trending_flat

Kemasukan pelancong meningkat 84.55 peratus

Oleh Mohd Faiz Abu Hasan / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 14 Ogos – Kemasukan seramai 8.7 juta pelancong ke Negeri Melaka setakat Julai lalu menunjukkan peningkatan tertinggi berbanding sepanjang tempoh sama pada 2023. Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron berkata, berlaku peningkaan sebanyak 3,992,516 orang pelancong atau 84.55 peratus. “Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) bertemakan, Mana Lagi? Melaka Ler…Kerajaan Negeri menyasarkan kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa seramai 15.0 hingga 18.7 juta orang. “Apa yang istimewa, Kerajaan Negeri juga menyediakan Kupon Cabutan Bertuah TMM2024 dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti 12 buah kereta, 24 buah motosikal dan sebuah bot kepada pelancong yang menginap dua malam di Melaka selain mereka yang membeli cenderamata TMM2024,” katanya. Beliau berkata ketika berucap mewakili Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin pada Festival Pengantin di pusat beli-belah Mahkota […]

trending_flat

Pertandingan Dron Antarabangsa Pertama di Dunia: Wilayah Khanh Hoa Mencatat Rekod Guinness Bersejarah, UAE Muncul Sebagai Pemenang

NHA TRANG, Vietnam, 6 Ogos 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Pesta Ever Glamour Nha Trang (EGN) 2024 berakhir pada 3 Ogos dengan paparan persembahan cahaya dron yang mempesonakan. Selepas dua malam pertandingan, pasukan UAE diumumkan sebagai juara, manakala pasukan Korea, Perancis dan China masing-masing memenangi anugerah untuk Prestasi Teknikal Terbaik, Imej Terbaik dan Cerita Terbaik. Pasukan UAE, yang digelar “Penyihir Cahaya,” menggabungkan dron ultraringan dan superringan dengan piroteknik dan pemahaman budaya tempatan yang mendalam untuk menyerlahkan sejarah dan budaya Vietnam yang kaya, daripada gendang gangsa Dong Son hingga Burung Lac dan bunga teratai, yang simbolik serta kemeriahan Nha Trang. Sementara itu, pasukan Perancis, yang digelar “Artis Langit,” menggunakan 1,000 dron yang digabungkan dengan persembahan ajaib api. Khalayak dibawa meneroka masa lalu, dari keajaiban tamadun purba seperti Taman Tergantung Babylon, Piramid Besar Giza, Akropolis Athens… dan Teluk Ha Long Vietnam yang terkenal […]

trending_flat

Program Festival Tarian Singa 2024 Semarakkan Industri Seni Budaya dan Pelancongan Negara

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2024 (Bernama) - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak menganjurkan Festival Tarian Singa 2024 selama tiga (3) hari bermula pada 26 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Kuching Waterfront, Sarawak.Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk menyemarakkan kegiatan ekonomi di negeri Sarawak di mana ia melibatkan ramai pihak, terutamanya industri pelancongan, seni, budaya dan warisan. Festival ini juga bertujuan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), sekaligus menjadikan tarian singa ini sebagai daya tarikan utama untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara.Festival yang pertama kali dianjurkan oleh MOTAC ini merupakan salah satu usaha penting kerajaan dalam menyatupadukan rakyat dalam mengekalkan kemakmuran negara termasuk meningkatkan taraf hidup dan status sosioekonomi masyarakat, selari dengan teras keempat Malaysia MADANI.Pemilihan Bandaraya Kuching juga sebagai lokasi festival adalah sangat sesuai kerana penganjuran festival seperti ini akan dapat meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan […]

trending_flat

NCT Group Memperkenalkan Hotel 1001 Nights, Koleksi Trademark oleh Wyndham di Genting Highlands

Puchong, Julai 22, 2024 – Grand Ion Majestic (GIM) yang menjulang tinggi membawa Genting Highlands ke tahap yang lebih tinggi dengan Hotel 1001 Nights, yang terbaru dalam Koleksi Trademark oleh Wyndham yang akan dilancarkan oleh pemenang anugerah pemaju, NCT Group of Companies (NCT Group). Mengambil kira permintaan pengguna untuk pengalaman mewah yang unik, Hotel 1001 Nights telah dikonsepkan oleh pakar penjenamaan terkenal, Profesor Zhao Ming, Pengasas & Pengerusi Jiangda Design Co. Ltd, China, yang dijangka akan mengubah GIM. Majlis tersebut juga menyambut istiadat 'topping out' bagi GIM, iaitu satu tradisi dalam industri pembinaan yang menandakan titik baharu apabila bahagian terakhir struktur bangunan telah disiapkan, dan bermulanya fasa seterusnya. Dibina dengan kerjasama China State Construction Engineering (M) Sdn Bhd (CSCEC), GIM mencerminkan kepakaran dan teknologi hijau yang canggih dari syarikat pembinaan terbesar di dunia sekaligus meningkatkan integriti struktur dan reka bentuk […]

trending_flat

Festival Tarian Singa 2024 semarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

PUTRAJAYA, 22 Julai 2024 - Festival Tarian Singa 2024 akan di adakan di Kuching Waterfront, Sarawak selama tiga (3) hari bermula pada 26 hingga 28 Julai 2024. Ia dianjurkan menerusi kerjasama di antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kerajaan Negeri Sarawak. https://youtu.be/YsnNRpiJ0ds Menurut MOTAC, matlamat utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan kepelbagaian budaya di Malaysia yang dapat diraikan bersama komuniti setempat. Ianya sekali gus dapat melestarikan seni budaya tempatan serta memaparkan keunikan keistimewaan dan kepelbagaian seni budaya dan warisan Malaysia kepada umum. "Program ini juga berperanan menjadi salah satu daya tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa di sekitar yang akan turut menyumbang ke arah menyemarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. Ia yang julung kalinya diadakan ini merupakan salah satu inisiatif untuk menyemarakkan kegiatan pelancongan, kebudayaan dan ekonomi di negeri Sarawak, khususnya di kawasan Bandaraya Kuching yang melibatkan […]

trending_flat

Prestasi jumlah kedatangan pelancong antarabangsa adalah baik – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 19 Julai 2024 - Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan sesi libat urus bersama para penggiat industri pelancongan bersempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) pada petang semalam. Sesi libat urus itu merupakan kali pertama yang beliau adakan bersama para penggiat industri pelancongan untuk berjumpa, bersuai kenal serta mendapatkan pandangan mengenai cabaran-cabaran berkaitan industri pelancongan negara. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Sesi Libat Urus YAB Timbalan Perdana Menteribersama Penggiat Industri Pelancongan bersempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Foto : Yusri Ibrahim Di dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata bagi meneruskan momentum pemulihan serta memacu industri pelancongan negara ke arah masa depan yang lebih mampan, berdaya saing dan berdaya tahan, Kerajaan telah pun merangka dan melaksanakan beberapa strategi bagi meransang industri pelancongan negara. "Inisiatif seperti program MM2H, Kepengerusian ASEAN Tahun 2025, penganjuran […]

trending_flat

100 peserta terokai jejak sejarah, warisan Melaka

Oleh LIANA SAHABUDIN / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 8 Julai – Kira-kira 100 peserta diberikan pendedahan mengenai warisan dan sejarah Melaka pada Program Eksplorasi Jejak Seni @ Muzium Melaka dan Museum Heritage & Art Phonegraphy Competition. Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, aktiviti itu secara tidak langsung memberi ilmu baharu kepada generasi muda tentang sejarah yang ada di negeri ini. “Aktiviti ini bermula jam 8 pagi yang mana peserta perlu menjejaki produk warisan dan sejarah yang ada di Melaka membabitkan beberapa lokasi seperti Muzium Sejarah & Etnografi, Dataran Jalan Laksamana Melaka, Bukit Melaka, menara Jam Besar dan lain-lain. “Peserta juga diarahkan untuk mengambil gambar kawasan sejarah dan warisan itu untuk dipilih sama ada layak menjadi pemenang atau tidak. “Hasil karya mereka ini akan dipamerkan di Balai Seni sebagai tarikan baharu kepada pengunjung-pengunjung yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation