trending_flat

Fitnah : Peguam Nik Nazmi hantar Surat Tuntutan

PUTRAJAYA, 28 Disember 2023 - Sebagai respons terhadap kenyataan fitnah yang dibuat oleh Badrul Hisham Shaharin Shaharin (Chegubard), Menteri Sumber Asli dan Kelastarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengambil tindakan selanjutnya. Kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini, peguam beliau telah menyerahkan Surat Tuntutan (Letter of Demand) kepada Chegubard meminta agar beliau menarik balik dengan serta-merta serta memohon maaf secara terbuka atas kenyataan berunsur fitnah itu. "Beratnya tuduhan palsu ini memerlukan tindakan undang-undang yang tegas untuk menjaga nama baik dan kewibawaan saya, Kementerian dan Kerajaan Persekutuan. Komitmen kami kekal dalam menegakkan kebenaran dan membetulkan tanggapan serong ekoran tuduhan tidak berasas seperti ini. Dengan berlangsungnya prosiding undang-undang, kami mengesahkan dedikasi kami terhadap ketelusan dan pematuhan kepada proses undang-undang." kata Nik Nazmi. Katanya lagi, siasatan oleh pihak polis ke atas dakwaan Chegubard itu dialu-alukan. Chegubard sebelum ini mendakwa terdapat elemen […]

trending_flat

Jadikan pematuhan halal sebagai tanggungjawab sosial aktiviti perniagaan

Oleh: Juliana Anis Ramli Kewujudan industri halal di pasaran perniagaan dianggap bukan sahaja memenuhi tuntutan agama bahkan ia adalah salah satu segmen yang penting dalam sumbangan terhadap ekonomi negara yang signifikan dan relevan. Keperluan industri halal dalam pasaran adalah satu indikasi terhadap sambutan yang tinggi daripada pelanggan di dalam dan luar negara, berikutan kepada peningkatan dalam permintaan dan kuasa membeli terhadap produk dan perkhidmatan halal. Juliana Anis Ramli Maka, tidak hairanlah Malaysia dianggap sebagai peneraju hab halal antarabangsa dan menjadi sumber rujukan penting dari luar negara, lebih-lebih lagi dalam aspek produk makanan dan persijilan halal. Halal adalah didefinisikan sebagai ‘dibenarkan’ (permitted) dalam hukum Islam yang merangkumi segala aspek termasuk produk (makanan dan minuman) dan perkhidmatan dari pelbagai sektor seperti perbankan dan kewangan, farmaseutikal, kosmetik, logistik, pelancongan, kesihatan dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan dalam pengambilan makanan halal demi menjaga kepentingan umat […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Jawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Jawa, Indonesia pada jam 6:43 pagi tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:43 pagi, 28 Disember 2023Koordinat: 8.1° Selatan 107.8° TimurLokasi: Jawa, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 99km Barat Daya dari Tasikmalaya, IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 27 Disember 2023 (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Rabu, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM42.43 bilion daripada RM45.31 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM27.79 bilion daripada RM25.80 bilion. Terdahulu, bank pusat itu menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan satu tender Bil-Bil Antara Bank Bank Negara. BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Komoditi Murabahah Bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan. Selain itu, BNM turut menyemak semula tender Murabahah semalaman daripada RM25.8 bilion kepada RM27.8 bilion. Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM42.40 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM27.80 bilion, kedua-duanya bagi wang […]

trending_flat

KDN gerakkan agensi dan aset hadapi banjir

Susulan hujan berterusan di beberapa negeri dan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah, anggota dan aset-aset Jabatan/Agensi pengurusan banjir di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di kawasan terjejas telah digerakkan. Menurut KDN, tugas dan tanggungjawabnya diketuai oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah berpandukan kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara). "Gerak kerja PDRM turut dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Sehingga kini, sejumlah 647 anggota PDRM dan 154 petugas RELA telah diatur gerak dengan kekuatan aset sebanyak 35 buah bot, 29 buah lori dan 56 kenderaan pacuan empat roda. Kekuatan anggota dan aset akan di tambah berdasarkan situasi bencana." kata KDN. KDN turut menasihatkan kepada seluruh rakyat yang berisiko terkesan akibat bencana banjir untuk sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia, […]

trending_flat

Noraini lawat mangsa banjir di Kemaman

KEMAMAN, 27 Disember 2023 - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad hari ini melakukan lawatan kerja ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Kemaman untuk memantau keadaan dan pengurusan mangsa banjir yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di PPS tersebut. Antara PPS yang sempat dilawati adalah di Dewan Sivik Air Putih yang menempatkan 178 mangsa banjir daripada 45 buah keluarga, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Teladas Air Putih yang menempatkan 45 Keluarga dengan jumlah 170 mangsa banjir dan PPS Surau Paya Mempuyu yang menempatkan 18 Keluarga terdiri daripada 71 orang mangsa. Noraini berkesempatan menyantuni mangsa banjir dan meninjau keperluan- keperluan yang disediakan di PPS. Menurut KPWKM, JKM bertanggungjawab menyedia dan menyelenggara PPS, menyedia dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan asas kepada mangsa, menjalankan pendaftaran mangsa bagi maksud pemulihan […]

trending_flat

Isu Stesen Petronas kehabisan stok diesel telah selesai – Armizan

Susulan laporan media baru-baru ini berkaitan pengumuman oleh Petronas bahawa beberapa stesen minyaknya di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan stok diesel, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata isu tersebut telah selesai. Kata Armizan, isu tersebut telah diselesaikan melalui kerjasama di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kewangan (MOF) dan Petronas sendiri. "Petronas akan membuat penghantaran bekalan tambahan dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Petronas juga telah disyaratkan untuk mengemukakan senarai stesyen-stesyen minyak yang terlibat dengan penghantaran bekalan tambahan untuk membolehkan pemantauan dibuat secara menyeluruh." jelas Armizan. Tambah beliau, Petronas telah diminta mengemukakan laporan penuh dan dokumen terperinci punca isu berbangkit.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation