trending_flat

Ucapan pertama PM-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

1. Komited mempertahankan Perlembagaan Malaysia, Bangsa Melayu, Agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu, tanpa meminggirkan bangsa lain. 2. Menjamin akan menjaga hak semua rakyat Malaysia khususnya golongan marjinal dan terpinggir tidak kira bangsa & agama. 3. Fokus no.1 sekarang adalah "Agenda Ekonomi". 4. Lawan rasuah dan penyelewengan secara serius dan habis-habisan dengan mereformasi urus tadbir kerajaan. 5. Usul undi percaya sewaktu persidangan Parlimen pada 19 Disember ini. 6. Tetap menolak menerima gaji sebagai Perdana Menteri. 7. Isnin, 28 November 2022 adalah CUTI UMUM. Lagi Mengenai Politik : MYPolitik Ucapan pertama PM-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. By E NEWSNovember 24, 2022 MYPolitik Politik : Cerita hari ini By hebahan amNovember 21, 2022 KHASPolitikPRU15 Harga Lantai Getah Boleh Dinaikkan Jika Kerajaan BN Mendapat Mandat Sebagai Kerajaan Persekutuan Pada Pru15 By E NEWSNovember 17, 2022

trending_flat

Penyokong parti politik dinasihatkan tidak melakukan sebarang provokasi

KUALA LUMPUR, 24 November 2022 - Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Hj. Abdul Shukor berkata sempena Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan akan berlangsung pada jam 5.00 petang hari ini di Istana Negara,Ibupejabat Daerah Brickfields menasihati orang ramai khasnya penyokong-penyokong parti politik untuk sentiasa mematuhi undang-undang bagi memastikan proses demokrasi dan perlantikan ini berjalan dengan lancar. "Tindakan tegas akan diambil oleh PDRM khasnya Polis Brickfields bagi mana-mana penykong-penykong parti politik yang melakukan sebarang provokasi atau menimbulkan sebarang isu termasuk perkauman dan agama. Turut dinasihati untuk tidak memuat naik sebarang ‘Posting’ atau apa jua sisipan di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran atau salah fahaman pada masyarakat umum. Orang ramai turut diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta tindakan yang menyalahi undang-undang." katanya dalam satu kenyataan […]

trending_flat

MOTAC terajui inisiatif angkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke UNESCO

23 November 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menerajui inisiatif untuk mengangkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke UNESCO di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi tahun 2023. Menurut MOTAC dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, warisan kebudayaan yang dikongsi oleh negara-negara serantau tersebut akan dicalonkan secara bersama negara Brunei, Singapura dan Thailand. "Kebaya merupakan pakaian yang melambangkan warisan budaya dan identiti orang Melayu, Peranakan Cina, Chitty dan masyarakat lain di Malaysia serta negara-negara lain di Asia Tenggara. Kebaya menepati definisi elemen warisan kebudayaan tidak ketara kerana ia melibatkan kemahiran tenunan tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk menghasilkan pakaian wanita tradisional. Kebaya juga mempunyai kaitan rapat dengan bentuk warisan budaya lain seperti majlis perayaan dan perkahwinan. Terdapat komuniti pembuat dan pemakai Kebaya yang sentiasa aktif berkongsi ilmu dan nilai […]

trending_flat

BIKE8 Cup International Pushbike Championship 2022 Tampil Di Velodrome Nasional, Nilai Buat Pertama Kali

NILAI, 22 November 2022 – BIKE8 CUP INTERNATIONAL PUSHBIKE CHAMPIONSHIP 2022 yang merupakan perlumbaan 'pushbike' bertaraf antarabangsa bakal menggegarkan Velodrome Nasional Negara pada 26 dan 27 November ini. Sukan ‘pushbike’ adalah sukan baharu di Malaysia yang semakin dikenali ramai. Lazimnya, aktiviti berbasikal ini mampu membentuk perkembangan minda dan fizikal kanak-kanak. Walaupun masih baharu, sukan ini mempunyai kelabnya tersendiri sehingga boleh menganjurkan pelbagai acara pertandingan ‘pushbike’ di dalam dan luar negara. “Konsep pushbike adalah sukan untuk anak-anak yang berusia dari dua hingga sembilan tahun. Permulaan anak-anak bagi bidang sukan adalah dalam arena pushbike kerana untuk mencari sukan yang bersesuaian bagi peringkat usia sedemikian adalah sukar. Pushbike adalah permulaan yang baik bagi permulaan sukan bagi kanak-kanak,” kata ketua penganjur Dato’ Sri Wan Mohd Muzri bin Ramli, yang juga merupakan President The M8 Cycling Club. Ekslusif untuk pengguna BIKE8 dan ROCKFISH, ia akan diadakan di […]

trending_flat

COVID-19 : Jumlah kes sembuh sebanyak 2,643

23 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM NOW, jumlah kes baharu COVID-19 setakat 22 November 2022, 11:59 pm adalah sebanyak 2,513 kes tempatan dan 3 kes import. Jumlah kematian (termasuk BID) adalah sebanyak 11 kes. Manakala jumlah kes sembuh setakat 22 November 2022, 11:59 pm adalah sebanyak 2,643. Dalam pada itu setakat 22 November 2022, 11:59 pm seramai 16,261,717 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama.

trending_flat

Satu keputusan Atypical Finding (ATF) dalam penyiasatan ADAMAS

23 November 2022 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah selesai melaksanakan ujian kawalan doping bagi Temasya SUKMA XX, MSN 2022 pada 16 – 24 September 2022 dengan pengambilan sebanyak 252 sampel. Daripada kesemua sampel tersebut, satu (1) keputusan berada dalam penyiasatan ADAMAS. "Keseluruhan sampel urin atlet ini telah dihantar ke Makmal Anti-Doping Doha, Qatar (Anti-Doping Lab Qatar - ADLQ), sebuah makmal yang diiktiraf oleh World Anti-Doping Agency (WADA) bagi tujuan analisis dan penilaian modul SteroidalPassport, Athlete Biological Passport (ABP). Kesemua sampel ini telah dikendalikan selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam Peraturan Anti-Doping ADAMAS 2021 yang mana hak atlet telah diberi keutamaan semasa pengujian kawalan doping dilaksanakan." kata KBS dalam satu kenyataan hari ini. Kata KBS, sebanyak 251 analisis sampel atlet adalah negatif kecuali satu (1) keputusan Atypical Finding (ATF) yang berada dalam penyiasatan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation