trending_flat

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 - Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (atau SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini, penambahbaikan SARA untuk tahun 2024 termasuklah: (i) Pertama, memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar; (ii) Kedua, meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada 1,200 ringgit berbanding 600 ringgit pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal 600 ringgit; dan (iii) Ketiga, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan. "Dengan penambahbaikan tersebut, program SARA tahun 2024 akan memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan […]

trending_flat

Pelaburan MASDAR perlu menerusi penyertaan program TBB

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof memaklumkan bahawa Kerajaan berpegang kepada ketetapan dasar bahawa kelulusan bagi pembangunan projek tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini perlulah dilaksanakan secara telus, adil dan berdasarkan ketetapan regulatori semasa. Oleh itu, pelaburan pihak MASDAR, sebagaimana syarikat pemaju tenaga boleh baharu yang lain di negara ini, perlu dilakukan menerusi penyertaan program TBB sedia ada yang sedang dan akan dilaksanakan seperti berikut: (i) Program Large Scale Solar untuk pembangunan solar berskala utiliti; (ii) Program Feed-in Tariff untuk pembangunan sumber bukan solar; (iii) Program New Enhanced Dispatch Arrangement untuk pembangunan sumber bukan solar; dan (iv) Rooftop Solar Programme untuk pemasangan solar di bumbung premis bangunan. "Pada masa yang sama, Kerajaan juga sedang merancang dan merangka pelaksanaan akses pihak ketiga atau third party […]

trending_flat

Merakyatkan ilmu sains demi masa hadapan 

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes Di dalam era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah satu lumrah, apa yang pasti ialah kita tidak boleh terus sentiasa menolak arus perubahan. Mahasiswa kini mempunyai pandangan yang berlainan terhadap pengalaman pengajian tinggi yang ingin dijalani dan nilai-nilai yang dimahukan adalah berlainan. Zaman di mana pengajian satu hala dijalankan telah lama berlalu, teraruh kepada pengajian yang lebih kolaboratif dan interaktif. Prof. Madya Ts. Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes Para mahasiswa masa kini dan akan datang, adalah generasi yang telah berjaya melalui pandemik global, dan merupakan generasi yang sentiasa dibayangi cabaran perubahan iklim dan turun naik ekonomi. Di samping itu, generasi sekarang juga adalah yang paling terdedah kepada ketidaktentuan pasaran pekerjaan dan peralihan ke ekonomi gig. Dalam keributan ini, pengajian sains semakin terhimpit dan hilang dari tumpuan bakal mahasiswa […]

trending_flat

CCoE fokus latihan keselamatan siber

CYBERJAYA, 26 Mac 2024 - Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini telah merasmikan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber atau Cybersecurity Center of Excellence (CCoE), di Cyberjaya, Selangor. Pelancaran CCoE itu membuktikan kesungguhan Kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti keselamatan siber negara, dengan membina ekosistem keselamatan siber yang mantap melalui jalinan kerjasama kukuh di antara sektor awam dan swasta. "CCoE akan memberi fokus kepada latihan dalam keselamatan siber dengan menggabungkan kerjasama di antara universiti dan institusi penyelidikan di Malaysia dan Kanada agar budaya inovasi dapat dipupuk. Selain itu, pusat kecemerlangan ini juga menawarkan pelbagai program latihan dan bengkel untuk profesional dalam bidang keselamatan siber dari pelbagai negara melibatkan bidang seperti analisis ancaman serta protokol pertukaran maklumat." kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini. Kata MCMC, pusat kecemerlangan itu akan menawarkan latihan khusus untuk memacu kapasiti dan […]

trending_flat

Isu Air di Universiti Malaysia Sabah: Menjernih Persepsi, Menuju Solusi

Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi, Majlis Belia Malaysia - MBM) Masak menguning buah belimbing, Ditanam lebat di tepi sungai; Berat dipikul ringan dijinjing, Segala yang kusut akan terlerai. Air merupakan satu khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Kita perlukan air untuk menjalani rutin seharian kerana ia sumber penting dalam kehidupan kita. Januari lepas, beberapa penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) melakukan demonstrasi aman ketika lawatan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang diiringi timbalan beliau, YB Datuk Mustapha Sakmud berhubung masalah bekalan air yang dihadapi mereka. Berikutan itu, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim keesokan harinya meminta pihak berkenaan menyediakan laporan selepas beliau meluluskan RM3 juta kepada UMS untuk menyelesaikan masalah itu pada sekitar Mei tahun lalu. Jadi, apa sebenarnya yang berlaku di sebalik krisis air di UMS ini? Benarkah terdapat salahguna dana dalam mencari […]

trending_flat

Ianya tetap suatu kesalahan, walaupun dibenarkan syarak untuk tidak berpuasa

Oleh: Dr. Siti Aisyah Samudin Saban tahun, di bulan Ramadan penuh barakah ada sahaja paparan berita berkenaan sekumpulan individu ditangkap pihak berkuasa agama atas alasan makan di khalayak awam di siang hari ketika bulan puasa. Bahkan, fenomena tangkapan kerana tidak berpuasa seolah sudah menjadi norma setiap memasuki bulan Ramadan. Tidak kurang yang menjadikan situasi ini satu bahan jenaka apabila mereka ditangkap, dibawa masuk ke dalam van jenazah dengan plastik hitam berisi bukti juadah yang dimakan. Istilah Geng Plastik Hitam turut melekat kepada golongan ini. Dr. Siti Aisyah Samudin Ironinya, tindakan makan di khalayak ramai pada siang hari dalam bulan Ramadan sebenarnya merupakan satu bentuk istihanah penghinaan kepada syiar dan syariat agama Islam. Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] sebagai contoh memperuntukkan berkenaan kesalahan Tidak menghormati Ramadan. Seksyen 15 Akta 559 ini memberi peruntukan yang agak […]

trending_flat

PM digesa laksanakan reformasi proses pelantikan ahli-ahli SPR

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2024 - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan untuk segera melaksanakan reformasi proses pelantikan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) , terutamanya bagi jawatan Pengerusi. Tan Sri Abdul Ghani, Pengerusi SPR akan bakal bersara wajib pada bulan Mei ini dan sehingga kini SPR masih mempunyai satu kekosongan Ahli Suruhanjaya, iaitu Ahli SPR bagi Sabah. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, BERSIH menegaskan bahawa reformasi pelantikan ini adalah mustahak, tambahan lagi Pengerusi SPR seterusnya berkemungkinan besar akan mempunyai tanggungjawab mengkaji dan melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya. Kata BERSIH, Ahli-Ahli SPR perlu dilantik melalui mekanisme yang telus, terbuka, berakauntabiliti dan inklusif bagi mendapatkan kepercayaan semua pihak berkepentingan terhadap kebebasan dan kemandirian SPR yang mempunyai tanggungjawab perlembagaan untuk melaksanakan pilihan raya dan persempadanan semula. "Minggu ini merupakan minggu […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation