trending_flat

Malaysia tolak tawaran penganjuran Sukan Komanwel 2026

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2024 - Kerajaan memutuskan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan SukanKomanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026. Keputusan itu diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi. Menurit Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui satu kenyataan yang diedarkan hari ini, delegasi daripada CGF telah bertemu Menteri Belia dan Sukan dan mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran selaku tuan rumah itu yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua pada 5 Februari 2024. "Hasil pertemuan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan antara lain mengutarakan tawaran CGF berjumlah 100 juta pound (RM603 juta) dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar. Selain itu, impak ekonomi tidak dapat dikenalpasti dalam jangka masa singkat ini." kata KBS. Justeru, Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah […]

trending_flat

Raya Lagi Happening 2024 Berlangsung dengan Duta Baru Spritzer Sparkling

KUALA LUMPUR/TAIPING, 21 Mac 2024 - SPRITZER membawakan Raya Happening bersama duta Aina Abdul dan Syafiq Kyle. Penyanyi pencipta lagu, Aina bersama pelakon dan penyanyi Syafiq mempamerkan maksud "melangkah keluar-dari-zon-selesa-anda" semasa Raya 2024 melalui "Tambah Spritzer Sparkling" dan menonjolkan Happening - meriah, menarik, bergaya, menyeronokan, mengujakan. Pasangan itu bekerjasama dengan cara yang paling kreatif; video muzik, menonjolkan kesan keseronokan penambahan Spritzer Sparkling yang membawa inspirasi baharu kepada sambutan Raya anda. Kedua-dua penghibur mencabar bakat mereka merentasi bidang seperti rap, bertindak sebagai orang yang bertentangan (tonton video untuk memahami), dan mengarang, mempersembahkan lagu Raya Lagi Happening Spritzer adalah yang pertama untuk Aina dan Syafiq. Spritzer menggalakkan semua orang untuk menjauhi kebosanan hidup untuk mengalami perkara yang anda ingin lakukan seperti menyediakan hidangan Raya khas untuk keluarga, memakai baju atau tudung berwarna unik, atau membuat rahsia Tropika Ros Sparkling yang menyegarkan, juga […]

trending_flat

Dododots Dorong Penonton Cinta Diri di Shopee Live

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2024 - Setiap hari, Dododots memperkasakan lebih 3,500[1] rakyat Malaysian untuk meraikan ketidaksempurnaan dan praktis cinta diri melalui Shopee Live.  to embrace their imperfections and practice self-love through Shopee Live. Ditubuhkan pada November 2021, Dododots telah mereka lebih 20 siri kartun unik tampalan jerawat untuk menggalakkan individu untuk ganti ketidaksempurnaan dengan ‘fashion statement’. Pengasas Dododots Esther Erin dan Ethan Wong Memahami kegelisahan kulit ‘breakout’, Esther Erin, Pengasas Dododots berkata, “Sebagai mangsa kulit ‘breakout’, kami mahu memperkasakan mereka yang mengalami situasi yang sama melalui strim langsung. Kulit ‘breakout’ tidak sepatutnya menghentikan anda dari terus meneruskan kehidupan seperti biasa. Kami faham bahawa kulit ‘breakout’ boleh memberi kesan kepada keyakinan, jadi kami menolong komuniti yang mempunyai masalah kulit.” Oleh sebab itu, Dododots fokus kepada produk tampalan jerawat, dengan misi untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kulit melalui tampalan jerawat […]

trending_flat

Raya Bersama Shopee: Platform Membeli-belah Sehenti untuk Keperluan Raya Anda!

KUALA LUMPUR, 19 Mac 2024 - Mari meraikan semangat kebersamaan, kegembiraan, dan tradisi yang dihargai dengan kempen Raya Bersama Shopee yang berlangsung sehingga 11 April 2024. Kempen ini bermula dengan Jualan Hebat Raya yang mengetengahkan tawaran eksklusif untuk memenuhi keperluan Ramadan dan Raya anda. Dari Baju Raya bergaya ke barangan keperluan untuk balik kampung, Shopee ada barang nya untuk anda. Kemudian, beralih ke Jualan Akhir Raya, yang memenuhi keperluan pembeli-belah ‘last-minute’. Terokai pelbagai pilihan untuk keperluan Raya saat terakhir agar anda sentiasa bersedia untuk beraya bersama mereka yang tersayang. Jangan lupa untuk tetapkan ‘reminder’ buat tarikh-tarikh utama kempen: 25 - 27 Mac untuk Jualan Hebat Raya dan 4 April untuk Jualan Akhir Raya untuk mendapatkan tawaran dan diskaun ekstra, supaya anda boleh mendapatkan barangan kegemaran pada harga yang tiada bandingan. Nikmati kemudahan Penghantaran Percuma, Tanpa Perbelanjaan Minimum Keutamaan kempen Raya […]

trending_flat

Kredibiliti, Integriti & Semangat Juang Ziana Zain Pikat CSA Academy Lantik Sebagai Duta Rasmi

Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam dunia hiburan tempatan adalah faktor utama CSA Academy melantik pesohor seni legenda ini sebagai duta rasmi organisasi nombor satu Malaysia dalam membantu merancang kewangan yang lebih tersusun dan cemerlang serta bebas hutang. CSA Academy juga meminjam liku perjalanan dan jerih Diva Pop ini dalam mencapai gemilang kejayaan yang dibina berbekal reputasi baik lebih dua dekad menjadi pelaku seni sebagai semangat yang diperlukan mereka untuk melakar sejarah dalam operasi yang dijalankan. “Mengapa tidak Ziana Zain? Kami percaya sebagai rakyat Malaysia meski berbangsa India atau Cina dan tentu sahaja kaum Melayu semua kenal siapa Ziana Zain. Beliau seorang legenda. “Penghibur yang telah menawan peminat dengan karisma dan vokalnya menerusi lagu seperti Madah Berhelah atau lakonan mantapnya dalam filem Maria Mariana, kami di CSA Academy yakin pemilihan Ziana Zain sebagai duta […]

trending_flat

MYDIN bekerjasama dengan SPayLater bagi mendorong penggunaan pembayaran digital untuk pengalaman membeli-belah Hari Raya yang lancar

SELANGOR, 13 Mac 2024 - Menjangka penyambutan Hari Raya, MYDIN, rangkaian pemborong dan peniaga runcit Halal terbesar di Malaysia, mengumumkan berkolaborasi dengan SPayLater sebagai rakan kongsi rasmi Beli-Dulu-Bayar-Kemudian (BNPL) mereka sepanjang Kempen Hari Raya. Dengan pelancaran kempen "Happening Raya" bermula dari 7 Mac 2024, MYDIN menjalinkan kerjasama dengan SPayLater bagi menawarkan pelanggannya pilihan kaedah pembayaran yang fleksibel serta diskaun untuk persiapan Ramadhan dan Hari Raya mereka. Sebagai inisiatif bersama untuk meningkatkan penggunaan e-wallet dan pembayaran digital di kedai fizikal MYDIN seluruh negara, SPayLater menawarkan pelbagai kaedah pembayaran bagi pelanggan-pelanggan MYDIN. Pilihan kaedah pembayaran ini membawa fleksibiliti kepada pengguna dan memberi mereka pilihan untuk menguruskan aliran tunai individu semasa membeli barangan keperluan dan untuk persediaan Hari Raya. Kaedah ini termasuk pilihan pembayaran baharu SPayLater "Bayar Bulan Depan, 0 Kos", di mana pengguna boleh memilih untuk menyelesaikan pembayaran mereka pada bulan berikutnya […]

trending_flat

Kisah Asma’ Sentuh Hati Mateen

Perjalanan sirah kisah Asma binti Abu Bakar (R.A.) yang sanggup berkorban jiwa dan raganya bagi membantu perjuangan Nabi s.a.w dan Saidina Abu Bakar dalam peristiwa Hijrah telah menjadi inspirasi bagi penyanyi nasyid baru Mateen untuk menjadi tema lirik single terbaru beliau. Lagu gubahan Frizdan dan lirik oleh Ito Lara itu membawa pendengar menghayati kisah Asma yang sedang sarat mengandung namun sanggup mendaki Jabal Thur bagi menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk Rasulullah s.a.w dan ayahnya Saidina Abu Bakar di Gua Thur. "Kisah perjuangan Asma ini sangat menyentuh hati saya apatah lagi setelah digubah dengan susunan lirik yang indah dan melodi yang menyentuh hati. Ia mengingatkan kita bagaimana seorang wanita juga memainkan peranan penting dalam membantu perjuangan menegakkan agama Allah" Ujar Mateen. Lagu Asma Abu Bakar merupakan single solo kedua Mateen selepas single pertama beliau Teratas dilancarkan awal tahun yang lalu. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation