trending_flat

Bunkface mendedahkan Single Terbaru Mereka “Hilang”

Kumpulan sensasi punk rock Malaysia, Bunkface, bersedia untuk memukau penonton sekali lagi dengan penerbitan single terbaru mereka, "Hilang", yang telah dilancarkan pada 9 Februari 2024. Lagu tersebut akan tersedia di semua pla\orm streaming digital utama. https://www.youtube.com/watch?v=CaybV8G38vw&list=OLAK5uy_kaC-avH99WhrakWk6tAJxDFZiQ-qxaNv4 Setelah kejayaan lagu-lagu hit terdahulu mereka, Bunkface kembali dengan "Hilang", single keempat dari album terbaru mereka yang dinan^kan dengan penuh kerinduan, yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun ini. Dengan vokal yang kuat dan instrumen yang dinamik, "Hilang" berjanji untuk menjadi tambahan yang menarik dalam repertoar Bunkface. Kredit komposisi untuk "Hilang" adalah milik Sam, Youk, Paan, Biak, Epul, dan Ajam, dengan Sam mengambil alih penerbitan lirik. “Tanpa Allah pas^ hilang arah tuju kehidupan” ujar Sam mengenai pesanan disebalik lirik lagu yang boleh dikatakan berunsur ketuhanan. Dikeluarkan di bawah bendera Bunkface Produc^on Sdn Bhd, single ini menandakan satu lagi capaian pen^ng dalam kerjaya gemilang kumpulan ini. […]

trending_flat

Komponen psikospiritual Islam perlu untuk mencegah bunuh diri

Oleh: Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Apabila kerajaan negeri Kelantan menaikkan papan tanda petikan hadis Nabi tentang larangan bunuh diri di jejambat Tendong, ia mengingatkan kita tentang papan tanda yang diletakkan di laluan masuk hutan Aokigahara di Jepun. Hutan tersebut menjadi lokasi popular bagi sesiapa yang ingin membunuh diri. Papan tanda yang dipacak di pintu masuk hutan berbunyi, “Hidup ialah kurniaan yang bernilai” dan “Tolong jangan menderita keseorangan, mintalah bantuan.” Walau sebanyak mana pun papan tanda dinaikkan, 100 kejadian bunuh diri telah berlaku di hutan itu sahaja bagi tahun 2013 hingga 2015. Selepas tahun tersebut, pihak berautoriti tidak lagi mendedahkan rekod bunuh diri yang berlaku di hutan Aokigahara. Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Bunuh diri kebiasaannya dikaitkan dengan masalah kesihatan mental seperti tekanan dan kemurungan yang kronik, gangguan bipolar, schizophrenia dan lain-lain. Ia turut membabitkan faktor […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Jawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Jawa, Indonesia pada jam 6:46 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:46 pagi, 22 Februari 2024Koordinat: 6.3° Selatan 114.0° TimurLokasi: Jawa, IndonesiaMagnitud: 5.4Jarak: 176km Timur Laut dari Surabaya, IndonesiaKedalaman: 601 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Tuduhan Limau Mandarin disuntik Minyak Babi adalah Isu Berulang

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Sampai ke talian JomCheck satu tangkap layar kononnya, limau mandarin yang popular pada sambutan Tahun Baru Cina telah disuntik dengan minyak babi. Ia turut menuduh masyarakat berbangsa Cina sendiri tidak memakan limau mandarin berkenaan namun masyarakat Melayu memakannya kerana ia diedar secara percuma. Sampai ke talian JomCheck satu tangkap layar kononnya, limau mandarin yang popular pada sambutan Tahun Baru Cina telah disuntik dengan minyak babi. Ia turut menuduh masyarakat berbangsa Cina sendiri tidak memakan limau mandarin berkenaan namun masyarakat Melayu memakannya kerana ia diedar secara percuma. Rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia telah melakukan semakan berkenaan dakwaan ini dan mendapati bahawa isu adalah tuduhan berulang dan pernah tular sebelum ini melalui sebaran video. Rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia telah melakukan semakan berkenaan dakwaan ini dan mendapati bahawa isu […]

trending_flat

Struktur semula dasar keterjaminan makanan kita

Oleh: Dr. Adilah A. Wahab Di sebalik pengukuhan dan kerjasama strategik yang giat dijalankan oleh kerajaan dalam mempromosikan minyak kelapa sawit secara global, isu keterjaminan makanan yang berkait dengan bahan makanan utama rakyat Malaysia seperti beras, buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan dan hasil laut masih kurang diberi perhatian. Kita perlu sedar bahawa isu keterjaminan makanan wujud apabila rakyat tidak mempunyai akses fizikal dan ekonomi kepada makanan selamat dan berkhasiat yang mencukupi dan memenuhi keperluan diet untuk kehidupan yang aktif dan sihat. Kini didapati harga sayur-sayuran dan buah-buahan di pasar meningkat antara 50 sen hingga RM4 sekilogram (kg). Para penjual menyatakan kenaikkan harga ini adalah berikutan kekurangan pengeluaran yang tidak dapat menampung permintaan yang tinggi. Dr. Adilah A. Wahab Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menggunakan indikator nisbah sara diri (SSR) untuk melihat keupayaan sesuatu pengeluaran bahan makanan bagi sesebuah negara mencukupi untuk memenuhi keperluan […]

trending_flat

Kenaikan harga produk komoditi perlu ditangani segera

Oleh: Dr. Nor Salwati Othman Sektor komoditi memainkan peranan yang penting di dalam ekonomi negara melalui sumbangannya kepada pendapatan negara dan perolehan eksport dan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak. Sektor ini adalah pembekal utama makanan dan juga bahan mentah untuk industri berasaskan sumber. Secara puratannya, sektor ini menyumbangkan sebanyak RM18.1-RM24.4 bilion setiap suku tahunan dari suku tahun pertama 2019 sehingga suku tahun ketiga 2023. Dr. Nor Salwati Othman Selari dengan peranan utamanya, kerajaan terus menerus mengambil langkah pelarasan bagi mempercepatkan daya saing sektor ini agar dapat membolehkannya menghadapi cabaran baru pada tahap domestik dan antarabangsa. Antaranya adalah melalui Dasar Agromakanan Negara (2011-2020) yang bermatlamat untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan; meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani, dan menjadikan industri agromakanan sebagai industri yang berdaya saing dan mampan. Di samping itu, Dasar Komoditi Negara (2011-2020) yang bermatlamat untuk meningkatkan […]

trending_flat

Pelajar Sekolah Tinggi Negara Jepun alami Budaya Malaysia di Kolej Komuniti Selayang

BATU CAVES, 20 Februari 2024 – 188 orang pelajar sekolah tinggi Meishu Gakuen Hitachi daripada negara Jepun teruja untuk mengalami sendiri budaya-budaya Malaysia melalui permainan tradisional, pembuatan kuih tradisional, tarian tradisional dan pelbagai lagi aktiviti budaya Malaysia yang dijalankan di Kolej Komuniti Selayang (KKSY), hari ini. Pelajar sekolah tinggi ini digandingkan bersama pelajar KKSY dikenali sebagai “buddies” (rakan) bagi memudahkan mereka mendapatkan pengalaman daripada aktiviti-aktiviti yang disediakan ini dengan lebih optimum dan mendalami lebih erat lagi budaya Malaysia yang diketengahkan melalui aktiviti ini dengan “buddies” daripada Malaysia. Pelajar diperkenalkan dengan permainan tradisional seperti Batu Seremban, Congkak, Ceper dan Dam Haji yang merupakan permainan setiap rakyat Malaysia. Selain itu, Buddies daripada KKSY turut diperkenalkan dengan permainan dan kuiz tradisional daripada Jepun. Kursus-kursus pendek mengenai budaya Malaysia turut disediakan bagi memperkenalkan makanan, pakaian, dan budaya-budaya Malaysia kepada para pelajar daripada Jepun ini. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation