trending_flat

Berhati-hati mencipta kandungan

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Apabila berlaku perkembangan teknologi yang pesat khususnya di era revolusi industri 4.0, ia membawa kesan yang besar terhadap kehidupan dan budaya masyarakat. Pelbagai gajet telah dicipta dan aplikasi telah diluncurkan dari hari ke hari. Unsur disruptif yang terhasil daripada perkembangan teknologi ini telah mengubah corak interaksi dan komunikasi dalam masyarakat. Perubahan yang ketara adalah perubahan kaedah berkomunikasi dari bentuk fizikal kepada bentuk digital. Malahan, manfaat menjana pendapatan sendiri (self-generated income) yang ditawarkan melalui penggunaan media sosial baharu telah membuka ruang dan peluang kepada para pengguna. Akibatnya ramai pengguna yang memanfaatkan peluang menjana kewangan ini dengan mencipta pelbagai kandungan. Jadi, para penulis dan pencipta kandungan ini perlu kreatif untuk memastikan hasil kreatif mereka menjadi tular dan dicapai oleh pengguna. Biasanya kandungan yang dicipta atau dikarang adalah melibatkan pelbagai tema dan isu. Ia termasuklah tema […]

trending_flat

DEMONSTRASI DAN PAMERAN MARITIM MALAYSIA MERIAHKANHARI TERAKHIR LIMA’23

LANGKAWI, 27 Mei 2023 - Sebanyak 39 aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terdiri dari 8 buah kapal, 7 buah bot Perkasa, 5 buah bot Benteng, 3 bot Penggalang, 3 bot Penyelamat, 2 bot Kilat, sebuah bot Petir, 4 buah helikopter jenis AW139 dan AS365 N3, 6 buah jetski terlibat pada hari terakhir demonstrasi maritim sebelum Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) melabuhkan tirainya hari ini. Mempamerkan 10 formasi serta tiga demonstrasi iaitu demonstrasi manuvra taktis pesawat udara, demonstrasi manuvra taktis aset melibatkan jetski, bot Benteng dan bot Perkasa serta demonstrasi taktikal Save and Rescue (SAR). Maritim Malaysia yang menampilkan aksi mendebarkan itu telah berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung yang hadir ke Resort World Langkawi sekaligus mendapat tepukan gemuruh. Selain memperlihatkan kehebatan aset Maritim Malaysia, penonton pada hari terakhir turut disajikan dengan demonstrasi Pasukan Tindakan Khas dan […]

trending_flat

KERTEH FC – KELAB KAMPUNG DAPAT SENTUHAN DNA AKADEMI BOLA SEPAK SEPANYOL

KERTEH, 27 Mei 2023- Kelab bola sepak komuniti, Kerteh FC yang berpangkalan di Pekan Kerteh, Terengganu, mengorak langkah dengan mendapatkan sentuhan DNA sebuah akademi bola sepak yang berpangkalan di Barcelona, Sepanyol, iaitu RieraSport. Ia terhasil menerusi kerjasama dengan pemilik RieraSport, Oscar Riera yang dilantik sebagai Penasihat Teknikal Kerteh FC. Menurut Presiden Kerteh FC, Mohd Razeman Mat Nashim, Oscar kini berada di Kerteh untuk berkongsi ilmu dan kepakarannya dengan jurulatih dan pelatih kelab tersebut. "Kerteh FC telah bekerjasama dengan Oscar sejak 1 Mei 2020. Sebagai Penasihat Teknikal, Oscar bertanggungjawab untuk membentuk DNA Kerteh FC dengan menyediakan metodologi latihan kepada pemain dan jurulatih kelab Kerteh FC. Sepanjang pandemik Covid19 melanda dunia, Kerteh FC dan Oscar bekerja secara komunikasi atas talian bagi pertukaran idea dan maklumat. Hanya tahun ini, Oscar berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Kerteh dan bertemu dengan pelajar, pemain dan ibu […]

trending_flat

Fadillah adakan Misi ke EU dan UK

PUTRAJAYA 27 Mei 2023 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK),Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof akan mengadakan Misi ke Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Belgium disusuli dengan Lawatan Rasmi ke London, United Kingdom pada 28 Mei 2023 hingga 4 Jun 2023. Menurut KPK dalam satu kenyataan hari ini, misi ke EU merupakan misi bersama Kerajaan Malaysia dengan KerajaanIndonesia di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Sawit (CPOPC) berikutan persetujuan antara Fadillah danMenteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia (KOMENKO), Dr. (H.C) Ir. Airlangga Hartarto, pada 9 Februari 2023 di Jakarta, Indonesia untuk terus menjaga kepentingan sektor sawit menerusi pemerkukuhan usaha menangani diskriminasi terhadap minyak sawit. "Hal ini merupakan tindak balas susulan pengumuman pelaksanaan European Union Deforestation Regulations (EUDR) oleh EU pada 6 Disember 2022 yang bertujuan menghalang penyahhutanan oleh aktiviti pertanian di seluruh dunia. Tindakan tersebut boleh dianggap sebagai suatu kawalan […]

trending_flat

Perkhidmatan Kebombaan diperkasa melalui Tiga (3) Nota Persefahaman (NoU) & Kontrak yang ditandatangani sempena LIMA 2023

LANGKAWI, 25 Mei 2023 – Sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2023, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini telah memeterai tiga (3) Nota Persefahaman (NoU) bagi perkongsian pintar dengan pihak Kementerian Pengangkutan melalui Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JKOA) dan Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Dalam satu kenyataan hari ini. KPKT berkata bahawa ketiga-tiga NoU itu merangkumi kerjasama strategik berkaitan Perkhidmatan Helikopter Emergency Medical Air Ambulance Rescue Service (EMARS) yang merupakan perkhidmatan bantuan pengangkutan perubatan melalui udara dan pengurusan bencana dengan fokus khusus kepada bantuan perubatan dan pemindahan pesakit termasuk komuniti luar bandar serta pengurusan kemalangan jalan raya di lebuh raya utama di Malaysia. Menurut KPKT perkongsian tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan kecekapan agensi-agensi terlibat […]

trending_flat

SISTEM RADAR BERNILAI RM4 JUTA BANTU MENGESAN AKTIVITI DI LAUT DENGAN LEBIH CEKAP

LANGKAWI, 25 Mei 2023 - Bagi mempertingkatkan pengesanan aktiviti di perairan negara melalui sistem radar, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menerima sebuah Mobile Surveillance Unit (MSU) yang bernilai RM4 juta di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini. MSU merupakan aset pelengkap pengawasan pantai kepada Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) yang sedia ada kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Bakal memberikan liputan sensor yang maksimum, MSU turut dapat meluaskan liputan maritim dengan memaparkan kawasan yang dicerap dengan lebih tepat dan secara ‘real time’ seperti surface picture yang memudah penguat kuasa melaksanakan rondaan serta operasi mencari dan menyelamat yang lebih cekap. Majlis penyerahan unit berkenaan disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Serahan MSU telah disempurnakan oleh Ketua Pengawai Eksekutif, AMP Corporation (M) Sdn. Bhd.Dato’ Sri Mustaffa Hj Abd. Rahman kepada Ketua Setiausaha KDN […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation