Tahap kerjasama Meta tidak memadai, MCMC tidak teragak-agak ambil tindakan perundangan
CYBERJAYA, 23 JUN 2023 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi pihak Meta, syarikat induk Facebook untuk menurunkan kandungan yang memudaratkan yang signifikan membabitkan elemen Kaum, Institusi Diraja, Agama (3R), penyamaran, judi dalam talian serta iklan- iklan penipuan. Kata MCMC, di sebalik permohonan berulang kali daripada pihak MCMC, Meta gagal mengambil tindakan secukupnya dalam menangani isu berkaitan kandungan memudaratkan pada platform mereka dan tidak bekerjasama sepenuhnya dalam menurunkan kandungan tersebut. "Maklum balas pihak Meta yang lembap dan kurang memuaskan, tidak setimpal dengan keseriusan perkara berkenaan dan ini telah mengundang kebimbangan dan penelitian awam. Memandangkan tahap kerjasama yang diberikan oleh Meta adalah tidak memadai, pihak MCMC tidak teragak-agak untuk mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap Meta sebagai langkah untuk memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat dalam alam digital. Tindakan berkenaan adalah perlu dalam menyemaikan […]