trending_flat

#ShopeeHaul Gaya Lagi Lit Menawarkan Fesyen Sopan untuk Setiap Wanita

KUALA LUMPUR, 2 Julai 2024 - Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, memperkenalkan #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit, sebuah koleksi pakaian kapsul yang dikurasi untuk memperkasakan wanita mengekspresikan diri mereka. Koleksi inovatif ini mengutamakan kepelbagaian dan siluet cantik untuk menawarkan helaian pakaian sopan yang mudah dicampur dan padan untuk mencipta tiga gaya berbeza: Warna Lit Lit, Every Body Cantik, dan Girl Boss. Gaya Lagi Lit mencerminkan komitmen terhadap inklusiviti yang mengetengahkan pakaian asas yang disusun pilih bersesuaian dengan pelbagai jenis bentuk badan dan warna kulit. Dikurasi oleh penggaya fesyen Shopee, koleksi ini memperkasakan wanita untuk yakin membina gaya peribadi yang mencerminkan keperibadian unik mereka. Setiap helaian pakaian adalah pada harga berpatutan yang memupuk ekspresi diri sambil menyokong pertumbuhan dan kejayaan peniaga fesyen Malaysia di platform e-dagang. "Shopee berbesar hati memperkenalkan koleksi 7.7 #ShopeeHaul Gaya Lagi Lit, hasil kerjasama […]

trending_flat

Laluan jalur rempah, khazanah Melaka-Indonesia

Oleh MOHD FAIZ ABU HASAN / MELAKA HARI INI BANDARAYA MELAKA 2 Julai – Melaka akan terus memperkukuh kerjasama dengan Indonesia dalam usaha memartabatkan warisan seni dan budaya yang telah dijalin sejak sekian lama. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia termasuk usaha memartabatkan kembali sejarah laluan jalur rempah nusantara yang menjadikan negeri ini tersohor sebagai pusat perdagangan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka. Jelas Ketua Menteri, Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha yang dilaksanakan republik itu, sekali gus mengangkat kembali sejarah kegemilangan nusantara untuk diwariskan kepada generasi muda. “Kita mesti berusaha untuk membongkarkan rahsia lama dalam sejarah laluan jalur rempah ini kerana dahulu Melaka dan Indonesia adalah pusat perdagangan bagi jualan rempah bagi pasaran Asia Barat serta Eropah. “Ia dilaksanakan supaya dapat mengimbau semula sejarah ini dan diwarisi generasi muda. Malah hubungan ini juga dapat diperkukuhkan seperti mana […]

trending_flat

Melaka persinggahan pertama pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah

Oleh NURSALIAWATI SALBERI / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 1 Julai 2024 – Hubungan sejarah yang panjang antara Indonesia dan Malaysia menyaksikan Melaka menjadi destinasi pertama persinggahan pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah di luar negara kepulauan itu. Direktor Jenderal Kebudayaan Kementerian Pendidikan Kebudayaan, Riset dan Teknologi Indonesia (Kemendikbudristek) Hilmar Farid berkata, pelayaran yang dimulakan sejak 2017 itu adalah usaha pihaknya menjejak tinggalan jalur rempah yang bermula di negara itu sejak 2000 tahun yang lalu dan dibawa sehingga ke Timur Afrika. Katanya, tiga pelayaran dibuat dalam perairan Indonesia dan Melaka menjadi persinggahan luar pertama, selepas ini jelajah itu akan diteruskan ke negara lain. “Beberapa aspek diambil dalam pemilihan Melaka sebagai lokasi pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah ini, antaranya berdasarkan hubungan sejarah yang panjang antara Malaysia dan Indonesia termasuk Melaka pernah menjadi pusat perdagangan terkenal dunia suatu masa dahulu. “Selain status Melaka […]

trending_flat

Nadia Natasha seru generasi muda untuk tangkas mengintai peluang

Nadia Natasha Mohd Said, 23, mahasiswa tahun kedua jurusan farmasi di Universiti Malaya sememangnya individu yang tidak kekok di hadapan kamera. “Ramai juga yang mencadangkan supaya saya bekerja separuh masa sebagai peragawan bagi menambah wang saku, namun minat dan cita-cita saya buat masa ini masih belum terbina ke arah itu,” katanya memulakan perbualan sambil tersenyum. Percubaannya yang paling menghampiri dunia peragaan, menurut Nadia, ialah apabila diberi peluang menjadi duta produk tudung sukan LaSports. “Walaupun banyak yang saya pelajari mengenai dunia peragaan ketika itu, terutamanya mengenai pengenaan gaya di hadapan kamera, tatarias, dan jadual seorang model profesional, namun hati saya masih belum terbuka untuk mencubanya, baik secara separuh atau sepenuh masa,” kata anak kelahiran Johor Bahru ini lagi. Nadia ketika memperagakan tudung sukan LaSport Mengulas lanjut, Nadia sebenarnya hanya ada satu keinginan yang ingin dicapainya buat masa ini, dan keinginan itu […]

trending_flat

TMM2024: Lima acara pelancongan sepanjang Julai

Oleh NORAFIQAH JAMAL / MELAKA HARI INI AYER KEROH 30 Jun – Lima acara pelancongan menarik disusun bagi memeriahkan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sepanjang Julai. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, lima program terbabit turut disertakan dengan pelbagai tawaran menarik buat pengunjung bertuah. Katanya, antara lima program terbabit adalah Muhibah Budaya Jalur Rempah: Kapal Dewa Ruci Indonesia pada 30 Jun hingga 3 Julai 2024 yang merupakan persinggahan kapal bersejarah Indonesia ke Melaka. “Acara kedua, Ceramah Perdana oleh Ustaz Abdul Somad sempena sambutan Maal Hijrah 1446H peringkat Negeri Melaka pada 6 Julai 2024, di Stadium Hang Jebat. “Acara ketiga adalah Melaka Heritage Festival sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya UNESCO pada 12 hingga 14 Julai 2024 dengan pelbagai pengisian seperti Fiesta Kebaya Nyonya, Pementasan Teater “Tuah – Sahmura Lagenda” yang akan berlangsung di Jalan Kota, Bangunan Stadhuys […]

trending_flat

Tourism Malaysia Lancar Pakej Agropelancongan Durian Tourism 2024/2025

LENGGENG, 27 Jun 2024 – Dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan negara, Tourism Malaysia hari telah melancarkan sebanyak 62 pakej agropelancongan Durian Tourism 2024/2025 bagi memeriahkan serta mempromosikan musim durian di Malaysia menerusi kerjasama dengan 27 pengendali pelancongan tempatan. Menurut Tourism Malaysia, pakej yang ditawarkan bermula serendah RM70 seorang untuk aktiviti makan duriandi Relau, Kedah sehingga RM4,450 bagi itinerari 3 Hari 2 Malam (3H2M) di Bentong Bilut Hills, Pahang. Pelbagai aktiviti lain yang ditawarkan termasuklah lawatan ke dusun durian, pengalaman mengutip serta menikmati durian dan buah-buahan tempatan, mengikuti kelas memasak, membuat tempoyak, berakit, merasai pengalaman tinggal di kampung selain menaiki kereta api dan bermain golf. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Encik Saidi Bundan berkata pakej-pakej yang dibangunkan pada kali ini meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Sabah bermula Jun 2024 untuk tempoh […]

trending_flat

KAKAKU.COM: Pelancaran Perkhidmatan Tempahan Restoran Terbesar di Jepun Untuk Pelawat Luar Negara

Tempahan dalam talian di lebih 35,000*1 restoran tersedia dalam bahasa Inggeris, bahasa Cina (Dipermudah dan Tradisional) dan bahasa KoreaTOKYO, 27 Jun 2024 (Bernama) - Tabelog*2, salah satu tapak carian dan tempahan restoran terbesar di Jepun, telah melancarkan perkhidmatan tempahan dalam talian untuk pelawat ke Jepun, yang menyokong bahasa Inggeris, bahasa Cina (Dipermudah & Tradisional) dan bahasa Korea. Dengan tempahan tersedia di lebih 35,000 restoran, ia merupakan perkhidmatan terbesar daripada jenisnya di Jepun.*1Setakat 26 Jun 2024, berdasarkan penyelidikan dalaman. Perkhidmatan tempahan restoran terbesar (tempahan segera) untuk pelawat ke Jepun*2Tabelog dikendalikan oleh Kakaku.com, Inc. salah satu syarikat Internet terkemuka di Jepun.Perkhidmatan tempahan dalam talian Tabelog untuk pelawat luar negaraBagi menawarkan cara yang lebih mudah untuk mencari dan menempah restoran untuk pelawat ke Jepun yang semakin bertambah, kami telah melancarkan perkhidmatan tempahan restoran dalam talian yang tempahannya boleh dibuat dalam bahasa Inggeris, bahasa Cina (Tradisional dan Dipermudah) […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation