trending_flat

Sejumlah RM2.65 juta peruntukan bantuan kewangan telah diluluskan bagi dua puluh (20) buah RIBI di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (YB KM) telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan bagi Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Seluruh Negara bertempat di St Mary’s Cathedral Kuala Lumpur pada pagi ini. Menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), sejumlah RM2.65 juta peruntukan bantuan kewangan telah diluluskan bagi dua puluh (20) buah RIBI di Kuala Lumpur daripada keseluruhan 370 permohonan yang telah diluluskan. Pada hari ini, menyaksikan penyerahan bantuan sebanyak RM294,029.00 kepada enam (6) buah RIBI manakala penyaluran bagi permohonan yang berbaki akan diteruskan pada tahun 2024. Di bawah Inisiatif Belanjawan 2023, KPKT telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Seluruh Negara. Sejumlah RM50 juta bantuan kewangan diperuntukkan oleh Kerajaan Perpaduan kepada organisasi RIBI di seluruh negara bagi tujuan menyelenggara dan membaik pulih rumah ibadat masing-masing dan […]

trending_flat

Kelantan sumbang 0.4% pelaburan E&E di Malaysia setakat September 2023

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2023 - Berdasarkan kepada pelaburan yang telah diluluskan sehingga September 2023, negeri Kelantan telah menyumbang pelaburan sebanyak 0.4% dalam sektor E&E di Malaysia melalui syarikat Rohm Wako Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.7 billion dan telah mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan. Menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong ketika menjawab soalan dari Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff di Dewan Negara hari ini, Kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam usaha menarik pelaburan asing dan tempatan dalam pelbagai sektor ke semua negeri di Malaysia. Katanya, strategi promosi pembangunan pelaburan yang MIDA laksanakan adalah berdasarkan kepada kekuatan dan kesesuaian ekosistem sesebuah negeri. "MIDA sentiasa bekerjasama secara strategik dengan pihak kerajaan negeri dan agensi-agensi berkaitan bagi melipat gandakan usaha-usaha promosi pelaburan seperti Bahagian Pelaburan Kelantan (Invest […]

trending_flat

Melayu dan Islam tak perlu tersinggung kenyataan Lim Kit Siang, sebaliknya…

Oleh Sheikh Umar Bagharib bin Ali Pandangan Tan Sri Lim Kit Siang (LKS) tidak salah. Bahkan pandangan LKS bagi saya adalah pandangan yang 'berperlembagaan'. Orang Melayu dan Islam tidak perlu risau. Kerana perlembagaan juga telah menetapkan garis-garis jelas berkaitan soal 'Melayu', 'Islam' serta hak keadilan yang mesti diberikan kepada semua kaum di negara kita. Sheikh Umar Bagharib bin Ali Untuk orang Melayu, isu paling utama bagi saya ialah mencari jalan bagaimana melahirkan para pemimpin Melayu yang jujur, adil, berintegriti serta mampu melonjakkan ekonomi negara. Malaysia harus bangkit lebih tinggi dan menjadi negara yang disegani. Bukan bertelagah tentang kenyataan LKS! Untuk orang Islam, kepimpinan terkait rapat soal kompetensi dan intergriti. Sarjana Islam Ibnu Taimiyyah menyebutnya sebagai 'Al-Quwwah' dan 'Al-Amanah'. Al-Quwwah bermaksud kepakaran dan kemampuan dalam mengendalikan bidang kuasa yg diberikan. Al-Amanah pula menurut Al-Mawardi ialah taqwa kepada Allah dan tidak menjual […]

trending_flat

Seruan Tindakan Malaysia seterusnya: Mencari Keadilan untuk Rakyat Palestin di ICJ di samping menyokong usaha lain di ICC

Saya menyeru kepimpinan Kerajaan Malaysia yang arif ini untuk bertindak sekarang memulakan prosiding mengheret Israel ke hadapan ICJ, pada masa yang sama menyokong usaha-usaha rakan kongsi kita berurusan dengan ICC, bukan hanya untuk orang-orang Palestin, tetapi juga atas nama integriti PBB dan nama kemanusiaan. Howard Lee ________________ Setakat 13 Disember, lebih 18,400 orang Palestin telah dibunuh secara kejam, dengan lebih 8,000 antaranya terdiri daripada kanak-kanak; 10,000 lagi (45 peratusnya wanita dan kanak-kanak) masih lagi hilang tanpa jejak; 1.9 juta dipindahkan secara paksa; dan 306, 500 kediaman habis ranap: begitulah angka korban dan kerugian yang semakin meningkat setiap detik berlalu di Gaza. Tidak kurang daripada 800 kilang-kilang dan lebih daripada 126 kemudahan kerajaan, 277 sekolah, 306 masjid, 7 gereja, 22 hospital, 110 klinik, dan 102 ambulans telah menjadi sasaran pemusnahan yang dikemudi oleh Rejim Zionis Israel. Ini adalah pembunuhan beramai-ramai - […]

trending_flat

Faisal calon Pengerusi BERSIH

Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz akan bertanding di dalam pemilihan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang akan diadakan pada esok. Faisal yang merupakan graduan Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi BERSIH dari tahun 2018 hingga 2020. "Saya dengan rendah hati menawarkan diri untuk menjadi Pengerusi BERSIH. Saya harap dapat memimpin Bersih menjadi Gerakan Rakyat Membina Ruang Demokrasi Yang Berkesan."katanya dalam satu ciapan di halaman X rasmi beliau hari ini. Faisal turut dikenali sebagai pejuang keamanan dan hak asasi manusia terutamanya di dalam isu Palestin. Beliau juga memperjuangkan isu-isu alam sekitar terutamanya dengan bekerjasama bersama Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (Grass). Kami di LNA mengucapkan selamat berjaya dan akan sentiasa menyokong perjuangan beliau.

trending_flat

Lim Hui Ying yakin dapat bekerjasama baik dengan semua bahagian di Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA 14 Disember 2023 - Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying telah melaporkan diri di Kementerian Kewangan pada pagi tadi. Bercakap kepada media, Hui Ying mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato' Seri Anwar Ibrahim di atas keperayaan melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Kewangan yang baharu. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang juga telah 'clock in' di sini pada dua hari lepas. Di samping itu Hui Ying turut berterima kasih kepada pasukan Kementerian Kewangan yang efisien yang banyak membantu beliau ketika membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Kewangan (No. 2) di Dewan Negara semalam. Justeru beliau berkeyakinan dapat bekerjasama dengan baik dengan semua bahagian di Kementerian Kewangan.

trending_flat

J-KOM kini di bawah Kementerian Komunikasi

PUTRAJAYA 13 Disember 2023 - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) kini diletakkan di bawah kementerian beliau. Sebelum ini ia di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Beliau turut berkata bahawa tiada "merger" akan dilakukan di antara J-KOM dan Jabatan Penerangan (JaPen). Selain J-KOM, Bernama, IPPTAR, JaPen, Jabatan Penyiaran, Finas, MCMC dan MyCreative Ventures turut dikekalkan di bawah Kementerian tersebut. Manakala MDEC, MYNIC, Jabatan Perlindungan Data Peribadi diletakkan di bawah Kementerian Digital dan status DNB masih dibincangkan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation