trending_flat

DUKE bakal laksanakan sistem pembayaran terbuka

KUALA LUMPUR 12 April 2023 - Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan bahawa Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE) menjadi syarikat konsesi lebuhraya terkini yang bakal mengambil bahagian di dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka di plaza tol lebuhraya kendaliannya. Menurut Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan hari ini, persetujuan yang dicapai hasil perbincangan di antara KKR dan DUKE itu menjadikan keseluruhan jumlah lebuhraya yang bakal terlibat di dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini kepada 12 lebuhraya dengan sistem ini dijangka bermula pada September 2023. "Lebuhraya-lebuhraya yang terlibat termasuklah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth – Kulim, Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong SMART serta Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX). Selain daripada itu, sukacita […]

trending_flat

Penjenamaan semula nama MITI

KUALA LUMPUR 12 April 2023 - Nama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI atau dalam Bahasa Inggerisnya, MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY, mengekalkan akronim yang sama iaitu “MITI”. Menurut MITI, ia adalah seiring dengan keputusan Perdana Menteri di dalam Mesyuarat Kabinet bertarikh 5 April 2023. "Penjenamaan ini bertepatan dengan fungsi Kementerian yang menjadi peneraju dan bertanggungjawab untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing, memperkasakan pelaburan tempatan, memantapkan perdagangan antarabangsa dan memperkasakan pembangunan industri yang lestari dan mampan. Keputusan ini juga adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk merancakkan lagi aktiviti penggalakan pelaburan seperti yang digariskan di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional bagi kesinambungan pembangunan semula ekonomi negara seperti yang digariskan di dalam wadah Kerajaan Madani." kata MITI dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, dengan penjenamaan tersebut, MITI terus komited untuk menarik pelaburan […]

trending_flat

49,000 Pekebun Kecil Getah Terima Bantuan Khas Aidilfitri

PUTRAJAYA 12 April 2023 - Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Getah Malaysia akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada 49 ribu pekebun kecil getah di seluruh negara. Menurut KPK dalam satu kenyataan hari ini, bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM9.8 juta. Ia melibatkan pekebun kecil getah berdaftar dengan keluasan kebun getah melebihi 2.5 hektar sehingga 6.0 hektar. "YAB Perdana Menteri pada 29 Mac 2023 telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan BKKA sebanyak RM200 dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM170 juta kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan. KPK telah mengambil tindakan bagi memastikan kumpulan sasar yang terdiri daripada pekebun kecil getah mendapat manfaat BKKA. Penyaluran bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun pekebun kecil sebelum atau pada 14 April 2023." kata KPK. Pada masa yang sama, BKKA akan turut disalurkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun […]

trending_flat

Keluar Sekejap : KWSP, Isu Laut China Selatan, Komunikasi Strategik

11 April 2023 - Rancangan podcast Keluar Sekejap episod "KWSP, Isu Laut China Selatan, Komunikasi Strategik" yang ke udara baru-baru ini memaparkan kritikan dan Pandangan Khairy Jamaluddin (KJ) dan Sharil Hamdan (SH) terhadap isu2 panas semasa kerajaan, juga terhadap Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (FF) yang seharusnya berperanan memberi penjelasan tepat kpd masyarakat umum. Beberapa perkara dibangkitkan di dalam episod kali ini iaitu : Satu undi utk KJ, satu undi untuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi. KJ menjelaskan isu ini semasa PRU lepas terbukti untuk Pakatan Harapan (PH). FF tidak dapat lagi menyangkalnya kerana Zahid kini bersama PH. KJ dan SH kuat mendokong bekas Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakon (DSIS) dan menganggap DSIS sebagai pencetus pemulihan ekonomi selepas COVID-19. Berjaya mengambil langkah sepatutnya di bawah kementerian berkaitan pada masa itu, bagi memastikan lockdown tidak akan berulang […]

trending_flat

Pakej RAHMAH di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 6 April 2023 - Majlis pelancaran Pakej RAHMAH Bersama Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur telah diadakan di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur semalam. Ia dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub. Dalam satu siaran media semalam, Salahuddin berkata, pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur melalui Pakej RAHMAH merangkumi promosi pakej Penginapan dan Iftar iaitu pakej Penginapan Dua Hari Satu Malam di Bilik Standard, Termasuk Sahur dan Iftar untuk Dua Orang Bernilai RM250 sahaja. Foto oleh LNA/Yusri Ibrahim "Di bawah Pakej RAHMAH Bersama Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur, harga bagi setiap pengunjung yang ingin menikmati ruangan bilik yang lebih luas iaitu di lain kategori pilihan di hotel seperti Bilik Deluxe, Bilik Junior Suite, Bilik Executive Suite ataupun kategori pilihan di Residence seperti Satu, […]

trending_flat

Harga runcit minyak masak sawit kemasan botol kekal

PUTRAJAYA 3 April 2023 - Bagi membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga bagi mengelakkan kesan kepada pengguna serta untuk memastikan sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak terjejas dengan sebarang isu kenaikan harga yang tidak munasabah, Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen untuk tempoh 8 April 2023 hingga 7 Mei 2023 seperti jadual di bawah: Dalam satu kenyataan hari ini, KPDN berkata pengekalan harga runcit minyak masak sawit kemasan botol ini dibuat meskipun terdapat kenaikan harga minyak sawit mentah (crude palm oil) untuk bulan Mac berbanding bulan sebelumnya yang telah melepasi RM4,000.00 per tan metrik. "Purata harga Minyak Sawit Mentah untuk bulan Mac 2023 adalah RM 4,139 per tan matrik berbanding RM 3,908 per tan matrik pada bulan […]

trending_flat

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 - Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor baru-baru ini telah menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5. Dinamakan Program Amal Tayar Rahmah, ia ditawarkan oleh Bengkel Dania Garage pada 20 Mac lalu. Menurut pemilik bengkel itu, Mohd Mustakim Mohd Munawir, beliau menganjurkan jualan amal itu sebagai sebahagian sumbangan penghargaan kepada pelanggan bengkelnya. "Saya berterima kasih kepada semua pengguna dan pemilik motosikal yang menjadi pelanggan dan menyokong bengkel saya selama ini. Jadi sempena bulan Ramadan ini juga saya menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah, juga dengan tujuan untuk membantu meringankan beban pemilik motosikal," katanya kepada media hari ini. Tambah beliau, jualan amal yang dianjurkan selama sehari itu telah berjaya menarik kehadiran kira-kira tiga ribu pemilik motosikal. Bagaimanapun pihaknya memperuntukkan sejumlah seribu unit tayar untuk dibeli oleh pemilik motosikal pada harga RM5 […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation