trending_flat

Skim Perubatan Madani kini telah diperluaskan ke seluruh negara

Berita baik untuk rakyat Malaysia! Skim Perubatan Madani kini telah diperluaskan ke seluruh negara mulai 15 September lalu. Pengembangan inisiatif perkhidmatan perubatan percuma ini dilaksanakan setelah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sehingga kini, dianggar sebanyak 130,000 rawatan kesihatan pesakit luar dan 80,000 isi rumah golongan B40 telah berjaya meraih manfaat daripada Skim Perubatan Madani. “Bilangan rawatan yang diberikan hampir mencecah 4,000 sehari dan semakin meningkat. Kini, lebih 1,300 klinik swasta telah mendaftar dan bekerjasama dalam program ini sebagai panel dalam memberikan perkhidmatan.” ulas Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa. Dr. Zaliha turut berharap lebih banyak klink swasta di seluruh negara dapat mendaftar sebagai panel klinik panel Skim Perubatan Madani. Skim Perubatan Madani yang telah beroperasi sejak bulan Jun 2023 diperkenalkan atas usaha untuk mengatasi isu kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan. Setakat Ogos 2023, inisiatif yang dilaksanakan secara rintis dan berperingkat […]

trending_flat

Potensi graphene oksida dalam rawatan kanser

Oleh: Dr Rafeezul Mohamed Pengenalan Kanser merupakan penyakit kompleks yang terus mencabar para penyelidik perubatan di seluruh dunia. Graphene oksida (GO) merupakan bahan nano dua dimensi yang telah menarik minat yang besar disebabkan oleh sifat fisiko-kimia yang unik dan berpotensi untuk digunakan dalam pelbagai aplikasi bioperubatan termasuk rawatan kanser. Artikel ini bertujuan untuk menerangkan potensi GO dalam rawatan kanser. Artikel ini merangkumi sifat-sifat unik GO, kaedah sintesis, dan teknik fungsian permukaannya. Pelbagai aplikasi GO dalam diagnosis atau pengesanan awal kanser, penghantaran ubat kanser, terapi fototerma, imunoterapi, serta kombinasi sinergistik dengan rawatan konvensional diterangkan secara terperinci. Selain itu, cabaran, pertimbangan keselamatan, dan prospek masa depan dalam menterjemahkan terapi kanser meggunakan GO pada peringkat klinikal turut dihuraikan dalam artikel ini. Dr Rafeezul Mohamed Sifat-sifat dan Sintesis GO GO terdiri daripada lapisan atom karbon yang tersusun dalam bentuk heksagonal. GO mempunyai ketebalan yang […]

trending_flat

Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:  Bil.Nama ProdukRacun Berjadual Yang Dikesan1.Beaute Treatment CreamHydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate2.Beaute Nite CreamMerkuri dan Betamethasone 17-Valerate  Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL  Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit. Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan […]

trending_flat

Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) - Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.  PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL  Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin danbetamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan […]

trending_flat

Mosquito Buster: Inovasi membanteras denggi oleh UNITEN

Demam denggi, penyakit berjangkit virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes, merupakan ancaman serius terhadap kesihatan awam di pelbagai kawasan tropika dan sub-tropika di seluruh dunia. Kejadian demam denggi yang telah meningkat secara dramatik di negara kita dalam beberapa tahun terakhir ini memerlukan penyelesaian inovatif bagi menangani penyebarannya secara berkesan. Pemasangan Mosquito Buster di Kelompok Pelajar UNITEN Di Malaysia, kejadian demam denggi tetap menjadi keprihatinan besar kerana laporan terkini menunjukkan peningkatan kes. Dari Januari hingga pertengahan Julai tahun ini, terdapat 63,966 kes demam denggi yang dilaporkan, termasuk 45 kematian, mengikut Kementerian Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa. Angka-angka ini mencerminkan peningkatan mencolok sebanyak 129.2% dalam kes berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, dengan peningkatan sebanyak 136.8% dalam kes kematian. Peningkatan yang mengkhawatirkan dalam kes demam denggi menegaskan keperluan mendesak bagi langkah-langkah kawalan nyamuk yang efektif dan mampan bagi memerangi penyakit yang disebarkan […]

trending_flat

JBPM Lancar EMARS

SHAH ALAM, 15 Mac 2023 – Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (YB KM)telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Emergency Medical Air Ambulance Rescue Services (EMARS) dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan Tahun 2023 bertempat di perkarangan AEON Mall Shah Alam. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha binti Mustafa. Dalam ucapan perasmian di majlis tersebut YB KM berkata, “KPKT bersama-sama JBPM melalui Ikhtiar Bitara MADANI akan menambah kemudahan perkhidmatan ambulan udara atau EMARS bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan khususnya di kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli yang sukar diakses menerusi jalan darat. Tambah beliau, “Kolaborasi multilateral bersama-sama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Asli (JAKOA) dalam merealisasikan perkhidmatan EMARS ini akan memberi impak tinggi kepada mutu perkhidmatan sedia ada, malah menjimatkan perbelanjaan negara sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.” Selain digunakan untuk membawa doktor, […]

trending_flat

Penganjuran Mesyuarat Menteri Kesihatan bersama Exco Kesihatan Negeri bukti komitmen Kerajaan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negeri

11 April 2023 - Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri Kesihatan bersama Exco Kesihatan Negeri yang pertama di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 10 April 2023 (Isnin). Katanya dalam satu kenyataan media hari ini, penganjuran mesyuarat itu membuktikan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di setiap negeri. "Saya ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat ini yang dihadiri oleh Exco Kesihatan, mewakili setiap negeri merupakan satu platform bagi menyampaikan keputusan dan dasar semasa KKM untuk makluman dan tindakan Exco Kesihatan Negeri. Di samping itu, Mesyuarat ini bertujuan membincangkan isu-isu semasa dan perkara-perkara berbangkit daripada YB Menteri Kesihatan bersama Exco Kesihatan Negeri yang lepas. Selain itu, ia merupakan satu platform bagi membentangkan maklumat-maklumat khusus untuk perbincangan dan keputusan ahli mesyuarat. Dalam mesyuarat pada hari ini, Kementerian telah membentangkan maklumat berkaitan Analisa Belanjawan 2023 […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation