trending_flat

RUU kesalahan menghendap perlu dibentang semula di sidang Parlimen akan datang

PUTRAJAYA 8 Februari 2023 - Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh memaklumkan bahawa sejak bulan Januari 2023, beliau telah mengadakan pelbagai sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan seperti Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri, Women’s Aid Organisation dan juga Badan Peguam Malaysia bagi meneliti semula peruntukkan-peruntukkan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2022 yang berhubung kesalahan menghendap (stalking). Dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, Ramkarpal berkata hasil daripada kesemua sesi libat urus tersebut, beliau telah mencadangkan penambahbaikan kepada draf RUU tersebut bagi memastikan penekanan diberikan kepada kesalahan ini secara holistik dan merangkumi semua aspek perundangan. "Satu Memorandum Jemaah Menteri berhubung RUU ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana […]

trending_flat

Fadillah ke Indonesia, eratkan kerjasama

PUTRAJAYA 8 Februari 2023 - Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato ’Sri Haji Fadillah Haji Yusof, akan berangkat ke Jakarta pada 8 Februari 2023 untuk lawatan kerja rasmi selama tiga hari. Beliau akan diiringi delegasi dari Kementerian Perladangan dan Komoditi dan agensi-agensi di bawahnya. Menurut KPK, bagi sektor sawit, pertemuan akan diadakan dengan Yang Terhormat Airlangga Hartarto, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia. "Perkara utama yang akan dibincangkan ialah berkaitan strategi yang perlu disusun secara terancang untuk menangani Peraturan Kesatuan Eropah terutamanya European Union Deforestation Regulation (EUDR) yang meletakkan industri sawit dalam risiko. Selain itu, kerjasama melalui Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) akan terus dipertingkat bagi kepentingan bersama. Malaysia berhasrat untuk mengukuhkan pakatan negara pengeluar minyak sawit dan menggiatkan kempen positif secara bersama di samping mengadakan dialog dengan […]

trending_flat

Lima individu dilantik anggotai badan penasihat khas, bantu Anwar selaku Menteri Kewangan

PUTRAJAYA 7 Februari 2023 - Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau telah melantik lima individu yang akan menganggotai badan penasihat khas bagi membantu menasihati beliau selaku Menteri Kewangan. Dalam satu kenyataan ringkas yang diedarkan semalam, Anwar berkata badan penasihat khas itu terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican. Selain Tan Sri Hassan, badan penasihat khas tersebut akan dianggotai oleh: • Pengerusi Eksekutif FVSB, Dato' Ahmad Fuad Md Ali;• Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng;• Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Dato' Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan• Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi. Jelas Anwar badan penasihat khas yang dilantik itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

trending_flat

Agenda Perbandaran Mampan Terus Diperkasa Melalui Projek Naik Taraf Lorong Belakang Lebuh Armenian, Pulau Pinang

GEORGETOWN, 6 Februari 2023 – YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang telah menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Lorong Belakang Lebuh Armenian pada petang ini. Kerja-kerja menaik taraf lorong belakang sepanjang 135 meter ini telah melibatkan peruntukan sebanyak RM125,000.00 oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Turut hadir ialah YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan; YB Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang;YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT; YBhg. Dato’ Noor Ihsan bin Haji Che Mat, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan; YBhg. Dato’ Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, pengurusan tertinggi Kementerian serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. YB KM dalam ucaptama beliau di majlis tersebut berkata, “Projek transformasi lorong belakang ini adalah selari dengan Matlamat […]

trending_flat

1,488 Penghuni PPR Taman Bagan Jaya, Pulau Pinang Bakal Nikmati Kemudahan Akses Internet Percuma Selama 9 Bulan

BUTTERWORTH, 6 Februari 2023 – Seramai 1,488 orang penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Bagan Jaya, ulau Pinang bakal menikmati kemudahan akses internet percuma selama 9 bulan. YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata, “Penyediaan kemudahan jalur lebar ke setiap rumah juga merupakan salah satu bidang fokus KPKT iaitu perancangan perumahan yang lebih komprehensif dan berdaya saing. Ia meliputi penyediaan kemudahan akses internet kepada setiap rumah PPR dalam usaha menjadikan perumahan rakyat yang berdaya huni.” Terlebih dahulu YB KM meninjau penggunaan internet oleh penghuni PPR. Kemudahan internet jalur lebar secara Direct Internet Access (DIA) ke setiap rumah PPR di 30 skim PPR ditawarkan melalui inisiatif Jendela@PPR yang telah dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 2022. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited meneruskan program yang menelan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM 22 juta ini demi kepentingan dan kesejahteraan […]

trending_flat

Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang akan dilaksanakan

6 FEBRUARI 2023 - Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mengumumkan Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (Subang Airport Regeneration Plan, SARP) yang disediakan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (Malaysia Airports) berasaskan hala tuju dasar Kerajaan Malaysia akan dilaksanakan. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, pada 2hb Februari lepas beliau telah membentangkan SARP kepada Jemaah Menteri dan cadangan pembangunan tersebut telah mendapat kelulusan selepas mengambil kira pertimbangan yang teliti. Pembangunan LTSAAS tersebut akan memberi fokus terhadap pembangunan Aerospace Ecosystem, General Aviation/Business Aviation (GA/BA) dan city airport/secondary airport. Sehubungan dengan itu, ekosistem yang akan dibangunkan di LTSAAS melibatkan tujuh (7) komponen i) pusat industri aeroangkasa, ii) pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (maintenance, repair and overhaul – MRO), iii) pusat penyelidikan dan pembangunan, iv) operasi penerbangan am (GA), v) operasi penerbangan bisnes (BA), vi) urban air mobility (UAM) dan vii) operasi penerbangan […]

trending_flat

Pantau harga sayur : KPDN gerakkan lebih 2 ribu Pegawai Penguatkuasa

PUTRAJAYA, 5 Februari 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa seramai 2,200 Pegawai Penguatkuasa telah digerakkan setiap hari bagi melaksanakan pemeriksaaan harga di premis-premis seluruh negara termasuk premis yang menjual sayur-sayuran merangkumi pasar awam, kedai runcit, pasar raya-pasar raya serta premis-premis lain di bandar mahupun luar bandar. Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan hari ini, pemeriksaan dan pemantauan yang dilaksanakan turut mengambil kira elemen-elemen penguatkuasaan yang tertakluk di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 melalui Ops Pasar. Ops Pasar ini telah difokuskan bagi menangani kenaikan harga sayuran dari sasaran sebelum ini ke atas barang keperluan perayaan. Kata Azman, bagi pelaksanaan Ops Pasar, sebanyak 296 jenis barangan telah diperiksa bagi tujuan siasatan antipencatutan. Daripada jumlah barangan terbabit, sebanyak 60 notis telah dikeluarkan bagi tujuan analisis dan siasatan kenaikan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation