Perjuangan minda umat Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis
Oleh: Ainul Asyraf Lokman, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor Israel telah digemparkan dengan serangan daripada gerakan pembebasan Palestin, Hamas melalui Operasi Taufan al-Aqsa yang dilancarkan sejak 7 Oktober yang lalu. Israel kemudian bertindak balas dengan mengebom semenanjung Gaza dalam skala yang amat besar. Peperangan ini merupakan peperangan yang terbesar semenjak kali terakhir peperangan Arab-Israel. Operasi Taufan al-Aqsa ini dilancarkan bertitik tolak dari pencerobohan dan penghinaan terhadap masjid al-Aqsa. Namun mengapa operasi ini tidak dinamakan Taufan Palestin ? Hal ini kerana isu yang menyatukan umat Islam ialah Baitul Maqdis itu sendiri yang signifikan terhadap umat Islam. Dari aspek sejarah, Baitul Maqdis dahulunya pernah dikuasai oleh orang Islam dan juga bukan Islam. Dalam konteks semasa, Baitul Maqdis telah jatuh dalam kawalan Israel. Sehingga kini, sudah lebih 100 tahun Baitul Maqdis dijajah namun umat Islam masih belum mampu untuk membebaskannya. Jadi, timbul […]