trending_flat

Anwar akan pastikan reformasi struktur ekonomi dijelmakan

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2022 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Bank Negara Malaysia (BNM) semalam untuk mendengar taklimat mengenai prospek, tantangan serta tumpuan dasar ekonomi negara saat ini. Beliau turut diiringi oleh kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan. "Saya dimaklumkan mengenai keadaan ekonomi negara yang kembali mengukuh pasca COVID-19. Namun, kerajaan mesti memikirkan cabaran semasa kepada ekonomi negara dengan mengambilkira risiko-risiko seperti pertumbuhan global yang lembab, konflik dan masalah geopolitik di peringkat antarabangsa yang terus memburuk serta gangguan kepada rantaian bekalan makanan. Kerajaan akan bertindak segera dengan pendekatan jangka pendek dan jangka panjang bagi mendepani permasalahan ini." kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau. Tambah beliau, usaha dan upayanya adalah memastikan reformasi struktur ekonomi dijelmakan dengan teratur bagi merancakkan pertumbuhan serta […]

trending_flat

Malaysia mesti salurkan semula subsidi bantu golongan B40, M40 dan peniaga kecil – Anwar

PUTRAJAYA, 13 Disember 2022 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bil 4 untuk tahun 2022 yang turut dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, semua Menteri yang berkaitan serta Ketua Setiausaha Negara. Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai tertinggi kerajaan dan agensi kerajaan diketuai oleh Gabenor Bank Negara serta Ketua-ketua Setiausaha kementerian. Menurut Anwar dalam satu kenyataan hari ini, mesyuarat tersebut membincangkan mengenai isu yang telah dibangkitkan pada mesyuarat khas yang lalu, di mana beliau sendiri telah berikan masa selama dua minggu kepada kementerian terbabit untuk membentangkan semula kertas yang komprehensif setelah mengadakan sesi libat urus dengan pihak yang terlibat. Kata Anwar, Malaysia mesti menyalurkan semula subsidi pukal yang turut memanfaatkan golongan mahakaya dan konglomerat ke arah menopang kumpulan B40, M40 dan peniaga kecil yang amat terkesan dan memerlukan. "Sebagai […]

trending_flat

PM Anwar terima kunjungan hormat dari Presiden Timor Leste

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, TYT Dr José Ramos-Horta di Seri Perdana, Putrajaya tengahari tadi. Turut serta dalam pertemuan ini adalah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin. Melalui pertemuan ini kami berupaya menilai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Timor Leste serta meneroka ruang kerjasama yang baharu. Malaysia juga akan terus memberi dukungan kepada Timor-Leste dari aspek pembangunan sosial, keselamatan dan ekonomi. Malaysia turut mengesahkan komitmen untuk terus bekerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN mengenai pelan hala tuju keanggotaan Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN. Semoga hubungan antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh menerusi pelbagai lapangan kerjasama. Kredit Foto - AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia Kredit Foto - AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia Kredit Foto - AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia […]

trending_flat

GCET ERATKAN HUBUNGAN MALAYSIA-CHINA

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2022 – “Dalam tahun 2021 sebanyak 43 projek pembuatan dari negara China yang bernilai $3.98 bilion dolar AS telah diluluskan dan telah menjana hampir 14,000 pekerjaan untuk rakyat Malaysia”. Demikian jelas Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim sewaktu berucap merasmikan Sidang Kemuncak Global Ekonomi dan Teknologi China (GCET) 2022 di sebuah hotel terkemuka dekat sini hari ini. Tan Sri Rais mengingatkan kembali hubungan rapat yang telah lama terjalin dengan negara China. Menurut beliau, “Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN yang menjalin hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974 dan hubungan tersebut berjalan dengan lancar selama 48 tahun dalam bidang perdagangan, budaya, pendidikan, keselamatan dan hubungan rakyat dengan rakyat.”. Tan Sri Rais juga menjelaskan bahawa Malaysia dan China telah berada dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang merupakan blok perdagangan terbesar […]

trending_flat

Kebergantungan negara kepada sumber luar perlu diatasi – MPPN

PUTRAJAYA, 28 November 2022 - Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mengusulkan agar kebergantungan negara kepada sumber luar iaitu import terutama bahan makanan, perlu diatasi dalam jangka masa sederhana dan panjang. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, adalah sangat penting untuk Kerajaan memastikan perusahan domestik dikembangkan bagi menampung dan menstabilkan keperluan dalam negara. "Dengan yang demikian langkah mengutamakan pengeluaran dalam negara hendaklah diusahakan dengan mewujudkan insentif yang wajar kepada perusahaan tempatan." katanya. Mohd Azmi juga berpendapat subsidi bersasar merupakan rasionalisasi dasar yang tepat akan tetapi sudah tentu ia harus dilaksanakan dengan mekanisne yang efisien. "Saya juga berpendapat tumpuan awal harus diberi kepada menentukan kaedah memastikan keperluan asas rakyat/ pengguna tidak terdedah kepada monopoli dan eskploitasi oleh perusahaan besar." katanya. Terdahulu beliau mengalu-alukan langkah Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah segera menumpukan perhatian […]

trending_flat

Hantec Financial membuka peluang perdagangan global untuk Pasaran Malaysia

HONG KONG, 22 November 2022 - Hantec Financial ialah sebuah jenama yang pernah memenangi anugerah dan bernaung bawah Hantec Group. Diasaskan di Hong Kong, kumpulan ini kini secara rasminya telah mengumumkan pengembangan globalnya ke Malaysia. Hantec Financial bakal menawarkan perkhidmatan kewangan termaju kepada pelanggannya, yang sekaligus bakal membuka ruang kepada peluang dagangan global baharu. Dikawal selia secara global dan menawarkan pelbagai perkhidmatan kewanganHantec dengan pengalaman lebih 30 tahun dan diberi kuasa dengan 12 lesen pengawalseliaan, sentiasa meneroka peluang untuk mengembangkan perniagaannya ke pasaran baharu. Kumpulan ini kini berada di 19 buah bandar di 14 buah negara di seluruh dunia. Ini termasuk Greater China, Thailand, Vietnam, Jepun, Australia, UK, Eropah, Amerika Selatan, Timur Tengah, Afrika dan lain-lain. Hantec juga menawarkan pelbagai aset kewangan termasuk forex, CFD, komoditi, indeks dan saham AS dengan spread dan leverage yang kompetitif. Jenama yang boleh dipercayai untuk memastikan keselamatan dana dan […]

trending_flat

Pemimpin-Pemimpin APEC Menyeru Pertumbuhan Inklusif, Dibina Berdasarkan Agenda Kemampanan Di Rantau Ini

Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pasifik (APEC Economic Leaders’ Meeting – AELM) melabuhkan tirainya di Bangkok, Thailand semalam dengan hasil yang memberangsangkan yang menyaksikan para Pemimpin Ekonomi APEC berikrar untuk mempergiatkan lagi usaha ke arah pemulihan ekonomi yang inklusif, pasca pandemik. Kenyataan PemimpinEkonomi tersebut turut menegaskan komitmen APEC untuk terus berusaha secara kolektif ke arah meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat di rantau Asia Pasifik, di samping meningkatkan taraf hidup mereka. Berlandaskan Visi Putrajaya 2040 serta Pelan Tindakan Aotearoa, para Pemimpin Ekonomi juga menekankan kepentingan untuk mencapai objektif kemampanan APEC menerusi pendekatan yang tegas, responsif dan komprehensif. Dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Jeneral Prayut Chan-o-cha, Perdana Menteri Thailand, AELM 2022 dimulakan dengan sesi Pemukiman yang mana Pemimpin-Pemimpin Ekonomi menumpukan perbincangan berhubung usaha-usaha APEC dalam mencapai pembangunan yang seimbang, mampan dan inklusif, dengan berpaksikan kepada konsep Ekonomi Bio-Circular-Green (BCG). Delegasi Malaysia telah diketuai oleh […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation