trending_flat

JIM serbu 17 premis hiburan di Kuantan

9 Mac 2024 - Sebanyak 17 premis hiburan di Kuatan telah diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 8 Mac 2024. Operasi bermula pada jam 11.00 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama JIM Negeri Pahang. Operasi tersebut turut disertai oleh Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), JIM Negeri Perlis, JIM Negeri Perak dan JIM Negeri Sembilan. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Jafri Embok Bin Taha menerusi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, operasi itu dijalankan berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama 3 minggu. "Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pasukan operasi telah diatur gerak ke 17 buah premis yang terdiri daripada 4 buah premis pusat hiburan, 9 buah premis kelab malam (pub) dan 4 buah […]

trending_flat

Malaysia Kekal Prinsip Tiada Hubungan Dengan Israel, Tepis Sindiran Danon

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Pada 22 Februari 2024, akaun X Kopitiam Malaya telah mempersoalkan potensi terwujudnya hubungan perjalanan bebas visa Malaysia-Israel berasaskan ciapan X ahli parlimen Israel, Danny Danon yang mencadangkan inisiatif itu selepas perlaksanaannya dengan negara Amerika Syarikat. Danon turut berkongsi gambar delegasi dari Malaysia di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) dan mendakwa bahawa wakil negara sedang mendengar ucapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melalui akaun X miliknya. Hasil semakan oleh MalaysiaKini dan MyCheck Malaysia yang merupakan rakan JOMCHECK mendapati bahawa ciapan itu memberi konteks salah terhadap perkara sebenar yang berlaku. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Hantaran yang dilakukan oleh ahli parlimen Israel, Danny Danon hanyalah spekulasi liar bersifat sindiran semata-mata. Sumber: MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/697083 MyCheck Malaysia: http://www.mycheck.my/more.php?id=2273740 Isu penting hasil semakan pada sumber di atas adalah: a. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Mindanao, Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 5:11 petang semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 5:11 petang, 8 Mac 2024Koordinat: 5.8° Utara 127.0° TimurLokasi: Mindanao, FilipinaMagnitud: 5.9Jarak: 186km Tenggara dari Davao, FilipinaKedalaman: 137 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Jangan Keliru! ‘Padu’ yang digodam bukan Sistem Padu Kelolaan Kementerian Ekonomi

Oleh JomCheck Gempar di media sosial apabila kumpulan penggodam antarabangsa, R00TK1T memaklumkan di saluran Telegram mereka kejayaan menggodam lebih 27 TB data organisasi ‘PADU’ di Malaysia. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Pihak penggodam turut berkongsi tangkap layar beberapa dokumen di dalam ‘folder’ sebagai pembuktian dan terdapat ‘folder’ yang bernama PADU. Isu yang berlaku ini telah merisaukan ramai pihak kerana merasakan PADU yang dimaksudkan adalah Pangkalan Data Utama iaitu program pendataan butiran maklumat peribadi rakyat Malaysia yang sedang dikendalikan kerajaan. Rakan JOMCHECK iaitu Astro Awani dan MalaysiaKini telah mengeluarkan laporan yang menerangkan keadaan sebenar tentang perkara ini. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: PADU yang dimaksudkan oleh penggodam berkenaan adalah organisasi PADU (Unit Pengurusan Penyampaian Perkhidmatan) di bawah LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) dan bukannya Pengkalan Data Utama yang diterajui Kementerian Ekonomi. Sumber:MalaysiaKini: https://bit.ly/49GQppy Astro Awani: […]

trending_flat

Samaiden Meterai Perjanjian Pembelian Tenaga Suria 20 Tahun dengan Maxell Tohshin

PETALING JAYA, 8 Mac 2024 – Samaiden Group Berhad ("Samaiden"), pakar tenaga boleh diperbaharui (“RE”) yang terlibat terutamanya dalam kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (“EPCC”) sistem fotovoltaik solar (“PV”) dan loji janakuasa, sangat teruja untuk mengumumkan Perjanjian Pembelian Kuasa (“PPA”) strategik dengan Maxell Tohshin (Malaysia) Sdn Bhd (“Maxell Tohshin”), sebuah syarikat yang terlibat dalam reka bentuk dan pembuatan acuan ultra ketepatan dan teknologi acuan kanta daripada diameter kecil untuk optik imej kepada diameter tebal dan lebih besar untuk optik pencahayaan. Ia juga menghasilkan kanta optik plastik ketepatan dan pemasangan bahagian kamera dan automotif. Perjanjian penting ini, yang ditetapkan untuk tempoh 20 tahun, menandakan komitmen penting terhadap penggunaan tenaga mampan dalam pembuatan, menekankan dedikasi bersama terhadap tanggungjawab alam sekitar. Di bawah perjanjian ini, Samaiden akan melaksanakan reka bentuk dan pemasangan sistem PV solar termaju, dengan kapasiti puncak 1,028.28 kilowatt (kWp) di […]

trending_flat

Menteri Sumber Manusia memberi mandat kepada Talentcorp selaku Badan Pemikir Strategik Kesuma

PUTRAJAYA, 8 Mac 2024 (Bernama) -- Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong telah memberi mandat kepada Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) agensi di bawah kementriannya, untuk berkhidmat sebagai badan pemikir strategik Kementerian Sumber Manusia atau KESUMA. Dengan memperluas mandat baharu kepada TalentCorp, YB Steven Sim menekankan kepentingan intelektual serta kebijaksanaan yang diamanahkan kepada Agensi tersebut untuk merancang strategi bagi pembangunan dasar, advokasi, dan perancangan masa hadapan Kementerian. “Kita berada dalam dunia yang semakin berpecah-belah dengan pasaran yang semakin mengecil. Sebagai pembuat dasar, kita perlu memahami landskap global, supaya kita kekal relevan dan kreatif untuk memanfaatkan peluang jangka pendek dan meletakkan asas untuk penyelesaian jangka panjang dan mampan." “Saya melihat TalentCorp memainkan peranan penting selaku badan pemikir KESUMA, yang berkerjasama dengan jabatan dan agensi Kementerian untuk menangani cabaran yang semakin berkembang dalam tenaga kerja di Malaysia. TalentCorp berada dalam kedudukan yang unik dalam […]

trending_flat

Bekalkan Gen Z, Alfa, dengan keteguhan rohani menghadapi realiti

Oleh: Dr Atifah Ahmad Yusoff Generasi kita hari ini hidup dalam era baru teknologi. Generasi Z, yang dilahirkan pada tahun 1996 dan seterusnya manakala generasi Alfa dilahirkan pada tahun 2011-2026. Gen Z membesar di tengah-tengah berkembangnya teknologi, manakala Alfa ialah generasi pertama yang dilahirkan pada abad ke-21, di mana mereka akan menjadi demografi yang paling banyak menggunakan teknologi setakat ini. Dr Atifah Ahmad Yusoff Bagi generasi muda, media sosial adalah segalanya. Pendidikan mereka akan lebih digital, visual dan kurang hitamnya putih. Tambahan pula, dengan cabaran automasi, mereka perlu membangunkan kemahiran yang lebih mendalam untuk berjaya dalam pasaran kerja yang telah berubah. Persoalannya, selain kemahiran, apakah lagi aspek yang perlu dipertingkatkan oleh generasi kita? Kajian menunjukkan bahawa cabaran yang dihadapi oleh Gen Z adalah dalam membangunkan akhlak yang teguh. Hal ini kerana, dalam dunia teknologi canggih hari ini, kebebasan bersuara, kebebasan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation