trending_flat

Salahuddin rasmi Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan sempena Hari Penguat Kuasa KPDN ke-51

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini telah merasmikan Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan Sempena Hari Penguat Kuasa KPDN Ke 51 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan Tahun 2023 bagi anggota dan pegawai penguat kuasa KPDN lantikan baharu. Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan Sempena Hari Penguat Kuasa KPDN Ke 51 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan Tahun 2023 kali ini telah diadakan di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka yang turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Kementerian serta warga kerja KPDN. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub Menurut Salahuddin, tarikh 17 April setiap tahun merupakan tarikh keramat buat warga kerja Bahagian Penguat Kuasa KPDN kerana Bahagian Penguat Kuasa KPDN secara rasminya telah ditubuhkan pada tarikh tersebut. Pada tahun ini tema sambutan yang dipilih adalah Profesional Tegas Berintegriti. […]

trending_flat

Tiada lagi Tanah Melayu, yang ada hanya Malaysia

Oleh: Datuk A Kadir Jasin Kita adalah negara persekutuan. Iaitu gabungan 13 buah negeri, tidak termasuk Wilayah Persekutuan. Waktu merdeka tahun 1957, negara kita dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Natijahnya, apabila namanya Persekutuan Tanah Melayu, tidaklah ada keraguan berkenaan siapa tuan punya atau tuan rumah negara itu. Tetapi apabila ditubuhkan Malaysia pada tahun 1963 dengan kemasukan Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, nama Persekutuan Tanah Melayu ditukar menjadi Persekutuan Malaysia. Mulai saat itu timbullah tuntutan "Malaysian Malaysia". Bagi orang Melayu yang "meratib" berkenaan negeri atau negara Melayu, mereka kena terima hakikat bahawa Persekutuan Tanah Melayu sudah tidak ada lagi. Sudah jadi bekas. Yang ada adalah Malaysia. Negara yang dulu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu sekarang ini dipanggil Semenanjung Malaysia. Persekutuan Tanah Melayu hanya tinggal dalam sejarah dan ingatan orang lama. Singapura "dikeluarkan" pada tahun 1965 dan sekarang ini Sarawak dan […]

trending_flat

LNA @ MAKAN : RESTORAN SANTA CHAPATI HOUSE

Tontoni sesi temubual bersama pemilik Restoran SANTA CHAPATI House iaitu Puan Gurdip Kaur. Beliau berkongsi pengalaman beliau dalam menjalankan perniagaan ini. SANTA CHAPATI HOUSE terletak di lokasi strategik di bandaraya Kuala Lumpur iaitu di No 373 Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia. https://youtu.be/ifJSfz_zRoo

trending_flat

DC Healthcare buat penampilan di pasaran ACE dengan premium RM0.15 lebih harga IPO

SHAH ALAM, 17 JULAI 2023 – DC Healthcare Holdings Berhad ("DC Healthcare" atau "Kumpulan"), penyedia perkhidmatan perubatan estetik yang mengkhusus dalam penyediaan prosedur tidak invasif dan invasif minima, hari ini membuat penampilan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”), dibuka pada RM0.40 sesaham mewakili premium sebanyak 60% berbanding harga tawaran awam permulaan (“IPO”) sebanyak RM0.25 sesaham. DC Healthcare disenaraikan di bawah nama saham "DCHCARE" dan kod stok "0283". DC Healthcare kini mengendalikan 13 klinik estetik di wilayah tengah dan selatan Semenanjung Malaysia. Kumpulan menyediakan perkhidmatan perubatan estetik seperti ukiran muka dan kontur badan dan, perkhidmatan perubatan am yang memfokuskan kepada penyakit kulit seperti psoriasis dan ekzema, serta pemeriksaan kesihatan ujian darah. Kumpulan memperoleh sejumlah RM49.81 juta melalui IPO, yang mana RM9.44 juta diperuntukkan untuk penubuhan 8 klinik baharu di seluruh wilayah utara dan selatan Semenanjung Malaysia. RM13.12 juta lagi daripada kutipan akan digunakan untuk […]

trending_flat

Kebebasan Bersuara di Negara Ini Ada Batasannya – Mahdzir Khalid

SUNGAI PETANI, 16 Julai - Akaun TikTok Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang telah digantung oleh pihak TikTok kerana ucapannya yang berpotensi untuk memecahbelahkan masyarakat. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun kebebasan bersuara adalah hak bagi setiap rakyat, setiap platform yang digunakan tetap ada batasannya. "Di seluruh dunia, kebebasan ada batasnya. Malah di Singapura, terdapat ISA, dan setiap negara mempunyai undang-undang menentang hasutan. Kebebasan adalah penting, tetapi ia perlu dikenal pasti batasannya. Apabila seseorang melampaui batasan dan menyebabkan kegusaran kepada orang lain, maka sudah tiba masanya untuk tutup (perkara tersebut)." Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan BN Bahagian Merbok di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Sanusi yang mendakwa akaun TikToknya yang telah digantung semalam sebagai satu tindakan untuk mengganggu kempen pilihan raya negeri (PRN). Selain itu, […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Semenanjung Alaska

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklunkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Semenanjung Alaska pada jam 2:48 petang hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:48 petang, 16 Julai 2023Koordinat: 54.6° Utara 160.9° BaratLokasi: Semenanjung AlaskaMagnitud: 7.1Jarak: 2,622km Timur dari Petropavlovsk Kamchatskiy,RussiaKedalaman: 10 km Mengikut penilaian, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

trending_flat

Nilai pendidikan di Malaysia perlu ditambahbaik, meliputi nilai pendidikan tokoh sarjana Islam agar sistem demokrasi dan keamanan negara gemilang – Wan Junaidi

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaaffar berpendapat bahawa nilai pendidikan di Malaysia perlu ditambahbaik dengan menyasarkan kepada keperluan industri negara menerusi kajian akademik dan pencarian ilmu dan pengetahuan yang lebih komprehensif dan meliputi ilmu-ilmu dan nilai pendidikan tokoh sarjana Islam agar seimbang dengan nilai pendidikan sedia ada yang dicerap daripada sistem pendidikan Barat dan Eropah. Dalam satu kenyataan media hari ini, Wan Junaidi berkata sistem pendidikan di Malaysia bermula zaman kedatangan penjajah banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai dan ideologi Barat dan Eropah yang juga telah dianggap sebagai yang terbaik sementara ilmu dan nilai pendidikan ilmu Islam yang dibawa sebelum zaman penjajahan kolonial telah semakin pudar. "Saya ingin menyarankan agar ilmu pendidikan daripada tokoh sarjana Islam daripada abad yang lebih awal seperti Ibnu Khaldun dan Ibnu Sina turut diterapkan bersama ilmu pendidikan Islam yang sedia ada […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation