trending_flat

TINDAKAN DAN PELAN KERAJAAN MENANGANI KOS SARA HIDUP

28 DISEMBER 2022 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Menteri Ekonomi telah mengeluarkan kenyataan bersama tentang beberapa inisiatif proaktif dalam menangani cabaran ekonomi semasa yang mampu menjejaskan kehidupan rakyat. Beberapa langkah ini termasuk tindakan jangka pendek dan sederhana lanjutan Mesyuarat Khas NACCOL pada 27 November 2022 dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Disember 2022 lepas. Antara 10 keputusan penting yang diputuskan Kerajaan adalah seperti berikut: ⁃ Tarif elektrik dikekalkan untuk pengguna domestik, komersial, dan industri bagi mengelakkan kesannya terhadap harga barangan pengguna. ⁃ BERNAS akan menyalurkan peruntukan RM60 juta kepada petani beras RM10 juta bagi 2022 dan RM50 juta bagi 2023. Ini adalah bagi kos sara hidup pesawah. ⁃ Kawalan harga dan subsidi ayam standard dan telur Gred A, B, dan C diteruskan sehingga suatu tempoh yang ditetapkan ⁃ Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) […]

trending_flat

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2022 akan dilaksanakan selama 5 hari

PUTRAJAYA, 20 Disember 2022 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan bahawa menjelang sambutan Krismas pada 25 Disember yang akan datang, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2022 akan dilaksanakan berkuatkuasa dari 23 Disember hingga 27 Disember 2022. Menurut Salahuddin menerusi satu kenyataan pada hari ini, tempoh pelaksanaan adalah selama 5 hari iaitu 2 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 2 hari selepas perayaan. Katanya, pada masa yang sama, ayam dan telur ayam sedang dikawal harganya di bawah pelaksanaan penentuan harga ayam dan telur ayam. Sebanyak 11 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2022. Senarai barangan bagi skim tersebut adalah seperti infografik di bawah : "Tempoh pelaksanaan SHMMP Krismas 2022 kali ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga. Pengguna dapat […]

trending_flat

Kemasukan telur ayam dari India adalah fasa percubaan – MAFS

SEPANG 16 Disember 2022 - Bagi menampung kekurangan bekalan telur sejak beberapa bulan yang lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) telah membawa masuk telur ayam dari negara luar. Dalam satu kenyataan semalam. MAFS berkata kebenaran bagi kemasukan telur ayam dari negara India semalammelalui laluan udara sebagai fasa percubaan bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati segala piawaian yang ditetapkan. "Kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah melaksanakan kawalan kemasukan telur ayam import di pintu masuk secara ujian Hold, Test and Release (HTR), yang merangkumi ujian PCR untuk pengesanan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease dan Avian Influenza. Pengujian yang dijalankan ini adalah bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat, bersih, halal dan bebas dari segala penyakit di samping melindungi industri penternakan negara. Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan oleh Kerajaan […]

trending_flat

Anwar akan pastikan reformasi struktur ekonomi dijelmakan

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2022 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Bank Negara Malaysia (BNM) semalam untuk mendengar taklimat mengenai prospek, tantangan serta tumpuan dasar ekonomi negara saat ini. Beliau turut diiringi oleh kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan. "Saya dimaklumkan mengenai keadaan ekonomi negara yang kembali mengukuh pasca COVID-19. Namun, kerajaan mesti memikirkan cabaran semasa kepada ekonomi negara dengan mengambilkira risiko-risiko seperti pertumbuhan global yang lembab, konflik dan masalah geopolitik di peringkat antarabangsa yang terus memburuk serta gangguan kepada rantaian bekalan makanan. Kerajaan akan bertindak segera dengan pendekatan jangka pendek dan jangka panjang bagi mendepani permasalahan ini." kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau. Tambah beliau, usaha dan upayanya adalah memastikan reformasi struktur ekonomi dijelmakan dengan teratur bagi merancakkan pertumbuhan serta […]

trending_flat

Malaysia mesti salurkan semula subsidi bantu golongan B40, M40 dan peniaga kecil – Anwar

PUTRAJAYA, 13 Disember 2022 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bil 4 untuk tahun 2022 yang turut dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, semua Menteri yang berkaitan serta Ketua Setiausaha Negara. Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai tertinggi kerajaan dan agensi kerajaan diketuai oleh Gabenor Bank Negara serta Ketua-ketua Setiausaha kementerian. Menurut Anwar dalam satu kenyataan hari ini, mesyuarat tersebut membincangkan mengenai isu yang telah dibangkitkan pada mesyuarat khas yang lalu, di mana beliau sendiri telah berikan masa selama dua minggu kepada kementerian terbabit untuk membentangkan semula kertas yang komprehensif setelah mengadakan sesi libat urus dengan pihak yang terlibat. Kata Anwar, Malaysia mesti menyalurkan semula subsidi pukal yang turut memanfaatkan golongan mahakaya dan konglomerat ke arah menopang kumpulan B40, M40 dan peniaga kecil yang amat terkesan dan memerlukan. "Sebagai […]

trending_flat

PM Anwar terima kunjungan hormat dari Presiden Timor Leste

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, TYT Dr José Ramos-Horta di Seri Perdana, Putrajaya tengahari tadi. Turut serta dalam pertemuan ini adalah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin. Melalui pertemuan ini kami berupaya menilai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Timor Leste serta meneroka ruang kerjasama yang baharu. Malaysia juga akan terus memberi dukungan kepada Timor-Leste dari aspek pembangunan sosial, keselamatan dan ekonomi. Malaysia turut mengesahkan komitmen untuk terus bekerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN mengenai pelan hala tuju keanggotaan Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN. Semoga hubungan antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh menerusi pelbagai lapangan kerjasama. Kredit Foto - AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia Kredit Foto - AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia Kredit Foto - AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia […]

trending_flat

GCET ERATKAN HUBUNGAN MALAYSIA-CHINA

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2022 – “Dalam tahun 2021 sebanyak 43 projek pembuatan dari negara China yang bernilai $3.98 bilion dolar AS telah diluluskan dan telah menjana hampir 14,000 pekerjaan untuk rakyat Malaysia”. Demikian jelas Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim sewaktu berucap merasmikan Sidang Kemuncak Global Ekonomi dan Teknologi China (GCET) 2022 di sebuah hotel terkemuka dekat sini hari ini. Tan Sri Rais mengingatkan kembali hubungan rapat yang telah lama terjalin dengan negara China. Menurut beliau, “Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN yang menjalin hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974 dan hubungan tersebut berjalan dengan lancar selama 48 tahun dalam bidang perdagangan, budaya, pendidikan, keselamatan dan hubungan rakyat dengan rakyat.”. Tan Sri Rais juga menjelaskan bahawa Malaysia dan China telah berada dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang merupakan blok perdagangan terbesar […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation