Seni & Kreatif Jambatan Perpaduan Rakyat Malaysia – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA
Baru-baru ini kecoh laporan di media massa mengenai rumah banglo kepunyaan biduanita negara Sharifah Aini yang telah dirobohkan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan premis bangunan pejabat. Malah menurut wakil syarikat pemaju tersebut, CK Tang beliau juga terkejut apabila mengetahui tentang pemilik asal rumah banglo tersebut dan melahirkan rasa kagum dengan reka bentuk asal rumah banglo itu. Sebenarnya perobohan sesuatu premis untuk pembangunan semula bukanlah sesuatu yang pelik, namun perkara ini mendapat perhatian media dan orang ramai kerana bekas pemiliknya adalah Allahyarham Datuk Sharifah Aini, biduanita negara bersuara emas yang dikenali oleh rakyat Malaysia tanpa mengenal bangsa dan peringkat umur, termasuklah wakil syarikat pemaju yang melahirkan rasa kagum dengan koleksi muzik yang ada di dalam banglo tersebut. Lagu-lagu beliau kekal evergreen dan karya dan legasi biduanita bersuara emas ini telah menyatukan rakyat Malaysia melalui bidang seni. “Tepuk amai-amai.. belalang…“ Mungkin sebahagian besar […]