseimbangan antara kerja-kehidupan yang lebih sihat berbanding upah yang lebih tinggi. Ada pekerja yang sanggup meninggalkan organisasi kerana tuntutan kerja yang terlalu sibuk walaupun upah yang diterima adalah tinggi. Kebiasaannya, semakin tinggi tingkat upah, semakin tinggi tuntutan kerja yang diperlukan oleh majikan. Tuntutan kerja yang banyak akan membuatkan seorang pekerja itu sibuk dan perlu melebihkan masanya untuk menyempurnakan kerja dan kurang peruntukan masa untuk bersosial atau bersama keluarga. Maka tidak hairan jika ada pekerja yang sanggup meninggalkan kerja yang menawarkan upah yang lebih tinggi, misalnya RM3,700 disusuli dengan tuntutan kerja yang padat tetapi berhijrah kepada pekerjaan sebagai juruwang dengan pendapatan sebanyak RM1,500 yang lebih rendah […]

trending_flat

KKR sambut baik pengumuman Anwar

KUALA LUMPUR, 13 JUN 2023 - Pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim semalam yang mengarahkan projek infrastruktur kecil seperti baik pulih sekolah dan klinik daif di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dipindahkan kepada jabatan lain atau pejabat daerah disambut baik oleh Kementerian Kerja Raya (KKR). Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata saranan tersebut apat memberikan pelepasan kepada Kementerian Pelanggan (kementerian yang berurusan dengan KKR dalam mendapatkan sebarang perkhidmatan berkaitan projek, khidmat nasihat teknikal dan sebagainya) bagi melaksanakan sendiri projek infrastruktur kecil seperti membaiki kerosakan kecil sekolah, klinik, parit kecil dan pembaikan pagar yang tidak melibatkan aspek teknikal yang kompleks serta aspek keselamatan pembinaan. "Ini sejajar dengan arahan di dalam Arahan Perbendaharaan 182 dimana Kementerian/Jabatan/ Agensi (KJA) boleh melaksanakan sendiri kerja-kerja penyenggaraan membaiki kerosakan kecil yang tidak melibatkan struktur bangunan atau kerja elektrik yang bernilai tidak melebihi RM200,000 […]

trending_flat

Prihatin masalah pekebun kecil getah, Fadillah adakan perbincangan bersama Salahuddin

KUALA LUMPUR, 12 JUN 2023 - Susulan dari lawatan ke Baling, Kedah semalam, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof  telah memanggil dan mengadakan perbincangan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Salahuddin Ayub di pejabat beliau di Parlimen, petang tadi. "Kurang 24 jam selepas mendengar luahan pekebun kecil dan penduduk di kawasan Baling, Kedah melalui jelajah Trek Komoditi Zon Utara 2023, saya telah memanggil dan mengadakan perbincangan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Salahuddin Ayub di pejabat saya di Parlimen, petang ini. Antara isu yang disuarakan ialah mengenai harga gula yang mahal dan penjualan minyak paket secara tidak beretika." kata Fadillah di dalam satu catatatan di Facebook rasmi beliau hari ini. Tambahnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) memberi jaminan akan menyiasat […]

trending_flat

LKTN komited perkasakan industri kenaf negara

BESERI, 12 JUN 2023 - Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hajah Siti Aminah Aching menyaksikan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) di Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf, Beseri, Perlis hari ini. Beliau hadir mewakili Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato Sri Haji Fadillah Yusof. Menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), MoU tersebut bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam program pembangunan industri kenaf melalui gerakan koperasi di Malaysia. Inisiatif itu dilakukan untuk menggalakkan penglibatan syarikat swasta yang berminat membuat pelaburan baharu dalam industri kenaf bagi mengurangkan kebergantungan terhadap insentif kerajaan untuk menjana pasaran yang lebih kompetitif dalam pelbagai segmen industri di peringkat domestik dan antarabangsa. "Pada tahun 2023, negeri Perlis telah menyasarkan penanaman kenaf bagi pengeluaran biji benih kenaf seluas 300 hektar melibatkan 150 orang peserta. […]

trending_flat

Orang Awam dijemput beri input terhadap pertumbuhan ekonomi negara

PUTRAJAYA, 12 JUN 2023 - Kementerian Kewangan (MOF) menjemput orang awam untuk memberikan pandangan dan input berhubung langkah-langkah bagi mengembangkan ekonomi negara, dan pada masa yang sama memainkan peranan aktif untuk bersama-sama membentuk lanskap ekonomi Malaysia. Menurut MOF, pandangan yang dikongsi akan menjadi panduan yang penting bagi Kerajaan dalam merangka dasar dan keutamaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia. "Ia akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian (Ogos 2023), Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (September 2023) dan Belanjawan 2024 (Oktober 2023). Orang awam boleh berkongsi maklum balas mereka mengenai pelbagai topik seperti ekonomi, subsidi dan perlindungan sosial melalui saluran maklum balas dalam talian iaitu Suarakan Pendapat Anda mulai hari ini di www.mof.gov.my." katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation