trending_flat

“NIYAT”: Seni dan Sukan

KUALA LUMPUR – Balai Seni Negara menganjurkan Pameran Hanya Satu: ‘NIYAT’, bermula 25 Disember 2023 oleh Dhan Illiani, seorang pengkarya muda aktif dari kolektif seni tempatan KolmeGlu yang semakin mekar dalam industri seni negara. ‘NIYAT’ merupakan pameran yang ke-6 dalam Pameran Hanya Satu atau Single. Pameran Hanya Satu merupakan ruangan berkarya dan pelantar provokasi idea sekaligus turut memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada pelukis kontemporari muda. ‘NIYAT’ adalah frasa daripada 'Niat' dalam Bahasa Melayu dan 'Niyyah' dalam Bahasa Arab, di mana kedua-duanya mempunyai persamaan makna tersurat dan tersirat. Perkataan ini juga merupakan nama timangan pengkarya Dhan Illiani. Pengkarya menyelami respons masyarakat, memaparkan dilema dan etika yang membimbing ramai, mencipta naratif visual yang berlainan bagi setiap pengunjung. Seniman ini bukan hanya seorang seniman multidisiplin, malah merupakan seorang pemain hoki ais kebangsaan yang sedang bersiap sedia untuk ke Sukan SEA pada tahun 2025. […]

trending_flat

MAGGI® Memperkasakan Wanita Melalui Makanan dan Penciptaan Konten Media Sosial dalam Musim 3 Resipi Berani MAGGI®

● Mengikuti kejayaan siri pemenang anugerah Resipi Berani MAGGI® di bawah Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (PMWCBM), siri ini kembali untuk musim ke-3 dengan empat episod yang akan disiarkan setiap minggu di TV3 dan YouTube bermula 14 Januari 2024. ● 21 peserta dari seluruh Malaysia menghadapi cabaran kulinari dan penciptaan konten media sosial yang ditetapkan oleh Chef Zam, Sheila Rusly, Chef Richard, Chef Sherson, dan Datin Paduka Eina Azman, sambil memaparkan transformasi peserta dan kisah kejayaan mereka. ● Peserta menerima bimbingan kemahiran digital daripada Google, Meta, dan TikTok untuk memulakan kerjaya mereka sebagai pencipta konten bertemakan makanan selepas tamat siri ini. KUALA LUMPUR, 3 Januari 2024 — MAGGI® Malaysia, jenama makanan No. 1 di Malaysia, kembali dengan musim ketiga siri pemenang anugerah; Resipi Berani MAGGI®, dengan tumpuan pada memperkasakan wanita melalui makanan dan penciptaan konten media sosial. Siri ini […]

trending_flat

Kasa Rubia Menggali Kekuatan Rohani Kumpulan Margasatwa

Oleh Kimal , Jurufoto Yusri Ibrahim Margasatwa membuka 2024 dengan single terbaru Kasa Rubia yang ternyata menguatkan lagi signatur bunyian dan muzik Margasatwa yang tersendiri. Kasa Rubia merupakan single pertama daripada album kedua Margasatwa yang bertajuk Seribudaya yang mengandungi 11 lagu dijangka akan rilis pada pertengahan 2024.  Kimal berkata pada asalnya lagu ini disiapkan bersama Allahyarham Tony Alberto / Tony Spider selaku penerbit asal album namun Allah lebih menyayangi beliau dan Margasatwa mengambil masa yang agak lama untuk mencari pengganti beliau dan meneruskan perjalanan merakam album baharu. "Sepanjang perjalanan menghasilkan lagu ini ada antara kami yang telah kematian orang yang tersayang. Maka seluruh jiwa dan raga serta air mata kami telah disertakan bersama lagu Kasa Rubia untuk dijiwai semua peminat kami dan seluruh dunia." Gabungan unsur muzik Pop Klasik dan sentuhan Rock menjadikan karya ini begitu unik dan sangat dinamik […]

trending_flat

Penyerahan Busana Tradisional ke Pejabat Kedutaan Malaysia Memperkasakan Aktiviti Seni, Budaya dan Warisan Negara

4 Januari 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyerahkan sebanyak 20 set busana tradisional etniketnik utama di Malaysia berserta aksesori lengkap untuk diagihkan kepada 20 Pejabat Perwakilan Malaysia yang strategik di luar negara. Ini merupakan sesi penyerahan kedua oleh MOTAC selepas penyerahan kali pertama kepada sepuluh (10) Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang telah dilaksanakan pada 27 Januari 2022. MOTAC selaku peneraju diplomasi budaya meneruskan inisiatif diplomasi budaya fasa kedua kedua melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Pertubuhan Kraf Malaysia (Malaysia Craft Council) bagi memperkasakan program dan aktiviti seni, budaya dan warisan negara selaras dengan hala tuju Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021. Majlis penyerahan telah disempurnakan secara bersama oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing dan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan di Putrajaya, semalam. […]

trending_flat

Pameran Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi

KUALA LUMPUR - Koleksi Seni Negara dan seniman jemputan bersatu dalam pameran seni revolusioner bertajuk "Palet Budaya: Interaksi Seni & Gastronomi". Pameran ini menggabungkan karya-karya seni terpilih dengan konsep yang memaparkan perhubungan erat antara seni, budaya, sosial, tradisi, dan ekonomi. "Palet Budaya" menghadirkan aspek-aspek penting dalam interaksi sosial melalui makanan dan medium makanan dalam masyarakat. Melibatkan komponen budaya dan komunikasi, pameran ini menggali unsur-unsur keperluan gastronomi sebagai elemen kunci dalam keterikatan sosial. Mengajak audiens melihat tentang hubungan antara makanan dan identiti individu, yang tak dapat diasingkan dari struktur sosal masyarakat. Budaya pemakanan dianggap sebagai refleksi sejarah dan identiti suatu komuniti, dan karya-karya seni menggambarkan pengalaman harian dalam asimilasi dan aliterasi budaya. Artis menonjolkan pendekatan normatif membahas hubungan gastronomi dalam interaksi sosial, jaringan ekonomi, fokus pada peraturan, cara hidup, nilai-nilai, dan kemandirian masyarakat. Melalui karya-karya mereka, pameran ini menjadi refleksi pengalaman […]

trending_flat

Pencalonan Anugerah Seni Negara 2024 libatkan 5 bidang seni

29 Disember 2023 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan bahawa bidang pencarian dan pencalonan bagi Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024) melibatkan lima (5) bidang seni iaitu, Seni Muzik, Seni Tari, Seni Lakon (Pementasan), Seni Kraf dan Seni Visual. Pencalonan dan pemilihan adalah berasaskan perincian seperti berikut: Seni Muzik Merupakan tokoh, penggiat atau aktivis bidang seni muzik warganegara Malaysia. Mempunyai kepakaran dalam bidang seni muzik sekurang-kurangnya 25 tahun pengalaman danmasih aktif pada tarikh pencalonan. Menunjukkan bakat yang tinggi dalam bidang seni muzik secara berterusan dan konsisten. Melahirkan karya-karya hebat yang memberikan impak kepada industri seni muzik. Membimbing dan membentuk bakat baharu yang berjaya. Mempunyai sifat kepimpinan dalam bidang seni muzik di peringkat negeri/ kebangsaan/antarabangsa. Mencapai kecemerlangan serta menunjukkan kewibawaan dalam bidang seni muzik. Mempunyai lain-lain nilai tambah yang boleh diperakukan oleh jawatankuasa pencarian/pencalonan. Seni Tari Merupakan tokoh, penggiat […]

trending_flat

Eksplorasi Seni Pulau Pasir Usaha Melestarikan Seni, Ekosistem Marin dan Alam Sekitar

22 DISEMBER 2023 – Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) menerusi Balai Seni Negara Cawangan Langkawi bersama Persatuan Komuniti Nelayan Pengkalan Kubang Badak menganjurkan Program Eksplorasi Seni Pulau Pasir pada 22 dan 23 Disember 2023 di Pulau Pasir, Langkawi, Kedah. Program dirasmikan hari ini oleh Ketua Pengarah Balai Seni Negara Encik Amerrudin Ahmad di Jeti Pengkalan Kubang Badak, Langkawi, Kedah. Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pengarah, LPSVN Encik Fauzan Omar dan Pengarah Balai Seni Negara Cawangan Langkawi, Encik Muhammad Hazrin Abdul Malek @ Moktar. Program Eksplorasi Seni Pulau Pasir merupakan kunjungan semula setelah lebih setahun arca-arca dasar laut diletakkan di pulau berkenaan yang dilihat menerima impak positif terhadap sektor pelancongan di Langkawi, Kedah. Ia bermatlamat untuk memberi lebih banyak pendedahan serta mempromosikan Pulau Pasir sebagai destinasi pelancongan di Langkawi selain mewujudkan pengalaman seni kepada komuniti serta pelancong yang mengunjunginya. Malah, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation