trending_flat

EKSPLORASI TAJWID: PELAJAR TAHFIZ UNITEN BERKONGSI ILMU BERSAMA PENGHUNI RUMAH ANAK YATIM

Oleh:Nik Amalena Najebah Nik Azman ROMPIN, 10 November 2024 – Program “Eksplorasi Tajwid: Menyelami Keindahan Al-Quran” telah berjaya dilaksanakan di Rumah Anak Yatim & Miskin Nur Iman, Rompin, dengan matlamat memupuk kecintaan kepada Al-Quran dan memperdalam pemahaman ilmu tajwid di kalangan penghuni rumah anak yatim tersebut. Program separuh hari ini berjalan lancar dengan kehadiran seramai 26 peserta. Pengarah Program, Saudara Adib Mursyid bin Amran, menyatakan bahawa program ini bermanfaat bagi fasilitator dan peserta. “Para fasilitator dapat menyumbang dalam bentuk ilmu, sementara peserta pula dapat memperkukuhkan pemahaman tajwid serta membetulkan bacaan Al-Quran mereka,” ujar beliau. Program ini dikendalikan oleh enam fasilitator berdedikasi, termasuk lima Huffaz Profesional yang mengikuti Pensijilan Tahfiz Al-Quran di samping Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah, Pahang. Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif disusun sepanjang program untuk memastikan peserta dapat […]

trending_flat

Penuaan bermaruah dengan gigi yang sihat

‘Penuaan Bermaruah: Memperkukuh Sistem Penjagaan dan Sokongan Warga Emas’ merupakan tema peringkat kebangsaan pada tahun ini bersempena Hari Warga Emas Sedunia yang disambut pada 1 Oktober saban tahun. Mengupas perspektif dari penjagaan kesihatan pergigian, adalah amat penting untuk golongan ini serta masyarakat untuk cakna dan prihatin terhadap kesihatan pergigian selari dengan Dasar Warga Emas Negara yang menggariskan lima jenis penuaan iaitu penuaan yang sihat, penuaan positif, penuaan menyokong, penuaan produktif dan penuaan aktif. Menurut statistik dari Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Pergigian Orang Dewasa yang diadakan pada setiap sepuluh tahun sekali oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pada tahun 2020, trend menunjukkan bahawa peratus warga emas yang mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi kekal ialah sebanyak 34.3 peratus. Hal ini adalah bersamaan dengan tiga dari sepuluh orang warga Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke atas. Ini menunjukkan bahawa negara masih perlu berusaha keras dalam […]

trending_flat

Kesopanan dan kesusilaan membina inspirasi anak yatim di UM

Oleh: Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri Sekumpulan 100 orang anak-anak yatim dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor telah mengikuti sebuah program unik anjuran Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim (YATIM) baru-baru ini, di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, termasuklah Universiti Malaya (UM). Program yang dinamai ‘Opening Young Eyes (OYEs) – Kembara Ilmu Rukun Negara’ turut disertai oleh lebih 20 orang guru pengiring. “Siri program OYEs anjuran YATIM merupakan program berbentuk lawatan sambil belajar yang diadakan sepanjang tahun, khusus untuk anak-anak yatim yang terpilih dari seluruh negara. Kali ini, pembaharuan yang dibawa adalah dengan menjajarkan objektif lawatan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara,” kata Salehhuddin Osman, Pengarah Urusan YATIM. Untuk prinsip Rukun Negara yang pertama, Kepercayaan kepada Tuhan, para peserta telah dibawa melawat Masjid Negara. Untuk prinsip kedua, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, mereka telah dibawa ke Istana Negara, termasuklah melawat ke Balai Rong […]

trending_flat

AMBANK SUMBANG RM350,000 UNTUK MEMPERKASA GOLONGAN CACAT PENGLIHATAN DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BAGI ORANG BUTA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- AmBank berbesar hati menyumbang RM350,000 untuk Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) untuk membiayai Pusat Latihan Gurney (GTC) MAB dalam memainkan peranan aktif untuk memperkasakan orang cacat penglihatan dengan menyediakan perkhidmatan dan peluang kepada mereka untuk penyertaan dan penglibatan yang lebih besar, serta integrasi dalam masyarakat. Tan Sri Md Nor bin Md Yusof, Pengerusi, Kumpulan AmBank berkata, “AmBank berbangga dapat bekerjasama dengan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia untuk menyokong inisiatif yang membantu insan cacat penglihatan menjalani kehidupan yang memuaskan. Perkongsian ini adalah petanda baik dan seiring seruan kerajaan untuk meningkatkan sokongan untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Ia bertujuan untuk menyediakan sumber dan meningkatkan penghayatan kemasyarakatan, membolehkan individu kurang upaya hidup berdikari, mendapatkan pekerjaan dan menyumbang secara bermakna kepada pembinaan negara.” MAB Gurney Training Centre (GTC) adalah satu-satunya pusat latihan bertauliah di Malaysia yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan […]

trending_flat

YAYASAN WAQAF MALAYSIA ANJUR PROGRAM SANTUNI KOMUNITI MADANI BERSAMA PEMANDU TEKSI/KERETA SEWA DI PUTRAJAYA

Putrajaya, 4 Oktober 2024 – Bagi memastikan tiada pihak yang tercicir dalam menikmati kehidupan yang sempurna, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menganjurkan Program Santuni Komuniti Madani Bersama Pemandu Teksi / Kereta Sewa di Putrajaya Sentral pada hari ini, sebagai usaha membantu meringankan beban mereka. Usaha ini bertepatan dengan salah satu daripada enam (6) nilai teras Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, di mana mengasihi orang lain – keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat secara keseluruhannya – adalah teras kepada sebuah visi Malaysia yang ihsan. Sebagai tanda menghargai pemandu teksi / kereta sewa yang telah menyumbang kepada kemudahan pengangkutan awam terutamanya di Putrajaya, seramai 74 orang pemandu teksi / kereta sewa di Putrajaya yang berdaftar dengan Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya Berhad telah menerima sumbangan wang tunai dan kotak makanan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM18,500.00. Penyampaian sumbangan telah […]

trending_flat

MARITIM MALAYSIA TERIMA DANA RM10 JUTA BAIKPULIH KUARTERS

PUTRAJAYA, 26 Jun 2023– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima suntikan dana RM10 juta bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kuarters daif agensi ini di seluruh negara bagi tahun 2023. Pengarah Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Datuk Hj Md Fauzi bin Othman berkata dana yang disalurkan daripada Kementerian Kewangan (MoF) melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini adalah bagi kerja-kerja membaik pulih serta penyelenggaraan kuarters Maritim Malaysia seluruh negara. Selain itu, dana yang diterima juga turut melibatkan kerja-kerja pembaikan serta baik pulih kuarters milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kota Kinabalu yang telah diserahkan kepada Maritim Malaysia. Sejumlah RM7.4 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kuarters di Maritim Negeri Sarawak serta Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala baki RM2.6 juta adalah untuk kuarters di Batu Pahat, Kemaman serta kuarters di Akademi Maritim Sultan […]

trending_flat

Komuniti Rentan Chow Kit Ceria Aidilfitri 2023 disantuni dengan Kelengkapan Raya dan Potongan Rambut Raya

KUALA LUMPUR 23 April 2023 - Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) tengah mengadakan tinjaun di lapangan Jalan Chow Kit pada Hari Raya Pertama dan Hari Raya Kedua pada tahun 2023 ini. Dalam satu kenyataan, MASAC berkata hasil dari tinjauan tersebut didapati bahawa majoriti rakan jalanan (gelandangan) yang terdiri dari penagih dadah, maknyah, anak-anak asnaf, orang tua yang tidak tinggal bersama keluarga, pelacur, memakai kelengkapan Raya yang lengkap hasil beberapa sumbangan pelbagai NGO dari seluruh negara. Mereka juga terlihat amat kemas dan bersih dengan potongan rambut baru yang teratur. "MASAC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua NGO yang terlibat membantu menceriakan Komuniti terpinggir Jalan Chow Kit ini melalui pelbagai edaran kelengkapan Raya, MASAC sendiri pada 15 April 2023 bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab Kuala Lumpur, PUAKPayong, Projek Belia Mahir, Federasi Kebangsaan Pekerja Belia Malaysia, Majlis Belia Malaysia […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation