trending_flat

Gempa bumi sederhana di Sumatera Selatan, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia pada pukul  8:52 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:52 pagi, 5 Februari 2024Koordinat: 2.3° Selatan 100.3° TimurLokasi: Sumatera Selatan, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 167km Selatan dari Solok,IndonesiaKedalaman: 69 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Menilai kesediaan transformasi pendidikan digital di sekolah

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Pendidikan sentiasa menjadi bidang yang dinamik, berkembang dengan perubahan masyarakat dan kemajuan teknologi. Abad ke-21 menunukkan anjakan paradigma dalam pendidikan dengan penggunaan teknologi digital yang meluas. Landskap pendidikan telah mengalami transformasi pesat dengan kemunculan teknologi. Persekitaran pembelajaran berasaskan bilik darjah tradisional secara berperingkat memberi laluan kepada persekitaran pembelajaran yang lebih dinamik dan fleksibel yang menyatupadukan platform pembelajaran digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Apabila institusi pendidikan beralih ke arah pembelajaran digital, adalah menjadi penting untuk menilai kesediaan penerimaan teknologi untuk memastikan penggunaannya berjalan lancar dan berkesan. E-pembelajaran sebagai subset dalam teknologi pendidikan merangkumi pelbagai bentuk media elektronik, alatan digital dan platform untuk menyampaikan kandungan pendidikan. Peralihan kepada pembelajaran digital berkembang cepat berdasarkan beberapa faktor seperti kebolehcapaian internet, penggunaan telefon pintar dan peranti lain yang bersambung […]

trending_flat

Kita perlukan Visi 2100

Oleh: Dr. Maria Mohd Ismail, Dr. Norli Anida Abdullah, Dr. Adilah Abdul Ghapor Tema Wacana Pemikir Global di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya pada Isnin 22 Januari yang lalu jelas mengundang pelbagai persepsi dan tanda tanya dalam kalangan para intelek dan masyarakat keseluruhannya. Wacana gilang gemilang yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim sarat dengan mesej-mesej positif mengenai pembentukan mutu pendidikan negara, isu kemiskinan, pembentukan akhlak dan pembangunan manusiawi yang harus diberikan penekanan dalam pembentukan sebuah tamadun yang berjaya. Dr. Maria Mohd Ismail Dr. Norli Anida Abdullah Dr. Adilah Abdul Ghapor YAB Perdana Menteri meneruskan ucapannya dengan menzahirkan kepentingan dan keperluan mendesak dalam pembentukan tatakelola yang telus yakni bebas dari rasuah dalam melakar transformasi negara dan bangsa. Saya dan rakan-rakan teruja dengan ungkapan YAB yang berbunyi “…dalam kita menggapai langit meneroka teknologi baru, janganlah kita lupa mengakar […]

trending_flat

Zionisme: Dari nasionalisme sekular kepada ultranasionalisme agama

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Dalam satu buku kecil berjudul Der Judenstaat (Negara Yahudi) terbitan 1896, Theodor Herzl menjawab persoalan utama waktu itu mengenai keperluan orang Yahudi kepada sebuah negara sendiri. Jawapannya hanyalah satu, iaitu kerana gelombang antisemitisme yang berlaku di Eropah. Herzl menubuhkan satu pertubuhan nasionalisme sekular yang dinamakan sebagai Zionisme bagi mencapai matlamat penubuhan negara bangsa Yahudi. Penamaan tersebut bersempena nama bukit Zion di Baitul Maqdis yang didakwa pernah menjadi lokasi pusat pentadbiran Raja Dawid. Walau bagaimanapun, Palestin bukanlah satu-satunya kawasan yang dipilih sebagai lokasi negara Yahudi. Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Dalam satu kertas cadangan yang dinamakan sebagai The Uganda Scheme, pihak kolonial British mencadangkan satu wilayah berkeluasan 15,500 km persegi di Kenya kepada pertubuhan Zionisme bagi merealisasikan hasrat penubuhan negara tersebut. Kongres Zionis Sedunia di Basel pada tahun 1903 bersetuju dengan usulan ini […]

trending_flat

UPSI dan UTHM Jalin Kerjasama, Perkukuh Kebitaraan Kepimpinan Mahasiswa Madani

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi & Tuan Husna Izzah Tuan Hussin TANJONG MALIM – Selaras dengan matlamat untuk meluaskan jaringan komunikasi dan kerjasama antara institusi pengajian tinggi, Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui Kolej Harun Aminurrashid menjalin ikatan kerjasama padu bersama Pengurusan Tertinggi Kolej Kediaman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Ikatan kerjasama itu berlangsung dalam Program Penanda Aras Pemangkin Siswa Madani di Kolej Kediaman Tun Fatimah, UTHM pada 13 Januari lepas. Rombongan mahasiswa dan felo UPSI diketuai oleh Dr. Che Anuar Che Abdullah, Pengetua Kolej Harun Aminurrashid disambut mesra oleh Timbalan Pengetua 1 Kolej Kediaman Dalam Kampus Parit Raja, Dr. Nur Ilyani Ramli bersama barisan Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) dan pengurusan tertinggi kolej. Dr. Nur Ilyani Ramli menyatakan hasrat UTHM untuk bekerjasama dengan UPSI dalam bidang akademik, penyelidikan, perkhidmatan, kepimpinan pelajar serta pebangunan modal insan mahasiswa madani. “Saya melihat demand industri […]

trending_flat

PADU menoktahkan kemiskinan negara

Oleh: Dr. Mohd. Khairi Ismail, Prof. Emeritus Dr. Chamhuri Siwar Pada hari ini, usaha membasmi kemiskinan masih diteruskan oleh kerajaan dalam memastikan semua pihak mencapai kesejahteraan hidup. Menurut sistem pengkalan data Sistem eKasih, 324,764 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin direkodkan sehingga 31 Oktober 2023. Data yang tersebut akan diguna pakai oleh kerajaan dalam usaha untuk menoktahkan kemiskinan. Usaha membasmi kemiskinan ini juga turut dikaitkan dengan isu ketirisan dan kebocoran yang menyebabkan golongan golongan sasar tidak mendapat manfaat yang sepatutnya kerana subsidi tidak sampai kepada mereka. Dr. Mohd. Khairi Ismail Prof. Emeritus Dr. Chamhuri Siwar Selain itu, kerajaan turut memperkasakan pengukuran kemiskinan negara dengan pengenalan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (Multidimensional Poverty Index) sejak tahun 2015. Pengenalan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi ini telah menambah baik pengukuran Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang digunakan sejak awal 1970an. Berbanding PGK, Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (IKPD) […]

trending_flat

Dakwaan Status Halal Rangkaian Restoran Amerika ditarik balik adalah Palsu

Oleh JomCheck JomCheck menerima pertanyaan tentang keabsahan mesej berantai menyatakan status halal restoran McDonald’s, KFC, Dominos Pizza, Pizza Hut dan Starbucks di Amerika Syarikat telah ditarik balik. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Dua organisasi yang dikatakan terlibat dengan penarik balikan status halal restoran di atas adalah Muslim Judicial Council (MJC) dan International Qur’anic Studies Association (IQSA). JomCheck telah membuat semakan dan menggabungkan hasil carian kami dengan semakan yang dibuat portal semakan fakta dari Indonesia iaitu Tempo. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: MJC dan IQSA tidak terlibat dalam pemberian sijil halal di Amerika Syarikat, apatah lagi berkuasa untuk menarik balik sebarang status halal di sana. Sumber: https://bit.ly/3Om9rst Isu yang perlu diberikan perhatian adalah: a. Hantaran berkenaan adalah hantaran berulang sejak dari 2018 dan bermula di Indonesia mengaitkan pelbagai organisasi Islam termasuk Majelis Ulama Indonesia (MUI). b. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation