trending_flat

SPRM kesan Faidzul Abu Hassan bantu siasatan kes

PUTRAJAYA, 24 Ogos 2024 - SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan. Menurut SPRM, lelaki tersebut bernama Faidzul Abu Hassan dan berumur 50 tahun. Alamat terakhir lelaki tersebut adalah C 30, Kg Sri Kundang, 48020 Rawang, Selangor. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibatdiminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohammad Hafizaizad Abdul Rahimdi talian 03-55256500 atau 013-3609203 atau emel kepada hafizaizad@sprm.gov.my .

trending_flat

JIM tumpaskan satu sindiket ejen haram

PUTRAJAYA, 19 Ogos 2024 - Jabatan Imgresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket ejen haram dalam satu Operasi Khas pada 15 Ogos 2024 hasil serbuan di 7 lokasi berbeza iaitu Cheras, Mid Valley City, Desa Pandan, Taman Midah, Sungai Besi di Kuala Lumpur, Sepang di Selangor dan Bandar Enstek di Negeri Sembilan. Menurut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Ruslin Bin Jusoh, operasi yang bermula pada jam 10.30 pagi melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Katanya, berdasarkan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah berjaya menahan 4 orang lelaki warganegara Malaysia yang mana 2 orang daripada mereka adalah dalang utama sindiket tersebut. "Penahanan juga melibatkan 2 orang perempuan warganegara China yang disyaki sebagai ahli sindiket. Turut ditahan 1 orang lelaki warganegara China yang dipercayai sebagai pelanggan kepada […]

trending_flat

JIM selamatkan mangsa eksploitasi buruh paksa

PUTRAJAYA 16 Ogos 2024 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyelamatkan seorang lelaki warga asing di bawah umur disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa, dalam satu operasi membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di dua buah premis restoran di sekitar Shah Alam, Selangor semalam. Menurut Jafri nin Embok Taha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, operasi dijalankan pada jam 10.30 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Pencegahan ATIPSOM & AMLA, Ibu Pejabat Imgresen Putrajaya. Operasi itu turut menggunakan pendekatan mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang dalam kalangan golongan rentan dengan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0. "Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber aduan, terdapat sejumlah warga asing yang tidak mempunyai pas yang sah diambil bekerja dan disyaki terdapat elemen pemerdagangan orang. Operasi yang dijalankan turut menahan 14 warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen yang […]

trending_flat

Muat naik komen lucah di Facebook isu khatan bayi anak seorang doktor: Tiga individu dikompaun RM75,000

CYBERJAYA, 18 Julai 2024 - Seramai tiga individu telah dikenakan kompaun berjumlah RM25,000 setiap seorang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik komen yang bersifat lucah melalui aplikasi mediasosial Facebook. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), hasil siasatan mendapati bahawa kandungan yang dimuat naik pada platform media sosial ketiga-tiga individu tersebut melibatkan komen lucah yang ditujukan kepada bayi kepada seorang doktor. Kata MCMC, penggunaan perkataan lucah tersebut ditulis di ruangan komen sebuah portal hiburan yang menerbitkan satu artikel berkenaan amalan khatan bayi perempuan di United Kingdom. "Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melarang pembuatan atau penghantaran komunikasi yang antara lain bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati, atau mengganggu orang lain yangmana sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. MCMC ingin mengingatkan […]

trending_flat

JIM tumpaskan ‘GENG BROGA’

PUTRAJAYA, 9 Jun 2024 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia seramai 12 orang warganegara Indonesia dalam satu Operasi Khas pada 6 Jun 2024 di sekitar Sungai Besar dan Sabak Bernam, Selangor. Operasi yang bermula pada jam 8.05 malam melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Menurut Ketua Pengaran JIM Dato' Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan, berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak dan bertembung dengan tiga buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Alza, sebuah Perodua Bezza dan sebuah Proton Waja yang dipandu oleh tiga orang suspek dalam keadaan mencurigakan. Kesemua suspek yang memandu kenderaan tersebut mula memecut setelah menyedari kehadiran pasukan operasi tetapi berjaya dipintas. "Hasil pemeriksaan, pasukan operasi telah menahan seorang lelaki tempatan disyaki sebagai ‘mastermind’ berusia dalam lingkungan 47 […]

trending_flat

Jabatan Imigresen Malaysia tumpaskan premis pelacuran beroperasi lebih 30 tahun di Kuala Lumpur

PUTRAJAYA 25 Mei 2024 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menumpaskan sebuah premis pelacuran dalam Operasi Khas pada 23 Mei 2024 di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur. Operasi bermula pada jam 10.20 malam melibatkan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak. Menurut Ketua Pengarahnya, Dato' Ruslin Jusoh, berdasarkan aduan awam dan risikan yang dijalankan selama tiga minggu, pasukan operasi telah diatur gerak ke premis dan menahan 37 orang perempuan warganegara Vietnam, tiga orang perempuan warganegara Indonesia, seorang perempuan warganegara Myanmar, lima orang lelaki warganegara Bangladesh, dua orang lelaki warganegara Vietnam, seorang lelaki warganegara India, seorang lelaki warganegara Pakistan dan seorang lelaki warganegara Indonesia. Kesemua 51 orang warganegara asing yang ditahan berusia dalam lingkungan umur 24 hingga 54 tahun. "Pasukan operasi telah merampas 19 naskhah pasport Vietnam, dua […]

trending_flat

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan lakaran fotofit seorang suspek di dalam kes simbah asid yang melibatkan pemain bola sepak Muhammad Faisal Abdul Halim. Suspek tersebut dianggarkan berumur 30 tahun, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, mempunyai saiz susuk badan sederhana dan warna kulitnya adalah sawo matang. Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit tersebut diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Insp. Jagachandran A/L Murugesen di talian 012-684 8166 / 03-2266 6071. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan juga boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu pdrm dalam mengesan suspek.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation