trending_flat

Tajaan Lesen Memandu B2 Untuk Golongan B40 Oleh Kerajaan Adalah Sahih

Oleh JomCheck Timbul keraguan dalam kalangan masyarakat tentang kesahihan sebaran maklumat program MyLesen B2 oleh kerajaan yang menaja golongan B40 untuk mengambil lesen motosikal kelas tersebut secara percuma. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) MyCheck Malaysia iaitu rakan JOMCHECK telah melakukan semakan berkenaan isu ini dan mendapati bahawa tiada sebarang kesangsian pada poster tersebut. STATUS: BENARPENJELASAN: Kerajaan melalui Belanjawan 2024 telah bersetuju untuk meneruskan Program MyLesen B2 pada tahun 2024 yang telah dimulakan pada tahun 2023. Semakan di platform rasmi JPJ mendapati wujudnya pemakluman Program MyLesen B2 untuk tahun 2024 dan dibuka untuk pendaftaran melalui imbasan kod qr yang diberikan. Sumber:MyCheck Malaysia: http://www.mycheck.my/more.php?id=2268293 Hantaran di Facebook rasmi JPJ: https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/posts/pfbid02DhFY2FeUFaD2qnGsNBBkMMZqy69TXGc5Sw35ThCWyGan9ziG3bA7mkjPowYAkkSbl Kosmo: https://www.kosmo.com.my/2023/10/13/belanjawan-2024-kerajaan-terus-tanggung-bayaran-lesen-b2-e-hailing-teksi/ TV Sarawak: https://www.tvsarawak.my/2023/10/29/ada-yang-tolak-mylesen-b2-kerana-anggap-ia-scam-hasbi/ Poin penting untuk menyokong status di atas adalah: a. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah memberitahu bahawa terdapat penerima yang layak […]

trending_flat

Usaha dan tawakal sumber tabah hadapi ujian

Oleh: Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Setiap tahun, musim peperiksaan merupakan waktu yang mendebarkan bagi setiap pelajar tidak kira pada peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti. Ada yang menjadikan peperiksaan tersebut sebagai ukuran tahap pencapaian atas usaha namun tidak kurang juga yang mengganggap peperiksaan sebagai satu cabaran yang membimbangkan serta menakutkan. Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Namun, dengan persediaan yang betul dan strategi yang efektif, pengorbanan masa, fokus dan motivasi dari pelbagai pihak, pelajar boleh menghadapi peperiksaan dengan keyakinan dan mencapai kejayaan. Ia merupakan salah satu dari jalan usaha. Islam sangat memandang unsur usaha kerana ia adalah satu perkara yang bernilai sangat tinggi, dan ia merupakan faktor penting dalam memberi motivasi untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Usaha juga dapat menjadikan umat itu aktif, menegah umat pasif, malas dan bergantung hidup dari bantuan orang lain. Allah berfirman dalam surah Al-Jumaah ayat […]

trending_flat

PM tekankan elemen-elemen pembaharuan perkhidmatan awam

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 2/2024 telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada semalam. Ia turut dihadiri oleh Menteri Kewangan II. Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi satu siaran media hari ini, mesyuarat tersebut telah membincang dan menimbang inisiatif–inisiatif penambahbaikan dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) terutama berkaitan dengan aspek meningkatkan pendapatan boleh guna penjawat awam. "Penambahbaikan pendapatan boleh guna penjawat awam merupakan salah satu fokus dalam pemerkasaan modal insan perkhidmatan awam untuk memangkin peningkatan produktiviti penjawat awam bagi merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI. Cadangan penambahbaikan sistem struktur gaji penjawat awam dijangka akan dimuktamad dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) selewat-lewatnya pada awal suku kedua tahun ini untuk kelulusan. Keputusan ini dijangka akan diumumkan pada pembentangan belanjawan 2025 pada tahun ini. Penjawat awam di segenap lapisan perkhidmatan juga masih boleh mengemukakan cadangan penambahbaikan sistem saraan […]

trending_flat

Usahawan MyAP berjaya tembusi pasaran antarabangsa

SHAH ALAM, 13 Februari 2024 - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu hari ini mengadakan lawatan kerja ke Projek Industri Asas Tani (IAT) Keropok House & Industry Sdn Bhd. Lawatan kerja tersebut adalah bertujuan bagi meninjau perusahaan pemprosesan produk berasaskan ikan yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa ke Australia, Singapura dan Brunei. Bertapak sejak 23 tahun lalu, syarikat yang menjalankan perusahaan keropok lekor di Parlimen Kota Raja itu merupakan usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) di bawah bimbingan Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Keropok House & Industry Sdn Bhd menerima bantuan dari jabatan pada 2016 dan 2022 melalui bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan (SPEKS) sebanyak RM43,500 bagi mempertingkatkan hasil produk yang dipasarkan. Syarikat milik Bumiputera itu juga telah memperolehi pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), kualiti dan mutu produk keluaran syarikat turut diperlengkap dengan penerimaan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Laut Banda pada pukul 4:29 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:29 pagi, 13 Februari 2024Koordinat: 6.5° Selatan 130.2° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.1Jarak: 381km Tenggara dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 130 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Apakah sebenarnya nilai harga diri kita?

Oleh: Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Ledakan kemajuan teknologi maklumat yang dikecapi dunia sejak 30 tahun yang lalu telah banyak mengubah hidup manusia. Boleh dikatakan kesemua industri telah mengalami perubahan demi perubahan yang saban hari menuju ke arah satu revolusi yang dinamakan revolusi perindustrian. Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Dalam tempoh yang sama juga, fenomena ini telah mengubah hidup dan budaya manusia. Gaya kerja yang cekap dan efisien, kaedah penyampaian yang semakin pantas serta komunikasi tanpa sempadan telah meningkat mutu dan kualiti hidup penduduk dunia yang menikmati kemajuan ini. Walaupun begitu, seperkara yang perlu disedari adalah kemajuan teknologi komunikasi ini juga telah meruntuhkan nilai hidup segelintir manusia yang menjadikannya sebagai satu platform untuk meraih keuntungan dengan menjual maruah mereka. Lambakan perniagaan yang menggadai dan mempertaruh maruah Hujung Januari yang lepas, seorang bapa beranak tiga yang lebih dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ […]

trending_flat

Abang Johari hadiri Kunjungan Tahun Baru Cina 2024  hari yang kedua

KUCHING, 11 Februari 2024 - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menghadiri beberapa kunjungan sempena sambutan Tahun Baru Cina untuk hari yang kedua hari ini. Abang Johari ditemani isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang meneruskan kunjungan Tahun Baru Cina hari kedua ke kediaman Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Dato' Sri Huang Tiong di Jalan Stampin Tengah di sini hari ini. Ketibaan Abang Johari disambut oleh Datuk Sri Huang, Timbalan Premier, Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian serta tetamu kehormat lain. Sejurus selepas itu, Abang Johari berkunjung ke rumah terbuka tahun baru cina Persatuan Teo Chew di Jalan Tabuan Kuching. Setiba nya di rumah terbuka tersebut rombongan Premier disambut dengan kemeriahan persembahan tarian singa. Turut hadir sama dalam kunjungan ke rumah terbuka untuk hari kedua […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation