trending_flat

Isu Kalimah Allah : Sebanyak 42 laporan polis diterima

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2024 - Berhubung dengan isu penjualan stokin tertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart Sunway, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sebanyak 42 laporan polis dari seluruh negara. Justeru, sebanyak dua kertas siasatan telah pun dibuka. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam satu kenyataan hari ini, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/undang–undang (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan. Kes tersebut juga disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar atau perkhidmatan. "Kes masih di peringkat siasatan. PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan. PDRM turut mengingatkan orang […]

trending_flat

Penduduk Malaysia cakna Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran: Trend penurunan 3% sisa makanan di seluruh negeri yang menerima pakai Akta 672

SEPANG, 17 Mac 2024 - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah mengadakan Sesi Libat Urus Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran Sempena Bulan Ramadan Tahun 2024. Program itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu bertempat di Bazar Ramadan Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Ia dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang dengan penglibatan Pemuda Gema Malaysia dan Sukarelawan Hero Kebersihan. Penganjuran Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran oleh KPKT melalui SWCorp pada bulan Ramadan 2024 itu bukan sahaja menyumbang kepada pencapaian sasaran Sustainable Development Goal (SDG) 12.3 iaitu pengurangan separuh daripada sisa makanan global perkapita pada tahun 2030 malah ia merupakan kesinambungan kepada inisiatif yang telah diperkenalkan sejak tahun 2015 dengan objektif untuk mengurangkan pembaziran makanan dan jumlah sisa makanan yang dilupuskan ke tapak pelupusan. "Objektif kempen ini disasarkan […]

trending_flat

OCBC Bank sempurnakan kerja naik taraf RM39,520 kepada PIBG SK Binyu Padawan, Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 16 Mac 2024 - Seramai 86 pelajar dan 11 guru sekolah luar bandar SK Binyu Padawan di Kota Samarahan kini mempunyai persekitaran lebih selesa untuk belajar dan melakukan aktiviti berkat sumbangan RM39,520 daripada OCBC Bank (Malaysia) Berhad (0CBC Bank) menerusi cawangan Kuching, yang membolehkan kerja-kerja naik taraf dewan sekolah dilaksanakan. Pada tahun lepas, sekolah yang dibina pada 1967, ini telah memohon bantuan kewangan daripada OCBC Bank untuk menaik taraf dewan utamanya untuk mewujudkan persekitaran yang lebih mesra dan sesuai untuk melakukan aktiviti perkembangan pelajar. Dengan bantuan OCBC Bank, dewan utama, yang digunakan untuk perhimpunan dan aktiviti sukan, menjalani kerja pengubahsuaian selama 2 bulan, dan kini mempunyai jubin lantai dan bumbung logam yang sempurna, dan sudah tentu jauh lebih selamat bagi pelajar dan guru. Menurut Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG,) Encik Abdul Shukur Bin Mohd Jusa, dewan […]

trending_flat

Majikan kantoi bersubahat palsukan dokumen, guna syarikat “Atas Angin” serta menggajikan PATI secara haram

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2024 - Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL) telah berjaya menumpaskan cubaan beberapa pihak majikan tidak bertanggungjawab yang dipercayai dengan munasabah telah memalsukan dokumen, menggunakan pendaftaran serta alamat syarikat yang tidak wujud bagi permohonan Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) serta menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI). Kegiatan yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman warga tempatan berjaya ditumpaskan dengan hasil risikan selama 30 hari, naziran ke pejabat pengeluar dokumen dari 6 buah negeri serta bertindak atas aduan orang awam yang bertanggungjawab bersama mempertahankan keamanan negara. Menurut Pengarah Imigresen Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PgK Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff dalam satu kenyataan, pasukan operasi telah digerakkan melalui empat (04) ‘OPS SAPU’ daripada Bahagian Penguatkuasaan JIM WPKL yang terdiri daripada pegawai pelbagai pangkat menggempur premis-premis syarikat yang terletak di sekitar Kuala Lumpur dan terdapat […]

trending_flat

FTA : Malaysia dan EU harus hidupkan semula perbincangan

HAMBURG 15 March 2024 - Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) harus menghidupkan semula perbincangan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan integrasi serantau. Ketika menyampaikan ucaptama semasa menghadiri acara 101st East Asia Friendship Dinner (Ostasiatisches Liebesmahl) di Hamburg City Hall anjuran German Asia-Pacific Business Association (OAV), Anwar berkata Malaysia juga bukan sahaja terbuka menerima perniagaan, malah bersedia untuk bekerjasama dan berinovasi dalam usaha niaga berkualiti tinggi sejajar dengan matlamat negara dan tanggungjawab global. "Saya turut mengambil peluang bicara soal kerangka Ekonomi MADANI yang mencerminkan komitmen negara untuk memacu Malaysia menjadi ekonomi utama di Asia serta memacu pembangunan yang mampan dan inklusif. Kerangka ini membayangkan masyarakat yang berkongsi kemakmuran, mendukung integrasi ASEAN yang lebih kukuh dan ekonomi yang kompleks serta membangunkan Malaysia sebagai kuasa utama serantau." kata Anwar […]

trending_flat

Palestin : DAP sokong pendirian PM

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2024 - Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyatakan sokongan penuh ke atas keberanian Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim yang tampil sebagai suara nurani masyarakat antarabangsa. Menurut Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook dalam satu kenyataan hari ini, pujian yang diterima oleh Anwar Iatas penilaian terus terangnya mengenai situasi Palestin semasa sidang media bersama Canselor Jerman Olaf Scholz mencerminkan kekecewaan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap Israel dan sekutunya. https://www.youtube.com/watch?v=LSrT5P6e0vI Kata Loke lagi, cubaan untuk mempertahankan penindasan rakyat Palestin walaupun mereka sedang menghadapi kebuluran adalah lanjutan daripada kezaliman terhadap rakyat Palestin sejak peristiwa Nakba pada tahun 1948. "Permulaan Ramadhan melihat lebih 30,000 nyawa terkorban sejak episod keganasan terbaru Israel yang mengepung dan menyerang Gaza. DAP menyokong keberanian Perdana Menteri yang tampil sebagai suara nurani masyarakat antarabangsa. Sementara kita bersolidariti dengan rakyat Palestin, harus ditekankan bahawa kekejaman di Gaza […]

trending_flat

Laporan Skim Pelaburan Elon Musk di Bernama Tv Adalah Palsu, Guna Teknologi AI Sunting Klip Berita

Oleh JomCheck Dalam kebaikan penggunaan teknologi AI yang semakin meluas, warga masyarakat juga perlu berhati-hati apabila disajikan bahan yang boleh diragui. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Sejak beberapa bulan lalu, tersebar klip video menggunakan laporan berita Bernama TV yang dicantumkan dengan beberapa video lain melibatkan billionair Elon Musk dan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai skim pelaburan yang kononnya untuk membasmi kemiskinan global. Rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia telah mengeluarkan laporan berkenaan isu ini. Hasil semakan yang dilakukan mendapati: STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Video tular berkenaan telah disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan mengubah laporan berita asal oleh Bernama TV. Video tersebut telah diturunkan oleh Meta atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) pada Januari namun masih boleh ditemui di platform Facebook, dipercayai dimuat naik semula menggunakan akaun lain. Sumber: https://bit.ly/3x5C6MA […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation