trending_flat

Serangan siber ke atas sistem pelayan AirAsia berlaku pada 12 November 2022 – Fahmi

PUTRAJAYA 10 Disember 2022 - Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa Kementerian Komunikasi dan Digital yang diterajuinya mengambil serius dakwaan berhubung insiden ketirisan data peribadi lima juta penumpang dan kakitangan AirAsia akibat digodam oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Daixin. Menurut Fahmi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Pasukan Penyiasatan Kementerian Komunikasi dan Digital yang terdiri daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) telah memulakan siasatan dengan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Capital A yang merupakan syarikat induk kepada AirAsia pada 1 Disember 2022. "Siasatan awal mendapati serangan siber ke atas sistem pelayan AirAsia telah berlaku pada 12 November 2022 yang berpunca dari akses tanpa kebenaran mengakibatkan serangan perisian tebusan (ransomware), berpotensi menyebabkan kebocoran data. Susulan daripada perbincangan tersebut, Capital A telah diarahkan untuk mengemukakan dokumen keterangan berserta bukti data berkomputer yang berkaitan dengan siasatan kes […]

trending_flat

Fahmi harap RTM berperanan jadikan Kerajaan Perpaduan lebih baik

KUALA LUMPUR, 8 Disember 2022 - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berharap stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan terus komited untuk memainkan peranan sebagai agensi penyiar dengan informasi dan hiburan terkini melalui pelbagai platform TV, radio dan media digital kepada rakyat Malaysia bagi menjadikan Kerajaan Perpaduan ini lebih baik. "Salah satu inisiatif bagi meningkatkan kualiti potensi penyiaran ialah IPPTAR merupakan satu kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak. Saya yakin IPPTAR dapat mempertingkatkan potensi modal insan seiring dengan perkembangan teknologi penyiaran yang terkini. Terima kasih atas kesempatan lawatan ini dan saya harap semua pihak memainkan peranan yang lebih baik serta jelas agar memastikan Kerajaan Perpaduan ini dapat dicapai bersama-sama." kata beliau dalam satu hantaran di Facebook rasminya semalam. Semalam beliau mengadakan lawatan ke RTM bagi bersama-sama dengan warga RTM dan menyampaikan beberapa taklimat kepada semua jabatan untuk mencipta pelbagai kandungan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation