trending_flat

Tidak celik kewangan, Melayu muflis membimbangkan

Oleh: Dr. Mohd Khairi Ismail Menurut laporan Jabatan Insolvensi Malaysia, kaum Melayu merupakan penyumbang utama kepada kadar muflis tertinggi di Malaysia dengan 15,586 kes atau 57.92 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan antara tahun 2020 hingga Mac 2024. Di samping itu, kaum Cina mencatatkan 6,917 kes, iaitu 25.71%, manakala kaum India menyumbang 2,324 kes atau 8.64%. Data ini menunjukkan bahawa kaum Melayu mempunyai kadar kebankrapan tertinggi, diikuti oleh kaum Cina dan India sepanjang tempoh tersebut. Situasi ini amat membimbangkan dan faktor seperti celik kewangan yang rendah, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia telah dikenal pasti sebagai pemacu utama salah urus kewangan, pengumpulan hutang, dan akhirnya muflis. Kekurangan pengetahuan kewangan ini menjejaskan keupayaan individu untuk membuat keputusan mengenai simpanan, belanjawan dan pelaburan. Mereka daripada golongan berpendapatan rendah  sukar untuk memahami implikasi jangka panjang hutang. Ini termasuk kadar faedah tinggi pada […]

trending_flat

T15 dan si mahakaya

Oleh :Dr. Muhammad Ashraf Bin Khalid Baru-baru ini rancak perbincangan ‘T15-Mahakaya’ sejak ucapan Belanjawan 2025 dibacakan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada Jumaat, 18 Oktober di Dewan Rakyat. Dikhabarkan bahawa kerajaan telah menampung subsidi insentif dan bantuan mencecah 80 bilion ringgit pada tahun lalu. Justeru menjadi hasrat kerajaan untuk melaksanakan reformasi fiskal pada tahun hadapan antara lain melalui penyasaran subsidi petrol RON95, subsidi pendidikan dan subsidi kesihatan. David Coady dan pasukannya di IMF pada tahun 2010 mendedahkan bahawa lebih 40 peratus subsidi petrol dimanfaatkan golongan berpendapatan 20 peratus teratas di negara-negara pendapatan rendah dan membangun. Laporan kajian ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ pada tahun 2024 tulisan Dr. Mohammed Abdul Khalid, Dr. Zouhair Mohd Rosli dan Siti Nur Fatimahtul Maryam Abdul Halim yang dibiayai sepenuhnya oleh UNICEF dan UNFPA, juga menyebut “sebahagian besar subsidi bersifat regresif dan cenderung menguntungkan mereka yang […]

trending_flat

Tingkat kesedaran pengukuran kemiskinan

Oleh: Dr Mohd Khairi Ismail, Dr. Nurul Ashikin Alias Kita semua sedia maklum bahawa pemahaman asas kemiskinan itu adalah tertumpu kepada nilai jumlah pendapatan bagi sesebuah isi rumah. Namun, pada hakikatnya, konsep kemiskinan itu sendiri adalah lebih luas dan dapat dilihat dari pelbagai perspektif, sama ada kemiskinan secara relatif, kemiskinan mutlak, atau kemiskinan dari pelbagai dimensi. Kemiskinan secara relatif merujuk kepada keadaan di mana individu atau kumpulan berada dalam keadaan kekurangan berbanding dengan tahap kesejahteraan yang dinikmati oleh masyarakat sekeliling. Manakala, kemiskinan dari aspek pelbagai dimensi pula adalah merangkumi aspek bukan hanya pendapatan tetapi juga meliputi akses kepada pendidikan, kesihatan, perumahan, dan peluang sosial, yang turut mempengaruhi kualiti hidup individu secara menyeluruh. Melalui hasil pemerhatian semasa oleh golongan penyelidik mendapati bahawa pengetahuan tentang Indeks Kemiskinan Multidimensi (MPI) dalam kalangan rakyat Malaysia masih agak terhad, terutamanya di peringkat masyarakat awam. Walaupun […]

trending_flat

Adakah pelepasan cukai SSPN strategi bijak untuk masa depan pendidikan anak-anak kita?

Oleh: Dr. Cheah Chan Fatt Kerajaan telah mengumumkan bahawa pelepasan cukai individu ke atas simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun lagi, sehingga tahun taksiran 2027. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pelepasan cukai individu ke atas simpanan dalam SSPN yang dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun lagi merupakan satu langkah yang sangat strategik dalam membantu ibu bapa merancang dan menyimpan untuk pendidikan tinggi anak-anak mereka. Dengan kos pengajian tinggi yang semakin meningkat dari semasa ke semasa, insentif ini menawarkan beberapa kekuatan utama yang boleh memberi manfaat jangka panjang kepada keluarga dan negara. Kekuatan insentif pelepasan cukai SSPN dapat mengurangkan beban kewangan ibu bapa. Pelepasan cukai ini secara langsung mengurangkan beban kewangan ibu bapa. Dengan adanya pelepasan cukai, ibu bapa dapat menikmati pengurangan dalam […]

trending_flat

AMBANK SUMBANG RM350,000 UNTUK MEMPERKASA GOLONGAN CACAT PENGLIHATAN DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BAGI ORANG BUTA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- AmBank berbesar hati menyumbang RM350,000 untuk Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) untuk membiayai Pusat Latihan Gurney (GTC) MAB dalam memainkan peranan aktif untuk memperkasakan orang cacat penglihatan dengan menyediakan perkhidmatan dan peluang kepada mereka untuk penyertaan dan penglibatan yang lebih besar, serta integrasi dalam masyarakat. Tan Sri Md Nor bin Md Yusof, Pengerusi, Kumpulan AmBank berkata, “AmBank berbangga dapat bekerjasama dengan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia untuk menyokong inisiatif yang membantu insan cacat penglihatan menjalani kehidupan yang memuaskan. Perkongsian ini adalah petanda baik dan seiring seruan kerajaan untuk meningkatkan sokongan untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Ia bertujuan untuk menyediakan sumber dan meningkatkan penghayatan kemasyarakatan, membolehkan individu kurang upaya hidup berdikari, mendapatkan pekerjaan dan menyumbang secara bermakna kepada pembinaan negara.” MAB Gurney Training Centre (GTC) adalah satu-satunya pusat latihan bertauliah di Malaysia yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan […]

trending_flat

Zurich Malaysia Lantik Pauline Teoh sebagai

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Life Insurance Malaysia Berhad Pauline Teoh, Ketua Pegawai Eksekutif, Zurich Life Insurance Malaysia Berhad KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2024 – Zurich Life Insurance Malaysia Berhad (ZLIMB) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Pauline Teoh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa 1 November 2024. Pauline membawa pengalaman lebih 25 tahun dalam industri insurans, setelah menjawat pelbagai jawatan kepimpinan kanan di beberapa institusi kewangan terkemuka di rantau Asia Pasifik (APAC). Ketua Pegawai Eksekutif Negara/Ketua Zurich Malaysia, Junior Cho berkata, “Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan pelantikan Pauline sebagai CEO ZLIMB yang baru. Pengalaman luas, pengetahuan industri, dan kemahiran kepimpinannya yang tinggi menjadikan beliau sebagai individu yang paling sesuai untuk memacu perniagaan ZLIMB menerusi pertumbuhan, pempelbagaian, pemudahan dan inovasi. Pauline akan melapor kepada saya dan menjadi sebahagian daripada majlis kepimpinan kami selaras dengan pendekatan OneZurich di bawah Zurich Malaysia.” “Komitmen Pauline terhadap penyampaian […]

trending_flat

Shopee Affiliate Pacu Pertumbuhan Hebat buat Jenama Malaysia di Shopee Mall

Para Affiliate Menggunakan Shopee Live dan Shopee Video untuk Memacu Pertumbuhan Keuntungan 59% KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2024 – Program Shopee Affiliate telah menjadi enjin utama pertumbuhan jenama Malaysia di Shopee Mall yang memacu ketara keterlihatan dan jualan penjual. Dengan menggunakan kandungan digital dan kerjasama bersama pempengaruh, jenama dan pengedar sah telah mencapai kejayaan hebat dengan peningkatan keuntungan sebanyak 59% dan peningkatan ketara dalam pesanan harian sepanjang tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Impak Shopee Affiliate dapat dilihat dengan lebih ketara semasa kempen Shopee 10.10 Festival Jenama yang baru berakhir dimana hampir satu juta Shopee Videos dicipta yang menghasilkan peningkatan jualan 36 kali ganda untuk penjual baharu di Shopee Mall berbanding hari membeli-belah biasa. Kenaikan ini membolehkan jenama tempatan untuk berhubung dengan audiens yang lebih luas. Para affiliate telah menggunakan ciri inovatif seperti Shopee Live dan Shopee Video […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation