TINJAUAN MENGEJUT HARGA BARANG DAN BEKALAN DI HYPERMARKET NSK KUCHAI LAMA, KUALA LUMPUR.
KUALA LUMPUR, 5 Disember 2022- Hari ini setelah clock-in dan majlis serah tugas, Datuk Seri Salahuddin Ayub terus membuat keputusan untuk melawat sebuah hypermarket di NSK Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Tujuan walkabout hari ini adalah untuk meninjau keberadaan bekalan dan harga barangan terpilih di pasaran. Semasa lawatan tersebut, didapati keberadaan barang keperluan mencukupi dan stabil. Barangan seperti telur mendapat permintaan yang tinggi semasa tinjauan dilakukan. Pengguna diseru untuk bersama-sama kerajaan untuk tidak membuat pembelian panik dalam memastikan bekalan barangan keperluan stabil di pasaran dan tiada unsur pencatutan (profiteering) dalam penentuan harga. Pengguna juga diminta menjadi mata dan telinga kerajaan dengan membuat aduan yang lengkap menggunakan pelbagai saluran aduan yang telah disediakan. Turut hadir, Datuk Azman Mohd Yusof- Ketua Setiausaha KPDNKSH, Datuk Roziah Abudin-Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), Datin Roszanina Wahab-Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna), Tuan Azman bin Adam-Ketua […]