trending_flat

‘Hang Tuah’ bersilat jadi tumpuan

Oleh NORAFIQAH JAMAL / MELAKA HARI INI AYER KEROH 26 Jun – Teknologi skrin pemancar yang membolehkan pengunjung melihat aksi Silat Hang Tuah menjadi antara tarikan buat pengunjung yang hadir ke Pameran Hang Tuah di Hall A Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini. Pemandu Pelancong Dalaman Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), B.H Ahmad Sabri Epit berkata, tarikan itu dibawa menerusi penggunaan teknologi dan inovasi kecerdasan buatan (AI) serta hologram pada sudut interaktif yang disediakan. Menurutnya, selain Silat Hang Tuah, pengunjung juga dapat menggunakan teknologi itu untuk melihat artifak dan maklumat berkaitan sejarah melalui hujung jari sahaja. “Teknologi yang digunakan di Pameran Hang Tuah ini tidak ada di mana-mana muzium di Melaka lagi dan di pameran ini saya melihat pengunjung yang hadir memang teruja dengan apa yang dipaparkan. “Selepas skrin pemancar, sebanyak empat hologram yang memaparkan artifak juga menjadi tumpuan pengunjung […]

trending_flat

Sukan & Perpaduan di Malaysia – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

Harimau Malaya bakal mengaum di Olimpik Paris 2024! Di sebalik semangat dan kegigihan atlet Olimpik kita membuat persediaan bagi pesta sukan terbesar dunia ini, segelintir rakyat Malaysia meluahkan rasa kecewa dengan rekaan baju seragam dan jersi atlet Olimpik Malaysia yang diperkenalkan beberapa hari yang lalu. Dalam media sosial, rata-rata netizen merasakan bahawa rekaan baju atlet Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 tidak gah dan tidak setara dengan semangat atlet -atlet yang akan mewakili Malaysia di Paris. Penulis membaca kebanyakan komen dan dapat merasakan keghairahan dan semangat bangga rakyat Malaysia untuk menyokong kontinjen Malaysia di Paris kelak. Komen-komen dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris jelas memperlihatkan rasa kecewa mereka dengan rata-ratanya berharap agar pakaian seragam dan jersi atlet Olimpik Malaysia ini akan ditambahbaik. Melihat kepada senario reaksi rakyat Malaysia dalam hal ini sebenarnya membawa satu perasaan bangga di sudut kecil hati penulis […]

trending_flat

‘Bike Week’ meriahkan TMM2024

Oleh NORAFIQAH JAMAL / MELAKA HARI INI AYER KEROH 15 Jun – Penganjuran Malaysia Bike Week Melaka 2024 antara usaha dilaksanakan bagi merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024). Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GP MOTO), Datuk Sulaiman Samia’an berkata, pihaknya terpanggil untuk menganjurkan program terbabit sebagai menyokong usaha Kerajaan Negeri Melaka menjayakan TMM 2024. Katanya, lebih 20,000 pemilik motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara berkampung di Melaka selama tiga hari sempena Malaysia Bike Week Melaka 2024, bermula semalam. “Program ini menghimpunkan motosikal pelbagai jenama yang diadakan sebagai usaha memeriahkan lagi sambutan TMM2024 yang sedang rancak berlangsung ketika ini. “Harapan kita adalah untuk menjadi elemen penting dalam TMM2024, keutamaan kita tahun ini adalah membantu serta menyokong Melaka. “Pelbagai inisiatif serta kaedah yang diwujudkan Kerajaan Negeri untuk TMM2024, jadi penganjuran Malaysia Bike Week Melaka 2024 juga merupakan inisiatif menarik kehadiran […]

#ShopeeHaul Jana Lebih 423,000 ‘Likes’ dengan Tips Bergaya Mampu Milik

KUALA LUMPUR, 12 Jun 2024 - Siri strim langsung fesyen 6.6 GayaLitLit #ShopeeHaul telah menjana lebih 423,000 ‘likes’ dalam memperkasakan wanita di seluruh negara dengan keyakinan. Dari 31 Mei hingga 6 Jun 2024, selebriti dan pempengaruh Malaysia - Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, Afifah Nasir, dan Bella Astillah memberikan tips gaya dan mempromosikan penjual tempatan di Shopee Live, dengan kepercayaan bahawa setiap wanita Malaysia boleh bergaya gah dengan harga mampu milik. Shopee bekerjasama dengan jenama fesyen Muslim tempatan  M2 Dream, DEEM Store, ZUCCA, Panda Eyes, KM Fashion Center, Stynis Traveller Luggage & Bags Store, Zoe Arissa, Tudung Exclusive dan ZEKE Store. Koleksi ini menampilkan pakaian Muslimah versatil, sesuai untuk pelbagai gaya dan majlis. Semua item dalam koleksi ini berharga antara RM1 hingga RM40, menjadikannya mampu milik untuk semua. Sepanjang strim langsung, penonton menonton bagaimana selebriti dan pempengaruh tempatan memberikan perspektif […]

trending_flat

Anak muda seronok ke Pameran Hang Tuah

Oleh NURSALIAWATI SALBERI / MELAKA HARI INI AYER KEROH 12 Jun 2024 – Bagaikan kembali ke zaman silam. Itu gambaran sebaik melangkah masuk ke Pameran Hang Tuah yang berlangsung sehingga 7 Julai depan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini. Dengan rekaan hiasan yang klasik, selain replika kapal mendam berahi bersaiz gergasi pastinya memberi pengalaman menarik kepada pengunjung. Pameran tersebut sesuai kepada semua golongan kerana ia lengkap dengan pameran, penceritaan, infografik dan juga visual menarik untuk segenap lapisan masyarakat. Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati, selain golongan dewasa, pameran berkenaan turut menarik minat anak muda. Muhd Fikri Mohd Nor, 18, ketika ditemui berkata, pameran itu merupakan sesuatu yang amat ditunggu-tunggunya kerana dia sangat meminati kisah-kisah sejarah Melayu termasuk bukti kehebatan Hang Tuah. “Saya tahu mengenai pameran ni menerusi media sosial dan tidak sabar untuk datang melihat sendiri apa yang ada […]

trending_flat

Beli Lokal Sambil Bergaya: #ShopeeHaul Sokong Peniaga Fesyen Sopan PKS

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2024 - Koleksi ‘almari kapsul’ fesyen sopan #ShopeeHaul GayaLitLit Shopee disusun pilih khas untuk memperkasakan wanita Malaysia untuk mencipta penampilan bergaya dan sopan. Koleksi ini membawakan tiga gaya yang utama yang sesuai untuk semua bentuk badan wanita iaitu 'Sis Ranggi', 'Everyday Cantik', dan 'Anggun Bergaya'. Beberapa helaian pakaian serbaguna ini membolehkan wanita memiliki penampilan yakin yang mampu milik, sambil menyokong penjual tempatan. Direka untuk semua jenis bentuk badan dan tona kulit, koleksi inklusif ini merangkumi beberapa helaian pakaian asas yang boleh digunapakai kepada tiga gaya trendy, disusunpilih oleh penggaya Shopee. Panduan ini menunjukkan cara bagaimana wanita dapat mengekspresikan personaliti mereka dengan anggun dan penuh keyakinan. “Shopee memperkasakan wanita Malaysia untuk mengekspresikan individualiti mereka dan membina keyakinan melalui fesyen. Koleksi baharu kami #ShopeeHaul GayaLitLit, bukan sekadar menawarkan produk pakaian - tetapi menyediakan nasihat toolkit untuk mix and […]

trending_flat

Beli-belah dengan Yakin dan Penuh Bergaya di Jualan Fesyen Terbesar Shopee: 6.6 Jualan Fesyen Tengah Tahun!

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2024 - Kepada semua pencinta fesyen! Bersiap sedia untuk memperbaharui pakaian anda kerana Shopee telah melancarkan tawaran fesyen terhangat tahun ini dengan 6.6 Jualan Fesyen Tengah Tahun, jualan fesyen terbesar yang pernah diadakan oleh Shopee! Berlangsung dari 31 Mei hingga 9 Jun 2024, Shopee menjanjikan pengalaman fesyen yang tiada tandingan dengan pelbagai pilihan fesyen trendy, tawaran hebat, dan pengalaman membeli-belah lancar—semua di hujung jari anda. Tawaran Hebat & Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum Jom membeli-belah gaya terhangat tanpa risau! Sepanjang kempen, Shopee akan memberi baucar Penghantaran Percuma setiap hari supaya anda boleh mendapatkan trend terbaharu tanpa perlu risau tentang kos penghantaran tambahan. Keperluan Fesyen RM1 dengan Tawaran Fesyen Super Seringgit! Kempen ini menawarkan Tawaran Fesyen Super Seringgit setiap hari. Tandakan kalendar anda kerana setiap hari pada pukul 12 tengah hari, anda boleh mendapatkan diskaun hebat untuk […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation