trending_flat

Perbelanjaan pengguna merosot pada separuh kedua 2023?

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Edil Abd Sukor Walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini mengekalkan ramalannya bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang dalam julat 4% hingga 5% pada 2023, sesetengah pakar ekonomi berpendapat bahawa beberapa cabaran dan ketidaktentuan ekonomi seperti kesan kenaikan kadar faedah, rasionalisasi subsidi, ketidaktentuan politik dan prestasi global yang perlahan mungkin menjejaskan prospek perbelanjaan jangka pendek pengguna di Malaysia pada separuh kedua 2023. Sebagai sebuah negara yang terkenal dengan sektor peruncitan dan ekonomi yang dipacu pengguna, tahap perbelanjaan pengguna memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi dan kestabilan negara. Prof Madya Dr Mohd Edil Abd Sukor Pada 3 Mei 2023, BNM telah menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.25% kepada 3%. Ini adalah kali pertama tahun ini OPR dinaikkan selepas dikekalkan pada kadar 2.75% sebanyak dua kali dalam bulan Januari dan Mac. Kadar faedah yang meningkat ini akan […]

trending_flat

Tiada lambakan jika mahu pandang ke hadapan

Oleh: Prof. Madya Dr. Zawawi Ismail Saya teruja untuk memberi respon kepada laporan muka hadapan Berita Harian pada Sabtu 27 Mei 2023 yang bertajuk “Lambakan graduan perguruan.” Bukan kerana isinya yang mengandungi kesalahan fakta, namun terdapat keperluan untuk berkongsi keunikan yang ada di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM). Di UM, terdapat dua jenis program ijazah sarjana muda Pendidikan (ISMP), sama ada dilaksanakan oleh Fakulti Pendidikan sendiri, atau dilaksanakan secara kerjasama dengan fakulti lain. Program-program yang diadakan di Fakulti Pendidikan ialah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak, dan Sarjana Muda Kaunseling. Manakala program yang diadakan secara Kerjasama ialah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (dengan Fakulti Sains), dan Sarjana Muda Pendidikan Islam (dengan Akademi Pengajian Islam). Prof. Madya Dr. Zawawi Ismail Keunikan program ISMP UM Pertamanya, kesemua graduan dari program ISMP dipersiapkan untuk […]

trending_flat

Cabaran membaca di era ‘gangguan’

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Frank Swettenham dalam bukunya Malay Sketches memperihalkan orang Melayu yang suka berjudi, bersabung ayam, berburu serta menangkap dan menjinakkan gajah. Pemerihalan oleh penulis ini tidaklah perlu dinafikan namun tidak juga boleh digeneralisasikan sebegitu mudah. 22 bab yang beliau ceritakan adalah perkongsian penulis yang berdamping dengan orang kebanyakan, pawang dan pembesar tertentu. Sebaliknya jika dilihat kepada sisi keilmuan khususnya melalui perkembangan tradisi pengajian pondok di Alam Melayu, masyarakat Muslim hakikatnya mementingkan aspek keilmuan melalui proses pembacaan yang teliti serta sumber penulisan yang berautoriti. Hal ini boleh dilihat contohnya melalui tradisi pengajian pondok yang menetapkan silibus tersendiri dengan sumber rujukan terpilih yang dibaca mulai huruf pertama di kulit hadapan sehinggalah di noktah terakhir di halaman belakang. Di era sebelum industri menentukan lanskap pendidikan, menghabiskan satu teks pengajian yang memakan masa bertahun-tahun adalah suatu yang diperakui […]

trending_flat

AGIHAN KERUSI PH-BN PERLU BERLANDASKAN SEMANGAT PERPADUAN

ALOR SETAR, 4 Jun 2023 - Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin terasa namun sehingga kini pengagihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi enam PRN belum dimuktamadkan.  Tiga negeri ditadbir Pas, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadi tumpuan Kerajaan Perpaduan untuk dikuasai manakala kekuatan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan diperkukuhkan agar terus ditadbir PH. Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kesemua negeri terlibat dijangka dibubarkan dalam tempoh kurang sebulan dari sekarang. Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, semangat perpaduan yang diterapkan di peringkat Pusat harus diterjemahkan ke peringkat negeri sekiranya mahu merampas negeri-negeri diterajui Pas. “Kriteria penting untuk kekalkan persefahaman antara PH-BN terutama dalam agihan kerusi adalah semangat perpaduan dan Madani dengan mengekalkan hubungan baik antara parti-parti komponen, jika mahu rampas Kedah serta […]

trending_flat

KPKT UMUM PERUNTUKAN RM5.48 JUTA BAGI PROJEK MENAIK TARAF DAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR AWAM DI MANJUNG, PERAK

MANJUNG, 3 Jun 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.48 juta kepada Majlis Perbandaran Manjung dan Kampung Baru Cina dalam lawatan kerja rasmi beliau ke Manjung hari ini. Beliau telah mengadakan sesi lawatan ke Pasar Awam Ayer Tawar, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ayer Tawar, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ayer Tawar, Kampung Baru Ayer Tawar (Taman Disneyland), Chinese Methodist Church dan Wesley Methodist Church Sitiawan, Manjung bagi meninjau kemudahan asas dan keperluan berkaitan kemudahan awam tersebut. Jumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini meliputi projek menaik taraf dan penyelenggaraan seperti berikut; 1. Meruntuh dan membina semula Pasar Awam Ayer Tawar; 2. Menaik taraf Pasar Awam Beruas; 3. Membina kiosk penjaja diJ alan Gapis, Seri Manjung; 4. Menaik taraf sistem pencahayaan sekitar Bandar Seri Manjung danLumut; 5. Menaik taraf pencahayaan […]

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 https://youtu.be/yWrq5OcYils Jawatankuasa Media dan Publisiti (JKMP) Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun (HKHM) 2023 memperkenalkan Program KUARTET MERDEKA bagi membantu mengelorakan sambutan HKHM 2023 dan meningkatkan penyertaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Program ini berkonsepkan Bual Bicara Khas secara eksklusif yang terdiri daripada empat orang ahli Jemaah Menteri iaitu: a. YB Tuan Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digitalb. YB Tuan V Sivakumar, Menteri Sumber Manusiac. YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; dand. YB Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. Saksikan video Bual Bicara Khas bersama Hannah Yeoh.

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA FAHMI FADZIL

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 https://youtu.be/QM7lB_nUQpg Jawatankuasa Media dan Publisiti (JKMP) Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun (HKHM) 2023 memperkenalkan Program KUARTET MERDEKA bagi membantu mengelorakan sambutan HKHM 2023 dan meningkatkan penyertaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Program ini berkonsepkan Bual Bicara Khas secara eksklusif yang terdiri daripada empat orang ahli Jemaah Menteri iaitu: a. YB Tuan Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digitalb. YB Tuan V Sivakumar, Menteri Sumber Manusiac. YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; dand. YB Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. Saksikan video Bual Bicara Khas bersama Fahmi Fadzil.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation