trending_flat

OPS PANTAU 2024 : Sebanyak 20,854 premis telah diperiksa di seluruh negara

PUTRAJAYA 24 Mac 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menggerakkan lebih kurang 2,200 orang pegawai penguat kuasa di seluruh negara bagi melaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri menerusi OPS PANTAU 2024 yang dilancarkan bermula 12 Mac lepas. Penguatkuasaan tersebut dijalankan secara berfokus di seluruh negara dengan lokasi tumpuan pengguna seperti Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, kedai runcit dan aktivtiti penjualan secara dalam talian. Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, berdasarkan statistik OPS PANTAU 2024 dari 12 Mac 2024 hingga 23 Mac 2024, sebanyak 20,854 premis telah diperiksa di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 84 kes telah dihasilkan atas pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan sebanyak RM414,319.07. "Sejumlah 685 pemeriksaan di Bazar […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Mindanao, Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaki di Mindanao, Filipina pada pukul  2:22 petang hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:22 petang, 24 Mac 2024Koordinat: 8.9° Utara 126.5° TimurLokasi: Mindanao, FilipinaMagnitud: 5.0Jarak: 24km Timur dari Gingoog City,FilipinaKedalaman: 84 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Bank Rakyat Santuni Golongan Asnaf di Sekitar Sungai Buloh

SUNGAI BULOH, 23 Mac 2024 – Bank Rakyat terus komited menyantuni masyarakat yang memerlukan dengan menyerahkan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada 150 keluarga asnaf yang dikenal pasti di sekitar Sungai Buloh. Program penyerahan sumbangan berkenaan dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Ramanan Ramakrishnan serta Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman, bertempat di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. Dato’ Ramanan Ramakrishnan dalam satu kenyataan berkata, sumbangan daripada organisasi korporat merupakan satu inisiatif yang amat penting kerana ia mampu memberi impak kepada seluruh masyarakat dan negara dari segi kemakmuran sejagat. “Saya memuji komitmen Bank Rakyat yang sentiasa berusaha mendekati masyarakat setempat menerusi inisiatif sebegini bagi memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan sebagai tanda ihsannya terhadap kesejahteraan golongan asnaf ini yang mana dilihat sejajar dengan nilai Malaysia MADANI. Sudah tentu menjadi lebih bermakna buat mereka kerana dapat […]

trending_flat

Pengunjung Iftar@KL berpeluang makan berjemaah di dalam dulang

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan program Iftar@KL selama enam (6) hari iaitu pada 23, 24, 30, 31 Mac dan 6, 7 April 2024 bertempat di Jalan Raja, Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Selain JKKN, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kuala Lumpur Food Truck (KLFTEA) turut terlibat dalammelaksanakan program ini pada minggu seterusnya. Program semalam telah dihadiri oleh Timbalan MenteriPelancongan, Seni dan Budaya, Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan. “Iftar@KL yang dilaksanakan oleh JKKN ini merupakan salah satu pendekatan yang positif dalam memupuk nilai-nilai murni dan jati diri kepada masyarakat bandar dan khususnya generasi muda seperti contoh melalui aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk, program sukarelawan dan agihan bubur lambuk kepada golongan asnaf dan gelandangan. Penganjuran program sebegini juga merupakan tanggungjawab sosial Kementerian ini ke arah mencerminkan kerajaan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Laut Savu

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Laut Savu pada pukul 11:04 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 11:04 pagi, 24 Mac 2024Koordinat: 9.9° Selatan 122.2° TimurLokasi: Laut SavuMagnitud: 6.0Jarak: 161km Barat dari Kupang,IndonesiaKedalaman: 90 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Kad MySiswa dokong Agenda Pemerkasaan Mahasiswa

PERLIS 23 Mac 2024 - Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, telah meluncurkan inisiatif Kad MySiswa secara rasmi bersempena Majlis Semarak Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) @UniMAP yang turut disertai hampir 2,000 mahasiswa di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kad MySiswa (yang dulunya Kad Prihatin Siswa) merupakan inisiatif bersepadu KPT bersama RHB Islamic Bank Berhad (selaku rakan strategik pelaksana) sebagai komitmen dalam mendukung Agenda Pemerkasaan Mahasiswa yang turut berpotensi memartabatkan gaya hidup mereka. "Pelaksanaannya bermula Mac 2023 lalu telah memanfaatkan hampir 550,000 orang mahasiswa di kesemua 20 buah Universiti Awam (UA) seluruh negara. Cetusan idea Kad MySiswa ini telah diusulkan sendiri oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada tahun 2020 lalu dan KPT melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) menyambut hasrat tersebut sebagai refleksi bahawa Kerajaan sentiasa peka serta memahami denyut nadi golongan mahasiswa." kata KPT dalam satu […]

trending_flat

KPDN gerakkan OP KESAN dan OP PANTAU

SEREMBAN, 23 Mac 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menganjur sebanyak 192 Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan di seluruh negara termasuk 20 siri di Negeri Sembilan. Program tersebut akan berlangsung sehingga hujung bulan Ramadan dengan sasaran sebanyak 450 siri di seluruh negara meliputi kesemua 222 kawasan Parlimen. Menurut Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan, melalui program tersebut orang ramai berpeluang mendapatkan barang-barang keperluan harian dengan tawaran harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran. Selain barangan kering yang ditawarkan dalam Program Jualan Rahmah yang dianjurkan sepanjang tahun, PJR Ramadan juga menawarkan keperluan barangan basah untuk juadah berbuka puasa dan bersahur. Dalam pada itu, Armizan turut memaklumkan bahawa bermula bulan ini juga, KPDN melaksanakan dua operasi penguatkuasaan secara serentak iaitu OPS KESAN yang bermula pada 1 Mac 2024 dan OPS PANTAU […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation