trending_flat

Our Secure Future (OSF) Mengeluarkan Penemuan mengenai Tinjauan pendapat Baharu; Menjuarai Rangka Tindakan Perundangan untuk Keamanan dan Keselamatan di Asia

WASHINGTON, Aug. 20, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Our Secure Future telah mengeluarkan penemuannya pada tinjauan global tentang perspektif wanita mengenai keselamatan. Dijalankan dengan Perikatan Wanita untuk Kepimpinan Keselamatan/Rangkaian Tindakan Masyarakat Sivil Antarabangsa, tinjauan pendapat mendapati bahawa 82% wanita yang ditinjau mengatakan perbincangan keselamatan di negara mereka tidak mewakili mereka dan 80% berkata mereka tidak berasa diwakili dengan secukupnya di kalangan pelakon keselamatan. Di negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun dan China, wanita sering menghadapi halangan yang ketara untuk mengambil bahagian dalam usaha keamanan dan keselamatan, walaupun perspektif dan sumbangan kritikal mereka di tempat kerja, ruang politik dan juga di rumah. Mencapai kesaksamaan jantina sarat dengan halangan yang berakar umbi dalam norma budaya dan ketidaksamaan sistemik. Walau bagaimanapun, di seluruh Asia, masyarakat sedang membuka jalan untuk masa depan yang lebih saksama untuk semua orang. Semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 pada 2017, Kenyataan Bersama mengenai Mempromosikan […]

trending_flat

Isu Kalimah Allah : Sebanyak 42 laporan polis diterima

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2024 - Berhubung dengan isu penjualan stokin tertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart Sunway, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sebanyak 42 laporan polis dari seluruh negara. Justeru, sebanyak dua kertas siasatan telah pun dibuka. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam satu kenyataan hari ini, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/undang–undang (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan. Kes tersebut juga disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar atau perkhidmatan. "Kes masih di peringkat siasatan. PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan. PDRM turut mengingatkan orang […]

trending_flat

Jabatan Imigresen Malaysia tumpaskan sindiket warga Bangladesh

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 14 Februari 2024. Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Imigresen, Dato’ Ruslin Jusoh berkata operasi bermula pada jam 2.00 petang melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan Pasukan Taktikal Khas (PASTAK). "Pasukan operasi telah diatur gerak untuk menyerbu sebuah premis di sekitar Petaling Jaya, Selangor dan sebuah premis di Jalan Alor, Kuala Lumpur. Berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah berjaya mengesan dan menahan seorang lelaki warganegara India dan seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia antara 28 hingga 31 tahun yang disyaki sebagai ‘dalang utama’ sindiket berkenaan. Kesemua yang ditahan tidak memiliki Pas yang sah untuk berada di negara ini." kata Ruslin. Tambah beliau, turut ditahan semasa pemeriksaan […]

trending_flat

Kapal OPV1 mulakan Rondaan Sulung di Perairan Sarawak

KUCHING, 18 Januari 2024- Selepas diserahkan kepada Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 2 Januari yang lalu, Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) secara rasmi memulakan pengoperasian pertamanya dengan melakukan pemantauan di kawasan perairan Sarawak. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi memaklumkan, pengoperasian sulung Kapal OPV1 ini dijangka akan memperkukuhkan keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) khususnya di kawasan Laut China Selatan yang menjadi tumpuan aktiviti ekonomi dan laluan kapal-kapal dagang yang menghubungkan dari bahagian selatan ke bahagian utara laut berkenaan. Jelasnya, keberadaan Kapal OPV1 ini mampu memenuhi matlamat operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia iaitu konsep deterrent bagi mengekang pencerobohan kapal-kapal asing. Kapal OPV1 akan menjadi kapal induk kepadabot-bot peronda Maritim Malaysia yang akan melakukan rondaan penguatkuasaan di kawasan yang menjadi tumpuan nelayan asing menceroboh masuk ke laut negara bagi melakukan aktiviti penangkapan ikan. Ujar […]

trending_flat

Guna dokumen meragukan, Lima PATI warga Myanmar ditahan

ALOR SETAR, 13 Januari 2024 - Lima lelaki disyaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan dalam satu pemeriksaan yang dilakukan ke atas sebuah feri penumpang di kedudukan 6.6 batu nautika barat laut muara Kuala Kedah pada pukul 3.45 petang semalam. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, bot ronda, PERKASA 1226 sedang melaksanakan rondaan rutin Op Aman di sekitar perairan Kuala Kedah sebelum menerima maklumat risikan dan menahan feri berkenaan yang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah. Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas feri berkenaan, anggota penguat kuasa mendapati lima orang warga Myanmar hanya memiliki sekeping kad yang meragukan kerana kad terbabit tidak mempunyai data pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah. Berikutan itu, kesemua PATI terbabit disyaki telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) yang memperuntukkan hukuman […]

trending_flat

Timbalan KPN hadir ke sesi taklimat aset MSU

KUALA LANGAT, 10 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri sesi demonstrasi dan taklimat pengoperasian aset "Mobile Surveillance Unit" (Unit Pengawasan Bergerak) (MSU) oleh Syarikat AMP Corporation (M) Sdn. Bhd. Demonstrasi aset tersebut telah dilakukan di Pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey, di sini, pagi semalam. Terdahulu, ketibaan Dato' Sri Ayob Khan disambut oleh Ketua Polis Selangor, CP Hussein Omar Khan bersama Komander Pasukan Polis Marin (PPM), SAC Norzaid Muhammad Said. Program diteruskan dengan taklimat pengoperasian oleh Ketua Pegawai Eksekutif AMP Corporation (M) Sdn. Bhd., Dato' Sri Mustaffa Hj. Abd. Rahman di Bilik Mesyuarat Utama AMPCOP. Aset MSU adalah bagi kegunaan PPM dalam mempertingkatkan pengesanan aktiviti di perairan negara, sekali gus memperkasakan peranan Pasukan tersebut. Seusai itu, Dato' Sri Ayob Khan telah mengadakan lawatan di sekitar Pelabuhan Klang dan Balai […]

trending_flat

Maritim Malaysia terima kapal OPV 1 secara rasmi

PULAU INDAH, 2 Januari 2024 - Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) secara rasminya diserahkan oleh pihak TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam majlis yang diadakan semalam. Dalam majlis berkenaan, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi telah hadir untuk menerima OPV1 secara rasmi bagi membolehkan ianya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan carilamat. Penyerahan OPV1 ini adalah satu lagi detik bersejarah kepada kementerian ini khususnya Kerajaan MADANI kerana telah berjaya memastikan kapal peronda buatan tempatan ini siap dibina setelah beberapa kali berlaku penangguhan akibat ancaman Covid-19 selain proses membawa masuk peralatan teknikal terkini kapal yang diimport dari negara luar. OPV1 ini dibina menggunakan rekabentuk Damen 1800 berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7 meter dan berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu 21 hari tanpa ulang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation